.:::: |J|o|u|r|n|a|L| |O|f| |R|o|s|l|a|N| |T|a|n|g|a|H| ::::.

"Andai semalam tidak wujud, akan diusir sebuah lukisan kehampaan menjadi mimpi indah. Namun alangkah payahnya mengusir sebuah kehampaan kerana semalam bukanlah satu perhentian yang sempurna"

.:Profile:.

Name: Roslan Tangah
D.O.B: August 22nd, 1984
Age: 20
Location: UTM, Malaysia
and so on and so forth...

.:BLOG SONG:.

Peterpan- Tentang Kita

.:EVeNTs:.

.:Chit Chat Corner:.

.:Pesanan Anda:.

Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

.:Latest Pictures:.

Photoblog oleh flickr 

.:PHOTOPAGES Link:.

  • MY PHOTOPAGES
  • MY PHOTOPAGES II
  • MY PHOTOPAGES III
  • Fariz's
  • NizAMNaiJo
  • iMa-SKY
  • haNNa baNNa
  • NaNa
  • Gbum
  • Chagu
  • Qmie
  • Ieqha
  • Rais
  • Azuan Johan
  • mIMi nAJUa
  • bLEk
  • Elmo@fizi

    .:FAV BloG:.

  • IzYaN
  • CikPaYung
  • ApIS
  • Syr@hZ
  • SHamIL
  • NuMloqUe
  • MoneIraH
  • IZHaM
  • MujTahidaH
  • design
  • blogger
  • hANNa bANNa
  • bLEk
  • nOr moHAmaD
  • iQIe cHIQie
  • mIRa
  • haZLeen
  • qMIe
  • gBUm
  • jIJOy mARRo
  • haRIth
  • iMA-sKy
  • aZUAn joHAn
  • cHEk
  • CHagU aL SyuKUR

    .:Daily Link:.

  • ViRus SouRce
  • Monday Madness
  • Friday Five
  • amERIcan iDoL
  • ikEa
  • haBItat
  • friENDster
  • XShoawiaN
  • Uni of Technology Malaysia
  • SofTWaRE ForUM
  • jOBs
  • toKEi kEDAi
  • BeRIta hARIan
  • SMK (A) SHOAW
  • SMKAL
  • BelAJar Nahu AraB

    .:Links:.

    Blogger l Chat Online l Blogskins l Photo ALbum | Google News| About Me| Guestbook|

    .:Koleksi:.

    April 2002 l November 2002 l December 2002 l January 2003 l February 2003 l March 2003 l April 2003 l May 2003 l June 2003 l July 2003 l August 2003 l September 2003 l October 2003 l November 2003 l December 2003 l January 2004 l March 2004 l May 2004 l June 2004 l July 2004 l August 2004 l September 2004 l October 2004 l December 2004 l January 2005 l February 2005 l March 2005 l April 2005 l May 2005 l June 2005 l

    .:Waktu Solat:.

    .:Kredit:.

    Layout By: Dreamwalker
    Special Thanks to: Blogskins and Blogger

    Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
  • |

    Thursday, May 29, 2003 :

    PERGI LAWAS...Bengkel Insan Kamil 2003

    29/05/2003: Jam dua petang ni insya Allah akan pergi ke Lawas bersama Abang Suhai...guna transport darat saja...dapat jadi urusetia syukurlah...yang penting cuti sekolah ni dapat juga melancong....semalam dapat terima sms dari teman sekelas dulu yang telah masuk matrikulasi di Labuan. syukur pasal semua mereka dah dapat masuk ke universiti...taniah aku ucapkan...Abang Helmi dapat pergi ke UKM ambik jurusan kejuruteraan mekanikal bhgn pembuatan, Emirat, UPM ambik coz aeroangkasa...Erry, Emie Jef..UNIMAS ambik IT...Shahrina, Fauziah Bee, Ain juga kat UNIMAS..Wan Nadzri pulak kat KUTPM, melaka ambik IT...esok mungkin mereka yang dapat masuk ke UNIMAS akan mendaftar, abang Helmi akan pergi ke UKM hari sabtu ni...

    0 comments

    |
    BENCI, MARAH, DENDAM
    22/05/03: Semalam sebelum aku turun untuk prep petang dan sedang menuju ke bilik kaunseling… ada lerr junior aku menyapa bertanyakan perihal prep study petang ni sama ada boleh ke idak study di dalam kutub kanna… aku beritahulah pasal hukuman semalam bahawa yang setakat akum maklum hanya boleh belajar di kelas…lantas satu sindiran telah dilontarkan kepada diriku bahawa semua pelajar tingakatan enam sahaja yang boleh mengunakan kutub kanna… geram juga rasa hati ini apabila telingaku mendengar kata-kata tersebut. Terus aku melangkah ke bilik kaunseling untuk melihat kandungan cd yang telah ku pinjam dari perpustakaan.

    Setelah telah hampir untuk prep petang… aku terus keluar dan pergi ke kelas… datang ke kelas terus ku ambil buku bahasa arabku… ku selesaikan latihan bahasa arab yang telah diberikan kepadaku. Tetiba classmate ku bertanyakan sst kepadaku…pasal benda yang ku sangkakan cuba untuk menyindir aku… it's just kerana jawapan dan persoalan yang telah dia ajukan menyebabkan diri ini dan dia juga turut terasa.

    Tadi setelah habis masa untuk p&p secebis nota yang mengandungai helaian kertas pada buku autographnya telah ku terima mengatakan buat baik di balas baik… (sudah ku buang ke dalam tong sampah)…pergi ke perpustakaan untuk ujian pengajian am…selesai ujian aku mohon maaf daripanya tapi tiada apa2 respond yang diberikan…yang penting aku dah mohon maaf…

    BALKIS NAK RESIGN JADI PENGAWAS

    20/05/2003: Sewaktu berada di pusat sumber sekolah masa pengajian am…waktu tu cikgu Matzinan pergi kursus di Miri..sempat juga aku berbual bicara dengan Balkis…tak sangka orang yang diam2 ni nak resign daripada menjadi pengawas. Tak tau pulak apa masalah yang telah dihadapi olehnya. Satu kekecewaan buat diri ini apakal mendengar kata-kata yang telah keluar dari mulutnya itu. Tak mampu rasanya hendak menasihati memandangkan aku telah mengalami delimma yang sama tika menjadi pengawas dulu…satu tindakan yang bodoh rasanya.

    Rasanya malam ini kena pergi ke PS untuk menonton cerita sherk…..

    Sambutan Maulidur Rasul 2003 Peringkat Sekolah SMK Agama Limbang, Sarawak
    19/05/03: Semalam talah diadakan Majlis Punutupan & Kansert Sempena sambutan maulidur rasul peringkat sekolah. Tuan Residen Bahagian Limbang telah datang untuk merasmikan majlis tersebut. Pelbagai aktiviti yang telah berlaku sepanjang majlis berlangsung; antaranya, jualan cd dan kaset promosi album kumpulan nasyid Mawaddah. Diri ini berpeluang membeli cd dan kaset mereka. Walupun harga cd dan kaset tidak mereka tetapkan dan hanya dengan seikhlas hati saja. Dah hampir seminggu sudah aku sibuk dengan pelbagai aktiviti yang berlangsung di sekolah…letih memanglah letih namun apa yang jelas kepuasan melakukan kerja itu adalah satu kepentingan buat diri ini.

    0 comments

    |
    17 Mei 2003: Majlis sambutan maulidur rasul telah berjalan dengan jayanya.. sambutan padda kali ini mendapat kerjasama yang pada daripada semua pihak. Tak sangka malam konsert itu diadakan Mama juga datang untuk melihat... satu kerugian yang melampau tidak dapat berbual bicara terlalu lama dengannya. Tapi tak pe lah

    10 Mei 2003: Peperiksaan MUET telah aku tempohi pada hari ini yakni tiga kertas terpaksa aku ambil. Hari ini juga di sekolah berlangsung pertandingan Forum zon H bahagian Limbang... malah pertandingan bahas telah kalah kepada SMK Sundar...bukan rezeki kami mungkin disebabkan persiapan dan macam-macam konflik yang melanda. Aku tidak berharap apa-apa selain daripada kejayaan...

    *****
    7 Mei 2003: Dah hampir seminggu aku tidak menulis apa-apa di dalam jurnel ku. Selepas saja balik bermalam pada hari Ahad, aku yang sememangnya letih disebabkan sepanjang waktu balik tu pelbagai kerja yang telah aku lakukan. Esoknya( 5 Mei) aku akan mengambil ujian Muet kertas speaking…gementar juga aku dibuatnya pasal ujian yang akan ku tempuhi itu akan melayakkan aku dapat masuk universiti…moga2 pada ujian yang bakal mendatang hari sabtu ini juga akan ku tempohinya dengan penuh ketenangan dan beroleh hasil yang dapat ku banggakan. Semalam, cikgu Azril guru penasihat badan pengawas juga kaunselor sekolah memanggil aku supaya memanggil Shahrine and also Khairul Amree pasal kes disiplin yang telah mereka timbulkan. Memandangkan lembaga disiplin sekolah akan bermesyuarat mengenai tindakan yang akan dikenakan terhadap mereka. Kalau ikutkan rasa binasa, ikutkan hati mati… tapi akal yang sempurna wajarlah ku gunakan sepenuhnya demi mencapai satu tindakan dan cara berfikir yang lebih matang.

    Akhirnya, keputusan daripada mesyuarat tersebut telah ku ketahui daripada cikgu Azril… I don’t mind with the decision that had given…atleast it’s a good new…hukuman tetap hukuman…harap2 mereka sedar…

    0 comments

    |

    Friday, May 02, 2003 :

    TANIAH KERANA BERJAYA MEMPEROLEH 5 ANUGERAH PUM !!!

    Semalam cikgu Marini ada call aku. Pelajar & sekolah SHOAW menang 5 anugerah dalam Program Usahawan Muda (PUM). Taniah diucapakan kepada Pengetua, cikgu Marini, guru-guru penasihat syarikat PUM, usahawan-usahawan muda SHOAW. Moga di masa akan datang antum semua akan menjadi seorang tokoh korporat yang bakal menjadi pemangkin kemajuan negara, bangsa dan agama. Teruskan usaha antum.

    0 comments

    |

    0 comments

    |

    Thursday, May 01, 2003 :

    HARI PEKERJA & BALIK BERMALAM

    Hari ini semua pelajar mesti balik bermalam memandangkan cuti selama 4 hari..Esok adakah cuti gantian...Mungkin besok pergi ke Sundar...terpaksa cari motorsikal untuk dipinjam..Last2 dapat juga ku pinjam dari Heiri...Hari ini juga ada ada pesta ria di es planet...Hari ini juga mak aku belikan aku meja untuk komputer aku...Lama nie aku belum ada lagi meja komputer...Susah pula...

    0 comments

    |

    29 April 2003:
    Semalam aku tidur di bilik warden bersama-sama member-member pengawas yang lain dan juga ketua warden. Sempat juga aku menonton cerita Jackie Chan di TV3....Paper usuluddin satu hari ini aku kena jawab. Rasanya paper ini cukup makan saja...aku jadi “blank” masa time
    ujian...pala jadi stak tau kenapa. Tapi yang aku pasti aku tidak buat ulangkaji dengan sunggguh-sungguh untuk paper ini. Harap esok paper Usuluddin 2 aku dapat
    buat yang terbaik. Hangat hari ini mengenai baik bermalam esok hari, tak tahupulak dah ada pengumuman bahawa esok kena balik bermalam. So, kalaulah balik
    bermalam pada esok hari, malam ini mestilah busy kumpul buku pass balik bermalam. Kalau ikutkan hati, lebih baik balik saja hari Jumaat. Tapi no hal lah
    pasal ujian syariah 1 aku lum lagi ambik. Sakit juga kepala aku.


      


    Ujian Syariah 2 (Ayat Ahkam &
    Hadis Ahkam)


     


    28 April 2003:
    Hari ini adalah hari lahir membersekelas Saudari Mariana Bt Tuah…Happy Best Day! Ana ucapkan kepada mu. Paper
    syariah hari ini boleh tahan juga, dapat juga dijawab walapun dalil yang melampau kurangnya. Selesai solat zohur, sempat juga aku berbual bicara bersama
    dengan ustaz Ghani mengenai program yang bakal dianjurkan kelak. Terkejut juga aku apakala pertandingan nasyid dibatalkan, tapi digantikan dengan pertandingan
    busana muslimah dan sayembara puisi islam peringkat sekolah. Tapi not sure lah pasal busana muslimah tu, it’s not fair actually kalo hanya pempuan saja yang
    ikut serta., why not men also participate pertandingan tu.  Nanti lah kalo ke temu dengan ustaz akan ku usul respond pelajar mengenai perkara tersebut.


     


    Pertandingan Bahas Ketua
    Menteri 2003


     


    April 26, 2003:
    Keputusan bahas pada hari ini kami menang menewaskan SMK Lawas dengan tajuk perbahasan “Perlancongan ialah satu
    keperluan”. Sebelum saja pertandingan aku, Daryah & Lipah hingga pagi bertungkus lumus menyiapkan teks perbahasan masing-masing…Sebenarnya aku masih blur dalam pembinaan teks bahas. Dari jam 9.00 Malam hingga dua pagi aku dengan merekabekerja menyediakannya. Alhamdulillah kami menang juga akhirnya setelah berusaha membidas segala hujah yang terdapat pada pihak pembangkang…Kami selaku pencadang amat bertuah mendapat tajuk tersebut. Takde pe yang menarik hendak dibuat pada hari ini kecuali pertandingan bahas. Selepas solat isya’, macam biasa lerr pegi dwan makan. Malam tu sepatutnya aku nak buat tayangan kepada pelajar, mamandangkan pada minggu hadapan masih lagi ada peperiksaan semester so tak dapatlah nak buat pada malam ini. Tapi walau bagaimanapun malam tu aku rasa beban di kepala sudah pun kurang sikit. Sempat juga menonton cerita melayu di TV3 semalam (Hasnul & Atuknya). Bagiku cerita tu boleh dikatakan baiklah.
    Seakan-akan ia berlaku pada diriku. Sewaktu makan malam di dewan pasukan MTQ Bahagian Limbang telah pun sampai ke Limbang. Hanya Suhaimi saja yang menang
    (tempat Ke-3) dalam pertandingan hafazan. Namun aku ucapkan taniah kepada mereka yang berjaya.


     


    April 25, 2003:
    Sepatutnya hari ini aku akan menghadapi peperiksaan semester subjek syariah satu (fikah & usul fikah) tetapi
    aku tidak mengambilnya memandangkan esoknya aku akan bertanding bahas ketua menteri di RTM. So, lepak je lah kat kutub kana sam member yang lain menyiapkan
    teks bahas.


     



    intai padi antara
    masak... esok jgn layu-layuan... intai kami antara nampak... esok jgn
    rindu-rinduan..


     


    Ujian Pengajian Yang Melampau
    Susah


     


    April 24, 2003:
    Hari ini aku telah mengambil peperiksaan kertas pengajian am 2 yang mana aku telah kehilangan 20 markah
    kerana tidak dapat menyiapkan jawapan disebabkan asyik membuang masa dalam menjawab Bahagian c… moga-moga aku akan lulus dalam kertas dua ini… mungkin
    disebabkan terlalu yakin akan dapat membuatnya membuatkan aku endah tak endah. Tinggal dua hari saja lagi aku akan bertanding bahas Ketua Menteri… mampukah aku melakukan suatu yang terbaik buat diriku pada tahun ini.


      


    Balik Bermalam “Good Friday,
    Cuti Sabtu Ke-3,…”


     


    April 17-20, 2003:
    Sepatutnya minggu ni bukanlah minggu balik bermalam, memandangkan pada sepanjang dua minggu dari hari 16 hingga 30 April adalah minggu peperiksaan kepada semua  pelajar di sekolah ini. Tapi, entah macam mana sewaktu makan bersama ustaz Idris di dapur tempoh hari telah ku
    cuba untuk mencadangkan agar pada minggu ini diadakan balik bermalam memandangkan pengetua pun tak ada, PKHEM pun juga tak ada… menjadi juga cadangan
    yang telah ku utarakan itu. Pada mulanya sewaktu pengumuman  balik bermalam diumumkan, banyak pelajar yang tidak percaya bahawa pada minggu ini adalah
    minggu balik bermalam kepada semua pelajar… Hari khamis tu aku terpaksa pulang akhir sikit disebabkan hujan turun dengan lebat dan sempat juga aku makan
    tengahari di dewan makan dan juga berbual bicara  bersama dengan kawan2 si Norahimah_I.  Selesai saja makan dan hujan yang turun pun dah hampir2 teduh aku ketemu dengan Cik Bulan di gajah menyusur dari dewan makan; sedang duduk sorang-sorang menantikan ayahnya datang mengambil. Peluang berjumpa dengannya telah ku manfaatkan sebaik-baiknya walaupun bual bicara kami hanya berkisar secara umum dan mendengar luahan rasanya menanti kehadiran ayahnya (dalam keadaan yang sedih, kaki masih kaku setia di anak tangga). Aku beredar meninggalkannya apakala dia sendiri ingin pulang kembali ke asrama (dirasakan
    mungkin ayahnya tidak jadi datang untuk mengambilnya), aku pun pulang ke asrama menukar pakaian dan pergi mendapatkan PCku untuk ku hantar pulang memandangkan aku menumpang Niejam, pakaian2ku belum lagi ku kemas, kemudian aku kembali mendapatkannya. Malam tu selepas selesai solat maghrib di sekolah, Niejam dan aku pulang dan pergi ke Media Computer untuk bermain CS…


     



    Hari Jumaat: Solat Jumaat di masjid…aku lewat bangun jadi tidak tahu apa nak dibuat pagi dan petangnya, tapi aku pergi ke majlis tahlil dan doa selamat di
    rumah ngah Sanah… Malam tu aku ikut Usu pergi main badminton di Dewan Kampung Bunga Raya. Aku berkenalan seorang lelaki yang tidak penuh (orang yang pernah
    memukul ustaz Marzuki sewaktu solat Jumaat Dulu) . Niejam datang menemui aku dan aku mengajaknya untuk mencari rumah Bang Suhai…(ke temu juga akhirnya). Malam tu aku bergayut sama Evy, member orang negeri Sembilan…dari jam 1030 mlm sampai 0115 pagi aku bergayut dengannya. Sempat juga aku belajar menggunakan panggilan percuma daripada Kadal… Tankayu Dal…


     



    Hari Sabtu: Aku sempat menonton cerita Dragon Ball pagi tu…


     



    15 April 2003



     



     Esok sudah hampir kepada peperiksaan semester yang pertama. Hari ini saja aku telah mengambil
    ujian speaking untuk MUET (dapat juga aku band 3 dalam speaking test itu) dan selesai saja waktu rehat sekolah, ujian listening pulak yang menyusul. Di kantin
    seperti biasa hari ini aku bekerja menjadi juru jual (dapat juga upah daripada kerja tersebut). Sewaktu di kantin, ke temu Dewi memberitahu akan kehadiran
    teman yang hanya baru ku kenali pada tahun lepas (Leeda dan Fatanah). Aku tidak kesempatan untuk ketemu mereka memandangkan waktu rehat sudah tamat menyebabkan aku bergesas ke AV room untuk ujian listening MUET. Sepanjang masa aku dan rakan-rakanku yang lain berada di PS sekolah memandangkan esok sudah peperiksaan. Sewaktu subjek bahasa melayu bersama cikgu Khadijah di bilik APD setelah selasai mengajar, cikgu Khadijah sempat membacakan surat yang telah
    dirampas di ASPURI oleh pihak warden. Diri ini merasa sungguh ‘geli’ tatkala mendengar utaian kata yang tercoret pada warkah yang dikatakan buat kekasih yang
    tersayang. LOYA !



     



    Selesai p&p jam 1350,
    aku terus ke tempat wudhu dari APD untuk mengambil wudhu. Selesai saja solat zohur hari telah pun hujan dan terpaksalah aku berlari untuk menyelamatkan
    pakaian di ampaian daripada basah ke semuanya.



     



    14 April 2003



     



    Perkara yang telah direncanakan mungkin akan berjaya dilaksanakan jika dibuat dengan teliti dan
    tidak menganggu gugat kepentingan diri. Aku tidak menyangka bahawa perkara ini boleh mengancam orang-orang pada diriku mereka itu mempunyai kepentingan yang
    penting sangat hinggakan jika berlaku perkara yang tidak sepatutnya


     


     


    Kursus Jati Diri & Kefahaman
    Koperasi



     



    April 12:
    Kursus Jati Diri & Kefahaman Koperasi telah ku sertai kali ini… seperti biasa khidmatku
    tetap di perlukan walaupun dalam senarai helaian kertas tersebut tidak terdapat namaku di dalamnya…namun penyertaan aku tetap dialu-alukan oleh cikgu Loh… 
    dalam kursus tersebut aku sempat juaga berbual bicara bersama dengan cikgu Yusri… dalam bual bicara tersebut kami ada berbual perihal bisnes print baju…tapi tak
    tau pulak macam mana nak buat n nak start kat Limbang ni… tapi aku cukup bertuah lah hari tu pasal dapat juga aku makan lebih special daripada peserta lain…



     



    Petang aku, Maziz  &
    Niejam pergi ke pasar untuk membeli barang-barangan keceriaan asrama… sakit juga kepala ni nak mengurus asrama memandangkan mereka pengawas puteri ingin
    mengadakan lawatan ke asrama selepas cuti penggal ni…rasa tak mampu ler nak menguruskan perkara tersebut…



     



    Sepatutnya maghrib…. Ustaz Kamal yang menguruskan program Khatabah…akan tetapi disebabkan ayahanda Ustaz Kamal telah kembali ke rahmatullah menyebabkan beliau terpaksa pulang ke  negerinya… al-FATIHAH buat ayahanda beliau….



     



    April 8:
    Sarapan pagi tadi rasanya sedap sungguh…tapi akibatnya aku telah ditimpa sakit perut
    yang menyebabkan aku takut pulak nak makan…2 kali aku terpaksa naik ke surau utk membuang sisa tinja yang memyebabkan ke sakitan yang rasanya sangat melampau… rasanya tumpuan dalam kelas  tidak dapat ku berikan sepenuhnya akibat sakit itu…



     



    Pelajar tingkatan enam rendah sudah pun menampakkan diri mereka walaupun agak belum lagi bermula sesi
    p&p mereka…



     



    The Moment That I
    Waited For So Long…



     



    April 7:
    Guru
    bertugas untuk minggu ni adalah cikgu Azril… perhimpunan pada hari ni adalah perhimpunan bulanan… puan pengetua tidak berucap pada kali dan cikgu Matzinan
    kali ini kelihatan memberikan amanat kepada para pelajar… tapi sebelum itu semasa ustaz Zaini membentangkan laparon beliau, beliau telah memanggil pelajar
    yang berdua-duaan, pulang lewat ke sekolah semasa balik dari bandar…selesai saja perhimpunan pada pagi tu, pengetua memanggil untuk memberitahu pengawas yang
    masih belum lagi membayar hutang mereka… rupa2nya masih ada lagi yang belum menjelaskan hutang mereka kepada pengetua…



     



    Prep malam: malam tu semasa hendak pergi ke kelas yang hendak dijaga aku telah pergi ketemu dengan my assistant untuk memaklumkan perihal komputer, nametag, hutang, masalah yang dihadapi oleh pelajar tingkatan enam rendah..etc…. banyak juga ruang waktu yang
    telah ku ambil untuk membicarakan masalah yang melanda… tapi malam tu aku memang tak dapat study banyak sangat, tak tahu kenapa… yang pasti macam-macam hal yang menganggu diri ini untuk melaksanakan ulangkaji yang sepatutnya banyak input yang akan ku perolehi pada malam tersebut…selesai prep aku terus balik ke kelas menyimpan fail dan seterusnya turun dari blok ini…entah macam mana pada malam tu aku ketemu siDia apakala turun dari tangga bersama…sempat juga aku berbual dengannya… actually it’s the moment that I always wait to  meet her…even in the short time meet her… rasanya jika ketemu lagi ingin juga hendak mengetahui emailnya… dapat juga nanti berutus e-surat jika tidak dapat meluahkan perasaan ini kepadanya… SABAR jerrrr la….



     



    Noh Dah Dapat Diploma,
    aku bilerrr pulak dapat 5P?



     



    April 6:

    Sudah sekian lama aku tidak menulis untuk rakaman diriku kelak… mungkin atas kesibukan menjalankan tanggungjawab menyebabkan aku sukar untuk melapang waktuku. Namun aku tetap cuba untuk mengisi waktu yang sepatutnya ku gunakan untuk menghafaz surah al-Mulk semata-mata untuk menulis catatan yang akan berguna satu masa nanti. Semalam pelajar lelaki telah dibenarkan untuk outing ke bandar…tapi aku macam biasa lah, outing pun masih pulang ke rumah… datang ke rumah ku buka komputer dan terus connect Internet… ku buka semua laman webku untuk melihat perkembangan terkini yang terdapat dalam laman itu… cuma telah ku terima satu emel dari seorang teman lama time kat shoaw dulu…Noh, sekarang dia dah abis belajar ambik diploma in information technology management … tapi lepas abis belajar dia buat sikit bisnes (salesman). Macam-macam yang dia bagitau aku dalam emelnya… tatkala membaca emelnya…rupa2nya Noh dah ada laman web yang canggih bagi pandangan aku ler… pasal ingin tahu sangat macam mana dia membinanya so aku call lah dia kat rumah… banyak ler cerita yang dibualkan oleh kami berdua…dia ajak aku join venture sama dia untuk buat bisness…tapi aku menolak pada masa ni pasal aku sibuk sangat dengan STPM aku yang masih lum lagi aku ambik… aku sempat bertanya kepadanya ada tak ko isi borang UPU?… berapa pointer ko dapat? Macam mana ko bina website ko? Etc… Tapi tak pe lah…walaupun dia tak mengisi borang UPU… aku faham Noh ni macam aku juga memang nak jadi seorang bisnesman…dulu pun semasa tingkatan empat kami sama2 sertai program usahawan muda (PUM)…


     


    Hari ni aku lewat juga bangun subuh… sedar daripada tidur terus pergi sembahyang…
    mungkin akibat letih semalam menayangkan tayangan LCD cerita GOSOK dan lepas sempat juga member kat hostel angkut makanan kat majlis bersama pengetua, guru2, wakil sekolah :atlit & pemain bola sepak… makan lerr mee, ayam goring… memang malam tu aku lapar abis…pasal malam tu aku memang tak makan kat dewan makan walaupun aku pergi dewan makan… syukur dapat makan…hari ni aku macam biasa saja…pagi main ping pong lepas tu … tengok Jendela Dunia n pulang ke hostel sambung tido… sedar tido bangun pergi ke kantin untuk tengok Dragon Ball… lepas tu lah aku pergi mandi…



     



    Aku sebenarnya hendak ke bilik kaunseling nak memasang komputer cikgu Azril… tetiba aku singgah  ke pejabat melihat dan bertanyakan mengenai masalah yang dihadapi oleh komputerku yang CMOSnya kurang berfungsi. Katanya (Napi): masalah yang melanda komputer yang melibatkan jam mungkin bateri pada mother board itu dah abis kot… nanti ler aku pergi periksa… time bersama ustaz Zaini dan bang Basri di pejabat sekolah ada lerrr Ustaz Zaini mengoffer kat aku untuk menjadi jurujual sepenuh masa lepas STPM nanti kat stokis yang akan dibuka di kampung Bunga Raya nanti… aku
    macam biasa lerrr… said “Yes”.



     



    Sikin Ada Call Aku



     



    April 5:

    tak ku sangka pertemuan melalui program2 yang pernah ku sertai telah menyebabkan wujudnya
    jalinan persahabatan yang tidak boleh dielakkan daripada terjadi… perkenalan ku dengan sikin bermula sewaktu aku menjadi urusetia dalam satu program di Sri
    Tanjung…



     


    Pertandingan Sepanduk Dan
    Ceramah Maal Hijrah 1424 H



     



    Mac 15:
    Aku bangun agak
    lewat pada pagi ni…jam 6.00 pagi aku bangun dan terus turun ke bawah untuk
    mengambil air sembahyang bagi menunaikan solat subuh yang belum aku tunaikan
    lagi. Selesai saja solat aku pergi ke dewan makan untuk bersarapan. Persediaan
    untuk pertandingan sepanduk dan juga persiapan dewan rasanya belum lagi sempurna
    di samping sepanduk asrama yang belum lagi 100% siap. Selesai sarapan, aku terus
    pergi melihat apa kekurangan yang belum disiapkan manalah tau dapat membantu.
    Akhirnya, sepanduk untuk aras asrama aku telahpun disiapkan walaupun ada yang
    masih kekurangan.


     


    Perarakan sepanduk maal hijrah bermula agak lewat mungkin disebabkan ada yang belum lagi siap ataupun lama sangat berhias khususnya pelajar puteri. Jam 9.10 pagi perarakan telah pun bermula… kami berarak dari depan kantin sekolah terus menuju ke dewan makan danpusing dan terus menuju ke dewan utama. Permarkahan telah diambil oleh para hakim yang telah dilantik.  Syukur, perarakan dapat berjalan dengan lancarnya. Bertuah rasa badan ini kerana dapat berpeluang untuk menganjurkan program tersebut. Selesai saja perarakan pelajar2 terus masuk ke dalam dewan untuk
    aturcara seterusnya… walaupun terdapat kekurang yang terbit akibat daripada perancangan yang berubah dari plan asalnya… ceramah maal hijrah pada tahun ini
    telah disampaikan oleh ustaz Haji Zaini… kita telah mulakan majlis tersebut dengan bacaan doa oleh saudara Kharizul Phackir… dan mengadakan sedikit
    persembahan untuk para pelajar bagi melengkapkan majlis pada pagi itu… di samping perarakan, ceramah… juga diadakan aktiviti memasak bubur as-Syura oleh
    para guru… makan tengahari pada hari ini, aku dan member lain hanya makan bubur saja… sedap juga rasa bubur as-Syura negeri Selangor tu… 2 kali tambah…


     



    Selesai solat zohur di surau, aku pulang di dorm dan tido seketika… jam 2.30 gitu aku bangun dan pergi ke bilik bimbingan & kaunseling untuk menaip bahan
    yang aku perlukan… apakala rasa bosan menjelma… aku keluar dari bilik seketika dan menelefon rumah… di kolam yang juga aku ada turut sama terlibat dalam
    pembinaannya terlihat kelibat cikgu Jeffri dan Bang Zaini sedang menapis pasir… rasa serba salah terus menjelma… ingin ku tolong dan terus ku tutup PC  dan
    pulang ke dorm untuk menukar pakaian dan bekerja di sana…


     


    TAYANGAN LCD II:
    yang hampir dibatalkan…


     



    Selesai saja solat isya’… lantas aku membuat pengumuman perihal tayangan yang
    akan pihak pengawas anjurkan… “SOALNYA SIAPA” … agak sukar untukku menulis
    perihal yang berlaku sebelum tayangan pada hari ini… pelbagai cabaran yang harus
    diredah sebelum aktiviti ini berjaya dijalankan… ceritanya bermula apabila
    tiket2 telahpun dijual… stress tiba2 datang melanda diri… memandangkan perkara
    ini tidak boleh ditangguhkan… lalu aku terpandang akan kelibat cikgu Junainah…



     



    *****





    0 comments

    Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com