.:::: |J|o|u|r|n|a|L| |O|f| |R|o|s|l|a|N| |T|a|n|g|a|H| ::::.

"Andai semalam tidak wujud, akan diusir sebuah lukisan kehampaan menjadi mimpi indah. Namun alangkah payahnya mengusir sebuah kehampaan kerana semalam bukanlah satu perhentian yang sempurna"

.:Profile:.

Name: Roslan Tangah
D.O.B: August 22nd, 1984
Age: 20
Location: UTM, Malaysia
and so on and so forth...

.:BLOG SONG:.

Peterpan- Tentang Kita

.:EVeNTs:.

.:Chit Chat Corner:.

.:Pesanan Anda:.

Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

.:Latest Pictures:.

Photoblog oleh flickr 

.:PHOTOPAGES Link:.

  • MY PHOTOPAGES
  • MY PHOTOPAGES II
  • MY PHOTOPAGES III
  • Fariz's
  • NizAMNaiJo
  • iMa-SKY
  • haNNa baNNa
  • NaNa
  • Gbum
  • Chagu
  • Qmie
  • Ieqha
  • Rais
  • Azuan Johan
  • mIMi nAJUa
  • bLEk
  • Elmo@fizi

    .:FAV BloG:.

  • IzYaN
  • CikPaYung
  • ApIS
  • Syr@hZ
  • SHamIL
  • NuMloqUe
  • MoneIraH
  • IZHaM
  • MujTahidaH
  • design
  • blogger
  • hANNa bANNa
  • bLEk
  • nOr moHAmaD
  • iQIe cHIQie
  • mIRa
  • haZLeen
  • qMIe
  • gBUm
  • jIJOy mARRo
  • haRIth
  • iMA-sKy
  • aZUAn joHAn
  • cHEk
  • CHagU aL SyuKUR

    .:Daily Link:.

  • ViRus SouRce
  • Monday Madness
  • Friday Five
  • amERIcan iDoL
  • ikEa
  • haBItat
  • friENDster
  • XShoawiaN
  • Uni of Technology Malaysia
  • SofTWaRE ForUM
  • jOBs
  • toKEi kEDAi
  • BeRIta hARIan
  • SMK (A) SHOAW
  • SMKAL
  • BelAJar Nahu AraB

    .:Links:.

    Blogger l Chat Online l Blogskins l Photo ALbum | Google News| About Me| Guestbook|

    .:Koleksi:.

    April 2002 l November 2002 l December 2002 l January 2003 l February 2003 l March 2003 l April 2003 l May 2003 l June 2003 l July 2003 l August 2003 l September 2003 l October 2003 l November 2003 l December 2003 l January 2004 l March 2004 l May 2004 l June 2004 l July 2004 l August 2004 l September 2004 l October 2004 l December 2004 l January 2005 l February 2005 l March 2005 l April 2005 l May 2005 l June 2005 l

    .:Waktu Solat:.

    .:Kredit:.

    Layout By: Dreamwalker
    Special Thanks to: Blogskins and Blogger

    Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
  • |

    Friday, October 22, 2004 :

    PAPER TEKNO.... end

    Semalam adalah paper yang terakhir untuk peperiksaan semester ini. Yahoooo..... esok dah mula berangkat keluar dari UTM untuk balik ke kampung... tak sabar rasanya. Blok M16 dah sememangnya kosong. Yang tinggal hanya budak fakulti pendidikan, semata-mata kertas teknologi p&p kene ambik malam... budak coz lain semua dah belah... dalam aras ni memang budak SPI, SPC & SPH saja lagi yang menampakkan muka... ada yang balik tadi petang, esok... hari ahad pun ada.... cemburu juga tengok budak coz lain dah sampai kat rumah, bercuti.... kite masih lagi terperap kat sini. Bosan betul.... member2 seperjuangan semua dah start kemas katil, almari, meja.... nak simpan dalam stor... alahh... kene bayar RM 10 pulak kalo nak simpan dalam stor... apa pun yang penting balik ni tak perlu bawa banyak sangat barang untuk pulang ke kampung.

    Chit-chat with Aya...

    Semalam, sampai pukul tiga pagi kot main miscall 3 seconds ngan Aya.... sebelum ni tak pernah pun... pagi tadi tu pun banyak bende yang dibincangkan.... saja nak bersahabat dengan dia...... tu pun tak sangkut2... selalunya ada rezeki..... dapat juga cakap free 2..3... jam... tapi semalam paling lama sangkut pun 11 saat... tima kasih Aya kerana sudi untuk menjadi sahabat....

    Tak Suka Packing Barang....

    Hari ini, selepas subuh.. tido... sampai kul 0930 pagi rasanya..ganti tido semalam... kerja mengemas ni memang bukan bidang... tak suka buat.... sebab tu masa kat SHOAW dulu kite lah yang jadi pelajar yang terakhir keluar dari kawasan sekolah. Sebab, apabila terdesak baru lah kerje mengemas beg, almari tu selesai... ahhh... hari ni pun belum siap 100% lagi... tak suka... tapi apa kan daya esok dah kene gerak pergi Sri Putri... kunci bilik kene serah kat pejabat.... kotak barang kene masuk dalam stor... malam ni terpaksalah tido tanpa bantal....

    Tak Update Blog Ni Rasanya Untuk Cuti Semester Ni.. (x kerap)

    Nampak gayanya, cuti semester 4 minggu ni susah lah nak update blog ni selalu. Sebab esok dah kene pergi Muar, rumah Fikri semalam... pastu, hari Ahad ni kene pergi ke KL pergi rumah pak cik saudara... kat Pandan Indah.... itupun Fikri tolong hantarkan. Selamat hendaknya.... Sampai Limbang nanti kalau ada masa barulah update... kalo nak upload pun tak leh lah tiap2 hari... kene taip dalam word lah jawabnya.... Wky.... selamat berpuasa.....





    0 comments

    |

    Wednesday, October 20, 2004 :


    My Japanese name is Rosanjin Taniguchi.
    Take The Kawaii Japanese Name Generator by Shuichigami today!
    Created with Rum and Monkey's Name Generator Generator.


    0 comments

    |

    Tuesday, October 19, 2004 :

    Ahhh..lega sikit hari ni sebab hari ini merupakan kertas kedua akhir untuk semester ini. Lusa ada kertas teknologi pengajaran dan pembelajaran...malam pulak tu.. tak dapat lah solat sunat terawih berjemaah malam tu... Nasiblah semalam sebab ada buat perbincangan dengan akak senior masa kat shoaw dulu.. skarang kat UM ambil syariah wa qanun.. lama dah tak berhubung dengan dia.. itupun terputus hubungan disebabkan akak serol ni selalu sangat tukar line anphone... susah lah nak contact...disebabkan main tiga saat semalam dapatlah sangkut panggil tu.... tima kasih kak serol sebab semalam buat perbincangan mengenai perkara 3(i).. mahkamah dan banyak lagi.. semua dah tulis dalam kertas jawapan tadi..... apa pun, kertas sistem perundangan di Malaysia hari ini dapat lah buat walaupun tidak sebaik mungkin...

    Selesai ujian tadi, terus gerak pergi ke bilik en Jamaluddin nak semak markah falsafah pendidikan... syukur kepada tuhan... walaupun bukan yang terbaik... Fatim ajak pergi ke S45 untuk menyemak markah usul fiqh.. dapat lah juga yang terbaik untuk subjek tu... terima kasih prof.. nak jumpe ustaz osman tapi tak ada kat bilik.. nak jumpe ust abdul hafiz..juga tak ada kat bilik... nak jumpe Dr Ramli, juga tak ada kat bilik.... harap dapat pointer yang terbaik untuk semester ni...

    Malam ni kene baca nota modul teknologi pulak... kene score yang terbaik untuk subjek ni sebab ujian 1 hari tu result tak best sangat sebab terlalu over confident...

    0 comments

    |

    Monday, October 18, 2004 :


    ZAKAT FITRAH BAGI NEGERI SARAWAK 2004



    0 comments

    |
    Worse... teruk..... Al-Quran wa Hifzuh

    Hari ini paper al-quran wa hifzuh... teruk ujian akhir ini rasanya.... sejak dua hari kebelakangan ini tidur tidak lena.. apatah lagi semalam, ternyata semalam tidak boleh tidur dibuatnya hingga ke pagi... itu pun hanya sempat melelapkan mata selepas mandi sewaktu nak pergi turun dari blok ke bilik peperiksaan... sekarang ni pun dah pening2... rasanya ini leh pertama kali direct tak tidur sampai ke pagi.. lumrah pelajar yang belajar dengan cara yang smart.... owest last minute... Paper al-quran tadi tak dapat dijawab dengan sebaik mungkin sebab banyak ayat yang tidak dapat disusun dengan sempurna... banyak sangat kesilapan yang dilakukan... nampaknya paper al-Quran wa Hifzuh ni kenelah repeat lagi sem depan kot... Lan... banyakkan baca Quran dan selalulah menghafal surah-surah al-quran.... just want to remaind me....

    p.s. Lihat Realiti Hadapi Cabaran

    0 comments

    |

    Saturday, October 16, 2004 :

    PUASA... TARAWIKH... Selipar kene ambil orang @ tersalah ambil???....

    Syukur kerana sudah tiga hari dapat menunaikan solat terawih berjemaah di MSI. Syukur ke hadrat tuhan kerana telah dipanjangkan umur untuk itu. Apa pun, tadi selepas selesai solat sunat dan hendak beredar dari masjid... perkara yang tak pernah diduga dan sebelum ini hampir-hampir menjadi realiti.. selipar hilang ataupun diambil orang... satu persoalan yang melanda benak ini... apa tujuan sebenar mereka ini datang ke rumah Allah... hanya sekadar menunaikan perintahnya dan tidak mampu untuk membuang sikap dan sifat yang perlu dihindar dalam diri mereka... nampaknya esok kenelah pergi ke Taman U untuk membeli selipar yang baru... dapat juga digunakan untuk selipar raya terus... sedih tak sampai satu semester guna sandel tu... beli pun mase time jualan murah kat Jaya Jusco...

    0 comments

    |

    Thursday, October 14, 2004 :

    ESOK DAH MULA PUASA

    Tadi sempat sembahyang berjemaah isya' dan tarawih di masjid Sultan Ismail. Pergi bersama Joe member sefakulti... sembahyang sunat terawih 8 rakaat jer... tu pun kaki dah rasa kebas... tak pe lah... ramadhan tahun ini azam nak khatam al-quran.. insya Allah... cuba...

    0 comments

    |

    Wednesday, October 13, 2004 :

    SELESAI PAPER AQIDAH, FALSAFAH PENDIDIKAN, USUL FIQH & QAWAID LUGHAH ARABIYYAH 1

    Tinggal tiga kertas lagi untuk final dan balik cuti semester... letih untuk hari ini masih belum lagi hilang dari tubuh ini. Hari ini merupakan hari yang sungguh memberatkan benak ini. Terpaksa bertarung dengan dua kertas peperiksaan akhir. Selesai kertas aqidah islamiyyah di banggunan fakulti terus berlari anak menuju ke masjid sultan Ismail untuk menunaikan solat zohor sebab kertas akidah lewat mula disebabkan bilik peperiksaan itu masih lagi digunakan... lepas solat baca sikit modul falsafah pendidikan memandangkan hari ini ada lagi satu kertas terpaksa diambil di Dewan Sultan Iskandar iaitu falsafah pendidikan. Berkejar masa walaupun semalam dan pagi tadi dah buat ulangkaji untuk ujian hari ini... letih... banyak dalil quran yang terpaksa diingat pulak... walaupun ada ingat banyak tapi di bilik peperiksaan; blank pulak... ahhh, masalah....



    0 comments

    |

    Sunday, October 10, 2004 :

    BUKU HARRY POTTER: "Harry Potter And The Half-Blood Prince"

    Buku keenam siri itu, ‘Harry Potter And The Half-Blood Prince’, dijadual berada di pasaran tahun depan. Rasa tak sabar nak baca buku tu.

    0 comments

    |
    ESOK UJIAN USUL FIQH

    Bacalah...bacalah... bacalah dengan nama tuhanMu.... Nota kene baca sebab esok ada paper usul fiqh Prof. Selamat Hashim...

    Lepaskan Tekanan Mu...

    0 comments

    |
    Semalam Hari Konvo Kerjasama UTM Dengan Kolej Swasta

    Dapat juga merasai sebagai tetamu menyaksikan graduan menerima ijazah mahupun diploma di DSI walaupun perjalanan untuk diri ini mendapat segulung ijazah masih lagi panjang perjalanan yang harus ditempuhi. Sepatutnya semalam masuk ke dalam DSI bersama dengan bapa saudara tapi disebabkan pakaian yang digunakan ini tidak sesuai dengan majlis kenelah pulang semula ke kolej untuk menyalin pakaian yang sesuai. Selesai saja sepupu menerima diplomanya, teringin sangat diri ini hendak keluar dari DSI. Tapi tak boleh nak keluar sebab pintu dikunci dari dalam. Tak dapat lah keluar... nak keluar pulak kene cakap tak benar... cari alasan nak keluar katakan... tak tahan..bagus buat ulangkaji kat bilik... tak boleh juga... saudara datang dari jauh kenelah raikan sikit...

    Letih semalam masih lagi terasa. Walaupun dah tidur awal semalam dan bangun semula untuk mengulangkaji nota yang prof. berikan. Tidur awal tu pun sebab Aya nak tolong kejutkan... terima kasih buat teman yang sudi mengerakkan diri ini untuk bangkit dari tidur khususan Fikri (teman sebilik) dan Aya (teman seKursus). Sakit kaki selepas solat isya masih lagi terasa sakitnya. Tak tahulah macam mana boleh kene sakit tu. Sebab sepanjang hari asyik berjalan tanpa henti.

    0 comments

    |

    Thursday, October 07, 2004 :

    BAPA SAUDARA DAH SAMPAI

    Hari ini asyik berkejar sana dan sini... Hari ini bapa saudara dari Sarawak datang ke UTM menemani anaknya untuk konvo sepupu saya di DSI. Nasiblah sempat menempah bilik untuk mereka walaupun jauh di kolej 9. Kolej KTDI dah habis penuh jadi tak boleh lah mereka nak bermalam di rumah tamu dekat dengan blok asrama kite... apa pun syukur mereka selamat sampai ke sini.

    PERJUMPAAN DI S45

    Esok ada perjumpaan di PPIPS, S45. Kata Fatim kehadiran adalah wajib. Tak tau lah macam mana. Pergi ke tidak... Kalau sekejap tak menjadi hal untuk pergi ke sana. Rasanya, esok pun kene pergi ke DSI untuk menemani sepupu dan bapa saudara. Letih memang letih... Malam ini nak tido awal sikit... pastu bangun awal nak buat sikit ulangkaji untuk usul fiqh dan falsafah... banyak nota belum dibaca lagi...

    0 comments

    |

    Wednesday, October 06, 2004 :

    TENGOK FILEM BARU

    Semalam menonton cerita baru lakonan Jackie Chan, New Police Story agaknya... tak pasti apa tajuk sebenar filem tu sebab dalam tulisan cina. Sepatutnya minggu lepas dah tonton cerita tu. Tapi disebabkan cd yang hendak dipinjam tu dah berpindah tangan sehinggakan sudah pergi ke KTC... rasanya kiamat baru kembali semula ke KTDI. Itu pun terpaksa buat collection untuk dapat menonton cerita tersebut.

    SMS

    BerSMS dengan Aya... teman seperjuangan di UTM. Seronok dapat berSMS dengan dia. Banyak benda yang dapat dikongsi bersama walaupun sebelum ini sudah banyak kenalan yang telah dikenali... apapun sms yang dihantar tu sudah memadai untuk diri ini dapat memuhasabahkan diri yang senantiasa perlu diingatkan agar tidak alpa akan dunia ini. Thax a lot....

    0 comments

    |

    Tuesday, October 05, 2004 :


    Belum pernah lagi bawak perempuan bukan mahram naik motosikal..

    0 comments

    |


    0 comments

    |
    Tadi pagi tidur pukul 2 pagi. Itu pun sebab berbincang soalan titas yang mungkin keluar tadi. Alhamdulilah, dapat juga menjawab soalan tu. Walaupun tak semua soalan yang sangkut keluar. Terima kasih Wani and de geng kerana memberikan salinan soalan titas, terima kasih Fatim, bang Zul, Zikri, Fikri, Asraf, dan lain-lain kerana banyak membantu...berbincang bersama soalan yang telah disalin. Apapun didoakan kejayaan bersama sehingga memperolehi ijazah kelak...

    KELAS FALSAFAH PENDIDIKAN (En. Jamaluddin) BATAL

    Sepatutnya tadi selepas ujian titas di N19 ada closing lucture dengan en. Jamaludin. Tapi disebabkan dewan kuliah digunakan untuk peperiksaan petang ini terpaksalah kelas terakhir bersama beliau dibatalkan... ingin juga mendengar kuliah terakhir beliau bersama dengan pelajar sph...

    Minggu depan mula lagi tiga buah paper... usul fiqh, qawaid lughah arabiyyah, falsafah pendidikan, dan akidah islamiyyah... kena buat nota poket untuk mudah ingat fakta sebelum peperiksaan minggu depan...

    Letih memang letih minggu ni. tapi rasa nak balik ke sarawak tu masih lagi dapat ditahan walaupun sempat juga berpuasa di sini dan di kampung halaman...

    0 comments

    |

    Saturday, October 02, 2004 : 2 Minggu Lagi nak Pose!!!


    0 comments

    |
    Kebelakangan ini aku agak sukar untuk menulis dalam jurnel ini. Walaupun acapkali pergi ke cyber 5 untuk online... malas agaknya ataupun disebabkan oleh tekanan peperiksaan yang kian kunjung tiba. Semalam adalah kuliah terakhir untuk semester ini. Tapi masih ada kerja yang masih belum lagi diselesaikan... tugasan terakhir agaknya untuk matapelajaran akidah. Minggu depan hari Selasa dah bermula peperiksaan kertas TITAS 1. Mesti siapkan segera tugasan akidah ni... sebab masih banyak subjek yang masih belum lagi di ulangkaji.... ahhh letih..

    Apa kabar si Dia (Farah) ??? Maaflah Farah jikalau setelah mengetahui yang farah tidak menggunkan 017 tu agak sukar untuk Lan menelefon farah... segan hendak bercakap dengan nombor itu.. mungkin nombor tu nombor handfon ibu farah... rasanya tunggulah Lan selesai semua peperiksaan barulah nanti lan hubungi farah apabila pergi ke KL nanti sebelum lan pulang ke Sarawak.

    Minggu depan dah mula peperiksaan PMR... apa khabar junior2 ku di SMKAL? Didoakan semoga berjaya dalam peperiksaan yang bakal kalian tempuhi... Buat yang terbaik...


    MEMORI DI TAMAN NEGARA KUBAH



    photo tika bersama dengan rakan-rakan pengawas bermain polo air...

    0 comments

    Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com