.:::: |J|o|u|r|n|a|L| |O|f| |R|o|s|l|a|N| |T|a|n|g|a|H| ::::.

"Andai semalam tidak wujud, akan diusir sebuah lukisan kehampaan menjadi mimpi indah. Namun alangkah payahnya mengusir sebuah kehampaan kerana semalam bukanlah satu perhentian yang sempurna"

.:Profile:.

Name: Roslan Tangah
D.O.B: August 22nd, 1984
Age: 20
Location: UTM, Malaysia
and so on and so forth...

.:BLOG SONG:.

Peterpan- Tentang Kita

.:EVeNTs:.

.:Chit Chat Corner:.

.:Pesanan Anda:.

Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

.:Latest Pictures:.

Photoblog oleh flickr 

.:PHOTOPAGES Link:.

  • MY PHOTOPAGES
  • MY PHOTOPAGES II
  • MY PHOTOPAGES III
  • Fariz's
  • NizAMNaiJo
  • iMa-SKY
  • haNNa baNNa
  • NaNa
  • Gbum
  • Chagu
  • Qmie
  • Ieqha
  • Rais
  • Azuan Johan
  • mIMi nAJUa
  • bLEk
  • Elmo@fizi

    .:FAV BloG:.

  • IzYaN
  • CikPaYung
  • ApIS
  • Syr@hZ
  • SHamIL
  • NuMloqUe
  • MoneIraH
  • IZHaM
  • MujTahidaH
  • design
  • blogger
  • hANNa bANNa
  • bLEk
  • nOr moHAmaD
  • iQIe cHIQie
  • mIRa
  • haZLeen
  • qMIe
  • gBUm
  • jIJOy mARRo
  • haRIth
  • iMA-sKy
  • aZUAn joHAn
  • cHEk
  • CHagU aL SyuKUR

    .:Daily Link:.

  • ViRus SouRce
  • Monday Madness
  • Friday Five
  • amERIcan iDoL
  • ikEa
  • haBItat
  • friENDster
  • XShoawiaN
  • Uni of Technology Malaysia
  • SofTWaRE ForUM
  • jOBs
  • toKEi kEDAi
  • BeRIta hARIan
  • SMK (A) SHOAW
  • SMKAL
  • BelAJar Nahu AraB

    .:Links:.

    Blogger l Chat Online l Blogskins l Photo ALbum | Google News| About Me| Guestbook|

    .:Koleksi:.

    April 2002 l November 2002 l December 2002 l January 2003 l February 2003 l March 2003 l April 2003 l May 2003 l June 2003 l July 2003 l August 2003 l September 2003 l October 2003 l November 2003 l December 2003 l January 2004 l March 2004 l May 2004 l June 2004 l July 2004 l August 2004 l September 2004 l October 2004 l December 2004 l January 2005 l February 2005 l March 2005 l April 2005 l May 2005 l June 2005 l

    .:Waktu Solat:.

    .:Kredit:.

    Layout By: Dreamwalker
    Special Thanks to: Blogskins and Blogger

    Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
  • |

    Sunday, August 24, 2003 : Kembali Seperti Biasa; Ingin Selesaikan Segala

    RUMAHKu, 24 Og0s 2003M @ 1424H, 1520 @ Ahad

    Rumah Bang Suhai,

    Banyak perkara yang ada persamaan ada kami berdua dalam soal ompuan. Tapi delemma yang ku hadapi adalah sebagai seorang pemimpin pelajar menghalang aku menjadi lebih serius dalam soal tersebut. Kini, aku sudah remaja. Walaupun bicara semalam tamat sekitar 0100 pagi barulah aku pulang ke rumah untuk tonton filem SWAT.

    Kerja Menyemen Di Sekolah

    Letih aku hari ini sehingga tertidur-tidur aku dibuatnya tadi... Petang ni dah nak pulang ke sekolah. Moga kembali elok jadinya.

    0 comments

    |

    Saturday, August 23, 2003 : Jurnel 10 - 23 /08/03 : Sebuah Kisah Klasik Untuk Masa Depan

    Di Rumah; 23 Ogos 2003 @ 1940, Sabtu

    Buku Harry Potter: The Order Of The Pheonix ; selesai sudah dibaca

    Semalam aku tidur di rumah Abang Basri. Pulang dari sarapan di sekolah aku terus sambung baca 3 bab buku HP. Syukur, aku telah tamat membacanya. Amat menarik walaupun penghujung cerita bapa angkat Harry Potter; Sirius Black mati di tangan Death Eater…

    Tiada apa yang menarik hari ini. Aku ke sekolah petangnya untuk bermain tennis. Ambil Usu aku kat airport…

    Di Rumah; 22 Ogos 2003 @ 1740, Jumaat

    Hari Lahir Aku

    Aku ucapkan terima kasih kepada mereka / member yang masih ingat lagi tarikh lahir aku. Tak sangka aku sudah menjangkau usia 19 tahun, boleh jadi bapa orang ni. Terima kasih kepada mereka yang memberikan aku kad, hadiah… amat ku hargai pemberian itu. Moga panjang umurku. Tiada apa yang dapat ku katakan selain daripada kalimah "Terima Kasih"

    Hari ini kami balik bermalam. Jadi, tahun ini dapat juga aku sambut hari lahir aku kat rumah. Sudah enam tahun dari tingkatan satu sampai tingkatan enam rendah aku sambut hari lahirku di sekolah. Terima kasih pada emak yang sungguh-sungguh memasakkan untukku bagi menyambut ulangtahun kelahiranku.

    SMKAL; 18-21 Ogos 2003

    Tidak ada waktu aku hendak menulis dalam jurnelku memandangkan waktu yang sepatutnya aku luangkan untuk menulis aku habiskan untuk membaca buku Harry Potter yang aku pinjam daripada Eka. Tapi tak apalah.

    Di Bilik Kaunseling, SMKAL; 17 Ogos 2003 @ 1330, Ahad

    Gotong-royong PIBG 2003

    Letih bukan kepalang hendaknya. Kata orang, bangun awal waktu pagi murah rezeki. Sebab tulah nasi ayam yang kena tapau di kantin untuk para ibu bapa jatuh agaknya. Aku bangun lewat hari ini coz sambung tidur. Maaf pada mereka yang menunggu akan kehadiranku.


    SMKAL; 16 Ogos 2003 @ Sabtu

    Semalam kami menang dalam pusing pertama yang telah menjadikan pasukan kami sebagai by team… advantage bagi kami. Tidak dapat dinafikan lagi. Team cikgu telah tewas kepada team under sixteen… jadi kami akan bertemu dengan team under 16 lah jawabnya… kami kalah pada pusingan ini dan menyebabkan terpaksa untuk bertanding untuk tempat ke-3 dan ke-4.

    Petang, selepas solat asar di gelanggang bola tampar, kami bertarung habis-habisan untuk menang… set pertama kami menang… kedua kalah dan pusingan penentu pun kami kalah tipis saja… hampir-hampir menang. Mungkin ada diantara pemain dalam team terlalu emosional ketika main… memanglah semua hendak menang, tapi pandai-pandailah jaga perasaan orang lain… hakikat tetap nyata….

    Malam, pasukan staf telah menang dalam set penentu… dengan agregat 3-1 yakni pasukan yang telah ditewaskan adalah pasukan yang telah menewasknan kami pada pagi tadi…. Taniah kepada mereka yang main dengan bersungguh-sungguh. Tiada apa yang cukup mengembirakan apabila teringat saat indah dalam memori dulu kala.

    SMKAL; 15 Ogos 2003 @ Jumaat

    Paper terakhirku, Usuludin 2 telah ku jawab seadanya dalam mindaku. Hendak yang terbaik. Berjumpa dengan cikgu Azril di pejabat sekolah bahawa hari Isnin ini ada pelancaran bulan kemerdekaan peringkat sekolah 2003. dia suruh aku jadi pengerusi majlis pada majlis tersebut. Tentatif majlis telah ku terima dan cuba buat yang terbaik untuk majlis tersebut.

    Malam selepas solat isya, makan malam; Aku akan bertanding dalam pertandingan bola tampar (karnival sukan kemerdekaan peringkat sekolah) dan pusingan tersebut telah melayakkan kami untuk meneruskan untuk pertandingan bagi mendapat tempat 1 @ 2 kalau pusingan seterusnya kami menang, 3 @ 4 kalau kami kalah. Malam tersebut kami menang (team Cap apek united vs Kerawai team). Merasa suatu keletihan yang memuaskan.

    Di Bilik Kaunseling, SMKAL; 14 Ogos 2003 @ 1755, Khamis

    Paper usuluddin satu telah selamat aku tempuhi walaupun hanya satu soalan aku tidak dapat ku jawab. Insya Allah warkah saniah dapat aku buat yang terbaik. Hidupku sepanjang minggu peperiksaan semacam satu penantian yang agak panjang walaupun pada minggu ini tidak dibenarkan balik bermalam disebabkan ada program gotong-royong PIBG di sekolahku. Borang untuk memberitahu akan kehadiran ibu bapaku belum lagi ku serahkan kepada ustaz Ghani. Rasa tak terkejar seperti dulu. Mungkin bahang menghadapi peperiksaan itu telah terasa panasnya. Hakikatnya persediaan diri mungkin ??? Tapi secara mentalnya, aku masih sangsi.

    Di kelas, sewaktu menunggu untuk ujian Usuluddin 1; Sewaktu hendak berbual bicara dengan Norsiah (classmate) yang duduk di belakangku. Ada memberitahuku perihal aku dengan Ain… tak sangka budak form 5 ada yang dah tahu pasal kami berdua. Terkilan juga rasanya dia memberitahuku mengenai hal tersebut. Aku tidak pula menyangka perihal aku itu telah sampai ke pengetahuan orang lain… patutlah sejak kebelakangan ini dia tidak banyak cakap denganku; ku kira ia sibuk menelaah pelajarannya sempena musim peperiksaan yang sedang ditempuhinya. Wal hasil, rupanya ada benda yang menganggu dirinya… patutkah aku berkata akan sesuatu padanya?

    Budaya ketika musim peperiksaan di SMKAL

    Minggu ini adalah musim peperiksaan semester ke-2. Aku perhatikan setakat ini tidak banyak yang begitu serius untuk mengulangkaji pelajaran mereka di kelas ataupun untuk turun ke kutub kanna dengan tujuan membaca buku, majalah ataupun akhbar. Tapi, aku sendiri tidak mampu untuk mengerah mereka untuk keluar dari asrama hadir ke kelas bagi belajar ataupun menyiapkan kerja sekolah yang belum selesai di kelas masing-masing. Fenomena yang kurasa begitu jeling melihat apakala ada pelajar yang bermain di dewan badminton, ping pong ketika waktu kelas persediaan mereka. Tiada kata yang dapat kuluahkan lagi… sudah banyak butir amanat yang telah disampaikan tika perhimpunan pagi, tazkirah maghrib…" leju' (jemu) dah orang di sini hendak bercakap". Mereka asyik tidak dapat memikir akan nikmat itu seharusnya dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. ''JANGAN KUFUR NIKMAT'' Sudah banyak kali aku luahkan perasaanku bahawa aku tidak dapat menyempurnakan orang agar menjadi lebih baik daripadaku.

    Menyanyi lagu Doraemon

    Belajar bahasa Jepun melalui lagu doreamon, lucu juga bunyinya aku dengar hingga ketawa yang mengakibatkan dalil aku lupa semasa menjawab soalan US 1 / tauhid… susah betui kalo banyak ketawa ni.

    Di Bilik Kaunseling, SMKAL; 13 Ogos 2003 @ 1715, Rabu

    Hari ini aku berpeluang untuk ketemu dengan pengetua membicarakan tentang laman web biografi beliau yang telah ku bangunkan. Hanya itu saja yang dapat ku buat untuk beliau… sederhana tetapi menarik.

    Ke Dewan Makan; Aku berlawan denga Ustaz Ahmad- Ping pong

    Terkejut juga aku apakala aku akan bertanding dengan ustaz Ahmad sempena karnival sukan Bulan Kemerdekaan 2003… menang aku belum pasti asalkan dapat menang satu set jadilah. Selain ping pong, aku dan member tingkatan enam atas dan bawah ada juga menghantar penyertaan untuk sukan bola tampar… Jumaat malam ini mungkin mula main.

    Hari ini adalah peperiksaan untuk subjek pengajian am 1 dan 2. Boleh dikatakan aku mampu untuk menjawab soalan yang telah diberikan kepadaku. Walaupun tidak mampu untuk menyiapkannya akibat terkandas pada bahagian C soalan nombor 5, aku tidak pula membaca soalan nom. 6 yang ku rasa senang untuk dijawab setelah selesai ujian itu. Sayang sekali aku kerana tidak dapat melakukan yang terbaik dalam subjek ini.

    Menyanyi Ketika Mandi

    Teringat aku ketika berada di SHOAW bersama member sebaya di asrama saidina Hassan (asrama yang telah ku huni dari aku tingkatan 1~5, 1997~2001) yang banyak menyimpan sejuta khazanah memori yang telah membentukku menjadi seorang manusia yang boleh survive di mana jua aku berada. Hakikatnya, memori lampau mampu menjadi salah satu elemen pendidikan yang tidak formal bagi mengajar menjadi insan yang boleh menilai +ve atau -ve sesuatu perkara itu. Berbalik mengenai menyayi atau berlagu semasa mandi; ketika di SHOAW mungkin dapat ditulis di sini banyak kawan-kawan yang boleh menyayi walaupun hakikatnya menyanyi di pentas agak mustahil untuk di lihat tetapi boleh didengar suara mereka semasa berada di tempat mandi. Seingatku, aku juga tergolong di kalangan mereka, Abang Helmi, Emirat, Saad, dan banyak lagi tidak mampu untuk mengimbau kembali waktu mandi bersama mereka, basuh pakaian bersama sambil mendengar lagu melayu, inggeris, hindustan,…nasyid. Di SMKAL, pada mula ku datang satu fenomena yang jarang sekali ku dapat lihat adalah ketika mandi acapkali kedengaran nyanyian nasyid (2001), tetapi sekarang ini penghuni asrama sudah mampu untuk menyayikan lagu melayu, indon, Linkin Park dan banyak lagi… rasanya ini mungkin akibat oleh pengaruh media massa yang begitu giat melanda dan rata-rata pelajar di sekolah yang sedang aku berada ini sedang mengalami proses tranmigrasi bentuk media yang baru pada diri mereka. Harap perubahan ini dapat dikawal oleh semua pelajar.

    Perjalanan dari kelas setelah tamat ujian kertas pengajian am satu ke kantin,

    Aku dan Niejam ketika hendak turun dari tangga telah disapa oleh cikgu Khatijah mengenai ujian bahasa melayu minggu lepas. Katanya aku tidak lulus untuk kertas 2; sukar untuk aku mempercayai apa yang telah dikatakan oleh beliau. Tapi, aku terima hakikat akan kegagalan aku dalam peperiksaan ini asalkan pada peperiksaan yang sebenar aku tidak kecundang lagi. Ada ku cuba untuk mendapat markah syafaat jika beliau boleh meluluskan aku bagi kertas 2 yang dikatakan beliau sedikit lagi hendak lulus. Aku akui ada bahagian tertentu yang aku belum lagi membuat ulangkaji khususnya dalam bab tatabahasa hinggakan tidak ada satu pun yang betul.


    Di SMKAL; 12/08/03 @ Selasa

    Bacan @ Mohd. Hassan dah ada Adik @ Awek

    Memang tidak salah berkawan atau berhasrat untuk menjalin / mewujudkan hubungan istimewa dengan kawan perempuan asalkan tidak melampaui batas pergaulan. Junior aku pulak dah 'bunga' (nama yang mereka gunakan dalam tatasurat mereka). Geli hati apabila si Bunga membalas surat si Kumbang dengan pantun ku rasa: Bunga tak akan dihingapi Kumbang lain kalau Kumbang tak mencari Bunga lain… indah bunyi bahasa persuratan mereka akan tetapi proses matang dalam surat itu masih kurang… maaf kalau Bacan terbaca komen penulis di sini. Terima kasih kerana sudi berkongsi.

    Paper bahasa telah selamat ku lalui dua selama dua hari ini… soalan memanglah ku jawab… tapi terlupa, yakni aku terlebih pula dalam menjawab soalan bahasa Arab 2. soalan prosa semua ku jawab, tetapi syi'ir satu soalan saja yang boleh ku jawab. Kurang menghafal… tu saja masalah yang menganggu dalam usaha untuk menguasai bahasa Arab… Ingin berubah…


    Di SMKAL; 11/08/03 @ Isnin

    Paper arab 1, terpaksa buat karangan sendiri… entah betul ke tidak? Teruk betul kertas satu aku ni… lain kali buat karangan dengan hafalan.

    Makan tengahari, di dewan makan amat sedap dengan ayam goreng masak sos. Satu memori ketika berada di SHOAW, hari khamis merupakan hari untuk menu special seakan begitu dimasak. Betul kata pengetua, nak masak goreng sikit pun susah… ni lah masakan yang terakhir aku rasa mungkin sehingga aku tertidur sampai tidak sedarkan diri lagi apabila lena selapas makan di asrama.

    Di Rumah; 10/08/03 @ Ahad

    Pergi ke dewan suarah untuk majlis pelancaran sijil derma organ dan darah kepada mereka yang terlibat. Bapa saudara aku juga ada menerina untuk kategori sijil delima kerana telah menyumbangkan lebih 80 point darah… boleh ke aku derma darah dalam keadaan aku macam ini ah?

    Ada ku terima pangillan daripada cikgu Marini… bual sebentar.


    0 comments

    |

    Sunday, August 10, 2003 :

    10 Ogos 2003

    Terima kasih Izzah, Azalilah dan Yusiela ada antar aku SMS… sorilah tak dapat reply sms, tak ada idea apa nak di taip…

    +0800 pagi: aku kena bangun awal untuk hadir ke dewan Suarah disebabkan ada majlis di sana. Tak tahu pulak apa sebenarnya acara yang sedang berlangsung… yang kena bagitahu pasal makan sajalah...

    0 comments

    |
    09 Ogos 2003

    Sepatutnya aku akan ke HIKMAH awal untuk bermesyuarat membincangkan mengenai program yang akan dianjurkan oleh belia kelab remaja HIKMAH Limbang. Tapi apakan daya aku hanya dapat datang ke sana 1030 pagi, itupun mesyuarat sudahpun selesai. Maaf lah fasal tak dapat datang ke sana awal ustaz; aku tak ada transport untuk datang ke sana jadi terpaksalah naik bas. Malu pula rasanya naik bas ke pasar.

    Ini nak cerita pasal orang: (i) Bang Suhai: Biler lagi nak kawin ni ha… kalo dah tak ada calon tu boleh juga tolong recomendkan. Tapi, betul ke pasal hubungan dia ni dengan Sandora(baur bacan yang sendiri tak tahu salasilah). Kalaulah benar mereka ni… why not both of them get enggage and ready to merry… how wonderful :) . (ii) Ustaz Ubai: Semalam ada pergi ke rumah beliau pasal lama dah pergi berkunjung. Bicara sambil menonton tv itu ada juga membicarakan pasal kawin… "biler kita kan kawin ustaz… mun ada calon cepat-cepat lagi," ujarku. (iii) Ustaz Marzuki: Dia dah bertunang dah minggu lepas sama dengan cikgu kat sekolah. Tak sangka juga ustaz ni kita disuruhnya jadi ajk / wakil berharap / pengapit / atau tukang makan saja… "Taniah lah ustaz ! Coz dah ada orang yang sudi jadi teman kitak…

    Di Plaza ketika pergi berkunjung ke kedai gambar ada aku ke temu dengan ILA gadis yang menjadi rebutan pelajar SMKAL yang mengenali beliau walaupun aku juga belum sangat kenal akan dia. Tapi pada wajahnya sudah mengambarkan dia seorang yang cantik; pada fizikal saja kot. Tapi sudut yang lain ia hormat juga akan aku ni… tak tahu apa yang hendak ku katakan mengenai apa yang telah dikatakan olehnya semasa seorang kawan lelakinya datang kepadanya bertanyakan siapakah aku ini. Malas juga aku hendak melayan orang macam tu. Tapi ingin membuat gossip, ingin membuat orang melihat… aku sememangnya tidak mengerti akan semua itu.

    Ke temu aku sama Fuad, minta tolong hantarkan balik ke rumah… Terima Kasih kerna sudi menghantar daku pulang ke rumah…

    *****

    Fuad datang ke rumah aku, ajak keluar rumah untuk jalan2. Tapi aku ajak dia ke HIKMAH manalah tau ada hendak dibuat… last2 Bang Suhai belanja kami berdua minum ABC, tapi kenalah beli. Sempat juga aku dan Fuad jalan2 di Isplanete (betul ke tidak ejaan aku tu) kemudian ke Bukit Kota meninjau tempat orang bergambus… tidak suka sebenarnya hendak pergi ke tempat macam tu… pulang rumah lagi bagus daripada pergi ke tempat macam tu… hakikatnya budaya setempat menyusahkan diri.


    08 Ogos 2003

    Hari ini adalah hari Jumaat dan kami dibenarkan balik bermalam ke rumah minggu ini. Semalam rasanya laman web telah ku siapkan pembinaannya. Syukur alhamdulillah. Hari ini kelas kami juga tidak ada paper yang hendak dijawab… sakit juga kepala lepas exam ini… rasa badan dah semakin kurus pasal kurang tidur kot… teori saja. Semalam paper syariah 2, rasanya satu saja soalan untuk hadis hukum yang telah ku spot keluar. Namun dapat juga ku buat walaupun terpaksa menjawabnya semacam membuat karangan esei bahasa melayu. Cuma kurang dalil al-Quran dan hadis saja. Tapi tak pe lah… syariah dalam ujian sem ini aku rasa bleh prinsipal. Minggu depan dah nak ambik paper Bahasa Arab, Usuluddin dan Pengajian Am… BA, ustaz Idris dah kasi tajuk yang perlu diulangkaji… Usuluddin 2 pun ustaz Zaini dah kasi tajuk yang perlu di berikan perhatian… Pengajian Am just ulangkaji apa yang telah diajarkan dulu sajalah rasanya… susah kalo macam ini… wish kali ini aku dapat semua paper prinsipal hendaknya…

    Selepas solat jumaat aku pergi tido… sampai leh pukuq 4 barulah aku bangun… dorm asrama dah kosong… bangun ku dari tidur dan terus ke kantin untuk mengisi perut yang kosong. Selesai semua, terus ku ke bilik kaunseling untuk mengeluarkan PC untuk ku bawa balik ke rumah… entah macam mana aku boleh menumpang balik ikut family suhaimi… so balik bawa CPU saja lah… pakaian lum packing lagi… entah macam mana kejadian itu…

    Aku di rumah: Fuad datang ke rumah… waktu aku sedang online kat internet. Lalu aku ajak lah dia pergi ke sekolah untuk mengambil baju yang lum lagi aku packing…

    0 comments

    |

    Friday, August 08, 2003 : Catatan Yang Lampau; Seminggu Lepas Di Sekolah...

    01 Ogos 2003: Jumaat @ 92 Hari Untuk STPM

    0630 pagi: Perhimpunan pagi aku menyampaikan pengumuman kepada pelajar amat teruk sekali. Tidak tersusun kata-kataku yang hendak ku ujarkan kepada mereka disebabkan aku kehilangan kertas kecil tersebut. Hanya yang mampu aku sampaikan mengenai perihal keluar ke bandar bagi yang tidak balik bermalam. Hari ini ketika perhimpunan kami semua mendengar lagu patriotik yang akan dinyanyikan ketika perhimpunan dijalankan.

    0705 pagi: ku terima lembaran balas dari si Ain. Balas puisi yang bertanyakan mengenai bait puisi yang telah ku tulis untuknya. Mungkin ia tidak mengerti akan apa yang aku maksudkan di dalam puisi ku. Tapi memadailah segala persoalan selama ini dapat ku buat penilaian yang amat wajar untuk difikirkan.

    Hari ini aku amat mengantuk hinggakan khutbah Jumaat yang ku dengar kurang dapat ku terima walaupun jelas sekali apa yang disampaikan tetapi kala mengantuk menguasai diri dan minda agaknya yang berlaku adalah suatu penyakit yang biasa timbul ''tidur''. Di surau, nama mereka yang semalam melakukan kesalahan disiplin telah dipanggil dan diberikan hukuman oleh ustaz Abdul Ghani. Kadang-kala kesian juga aku melihat mereka di ambil tindakan, apa dapat ku lakukan memandangkan ia adalah tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadaku. It's not a burden to me. Always hope the best in what I do.

    Hari ini pelajar balik bermalam atau pulang ke kampung. Jam tiga petang aku bangun dari tidur yang mengakibatkan kepala aku pening sehingga sekarang ini. Semalam tidurku agak kurang selesa disebabkan aku tidur di meja study di bilik gerakan pengawas aspura B. Sakit juga tengkok aku ni dibuatnya. Aku pergi ke PSS untuk membaca surat khabar. Di sana aku telah di suruh oleh cikgu Hilin untuk membuat sijil kepada pelajar yang dapat ganjaran Gangsa dalam program NILAM. Tapi tak juga pe…

    1720 petang: Aku ke pondok pengawal, kantin dan pulang ke asrama: Aku kenalah kotakan janji hendak membelanja si Norahimah, Rogayah, Emma serta Salasiah. Di kantin sebelum mereka datang ada juga aku berbual vicara dengan Ain walaupun agak tidak bertimbal bicara kami dan aku lari daripadanya ketika mereka datang. Apa boleh buat kan… janji tetap janji… kena ditunaikan juga walaupun susah. Rasanya esok lah aku balik ke rumah. Malas hendak pulang ke rumah kalau tiap-tiap kali asyik-asyik balik bermalam saja… mampuslah.


    31 Julai 2003

    ++> Minggu in guru yang bertugas ialah cikgu John Dillah. Beliau amat digeruni oleh pelajar-pelajar di SMK Agama Limbang disebabkan ketegasan beliau dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan. Pun begitu, pada hakikatnya beliau sebanarnya adalah seorang guru yang peramah ketika berbual bicara tika ketemu beliau. Saya rasa begitu mudah saya melaksanakan tugas ketika beliau menjadi guru bertugas pada minggu ini walaupun esok pelajar ada dibenarkan untuk balik bermalam.

    Perhimpunan pagi; di tapak perhimpunan. Aku telah membuat pengumumnan kepada pelajar tentang pelajar yang tidak balik bermalam sila serahkan nama kepada para pengawas untuk mengira bilangan pelajar yang tidak balik bermalam. Selain itu, mengenai pembersihan asrama atau gotong-royong asrama perlu dijalankan pada petang ini akan tetapi aspura B terpaksa menjalankan pembersihan pada malamnya memandangkan ada perlawanan bola sepak peringkat akhir di padang. Mungkin tidak mahu menganggu minggu peperiksaan pada minggu hadapan, terpaksa dilangsungkan jua. Ustaz Zaini hari ini amat marah ketika perhimpunan akan pelajar yang mempunyai perangai "Mulut celupar" yakni mereka yang suka benar mengumpat akan guru mereka selain memberikan gelaran yang tidak baik pada guru tersebut. Saya kira budaya yang menular ini disebabkan oleh sikap pelajar yang tidak sangat mementingkan budaya menghormati guru dan ilmu yang mereka ada itu pada hakikatnya tidak berkat. Hal ini telah menjadi punca mengapa akhlak pelajar (sikap @ tingkahlaku) semakin teruk. Sokong segala tindakan pihak sekolah terhadap pelajar yang tidak erti bahasa.

    Esok bermulalah sambutan bulan kemerdekaan. "Esok juga kumpulan nasyid sekolah akan mengetuai nyayian lagu patriotik diikuti oleh pelajar-pelajar lain," kata pengetua ketika menyampaikan pengumuman beliau semasa perhimpunan. Menyanyikan lagu-lagu patriotik merupakan antara pengisian sepanjang sambutan bulan kemerdekaan ketika perhimpunan sekolah dan juga setiap bermulanya kelas P&P di setiap kelas. Hal ini dapat mewujudkan semangat patriotik di kalangan pelajar di sekolah ini hendaknya.

    Solat Di Dewan Utama; Bacaan Yaasin dan Tahlil

    Geram aku dibuat oleh pelajar-pelajar yang tidak suka mendengar arahan. Benci, menyampah dan segala-galanya yang relaven dengan keadaan tersebut. Di kelas, Niezam memberitahuku bahawa ada pelajar yang lari daripada majlis tersebut dan bersembunyi di tandas, lari di atas atap gajah menyusur di tandas sekolah… hebat mereka ini. Suka benar mereka menyusahkan aku dan pengawas-pengawasku… mereka ingat kita buat majlis macam ini main-main kah? Kena lah mereka ni nanti.

    Aku terkasar bahasa pada si Maisarah, mungkin cara aku bercakap dengannya dalam keadaan berseloroh sahaja, akan tetapi dianggapnya suatu yang serius. Terluka mungkin hatinya, ku rasa begitu. Aku minta maaf lah sangat-sangat… bukan maksud untuk memainkan saudari tetapi pada waktu itu ku anggap ia sebagai gurauan dan ku rasa ia amat kasar bagimu. Sepuluh jari ku susun untuk memohon MAAF …


    0 comments

    Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com