Semalam Hari Konvo Kerjasama UTM Dengan Kolej Swasta
Dapat juga merasai sebagai tetamu menyaksikan graduan menerima ijazah mahupun diploma di DSI walaupun perjalanan untuk diri ini mendapat segulung ijazah masih lagi panjang perjalanan yang harus ditempuhi. Sepatutnya semalam masuk ke dalam DSI bersama dengan bapa saudara tapi disebabkan pakaian yang digunakan ini tidak sesuai dengan majlis kenelah pulang semula ke kolej untuk menyalin pakaian yang sesuai. Selesai saja sepupu menerima diplomanya, teringin sangat diri ini hendak keluar dari DSI. Tapi tak boleh nak keluar sebab pintu dikunci dari dalam. Tak dapat lah keluar... nak keluar pulak kene cakap tak benar... cari alasan nak keluar katakan... tak tahan..bagus buat ulangkaji kat bilik... tak boleh juga... saudara datang dari jauh kenelah raikan sikit...
Letih semalam masih lagi terasa. Walaupun dah tidur awal semalam dan bangun semula untuk mengulangkaji nota yang prof. berikan. Tidur awal tu pun sebab Aya nak tolong kejutkan... terima kasih buat teman yang sudi mengerakkan diri ini untuk bangkit dari tidur khususan Fikri (teman sebilik) dan Aya (teman seKursus). Sakit kaki selepas solat isya masih lagi terasa sakitnya. Tak tahulah macam mana boleh kene sakit tu. Sebab sepanjang hari asyik berjalan tanpa henti.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home