.:::: |J|o|u|r|n|a|L| |O|f| |R|o|s|l|a|N| |T|a|n|g|a|H| ::::.

"Andai semalam tidak wujud, akan diusir sebuah lukisan kehampaan menjadi mimpi indah. Namun alangkah payahnya mengusir sebuah kehampaan kerana semalam bukanlah satu perhentian yang sempurna"

.:Profile:.

Name: Roslan Tangah
D.O.B: August 22nd, 1984
Age: 20
Location: UTM, Malaysia
and so on and so forth...

.:BLOG SONG:.

Peterpan- Tentang Kita

.:EVeNTs:.

.:Chit Chat Corner:.

.:Pesanan Anda:.

Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

.:Latest Pictures:.

Photoblog oleh flickr 

.:PHOTOPAGES Link:.

  • MY PHOTOPAGES
  • MY PHOTOPAGES II
  • MY PHOTOPAGES III
  • Fariz's
  • NizAMNaiJo
  • iMa-SKY
  • haNNa baNNa
  • NaNa
  • Gbum
  • Chagu
  • Qmie
  • Ieqha
  • Rais
  • Azuan Johan
  • mIMi nAJUa
  • bLEk
  • Elmo@fizi

    .:FAV BloG:.

  • IzYaN
  • CikPaYung
  • ApIS
  • Syr@hZ
  • SHamIL
  • NuMloqUe
  • MoneIraH
  • IZHaM
  • MujTahidaH
  • design
  • blogger
  • hANNa bANNa
  • bLEk
  • nOr moHAmaD
  • iQIe cHIQie
  • mIRa
  • haZLeen
  • qMIe
  • gBUm
  • jIJOy mARRo
  • haRIth
  • iMA-sKy
  • aZUAn joHAn
  • cHEk
  • CHagU aL SyuKUR

    .:Daily Link:.

  • ViRus SouRce
  • Monday Madness
  • Friday Five
  • amERIcan iDoL
  • ikEa
  • haBItat
  • friENDster
  • XShoawiaN
  • Uni of Technology Malaysia
  • SofTWaRE ForUM
  • jOBs
  • toKEi kEDAi
  • BeRIta hARIan
  • SMK (A) SHOAW
  • SMKAL
  • BelAJar Nahu AraB

    .:Links:.

    Blogger l Chat Online l Blogskins l Photo ALbum | Google News| About Me| Guestbook|

    .:Koleksi:.

    April 2002 l November 2002 l December 2002 l January 2003 l February 2003 l March 2003 l April 2003 l May 2003 l June 2003 l July 2003 l August 2003 l September 2003 l October 2003 l November 2003 l December 2003 l January 2004 l March 2004 l May 2004 l June 2004 l July 2004 l August 2004 l September 2004 l October 2004 l December 2004 l January 2005 l February 2005 l March 2005 l April 2005 l May 2005 l June 2005 l

    .:Waktu Solat:.

    .:Kredit:.

    Layout By: Dreamwalker
    Special Thanks to: Blogskins and Blogger

    Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
  • |

    Sunday, September 14, 2003 :

    14 September 2003 @ Ahad: 6990 Hari Hidup; 9 Hari Syafawi; 49 Hari STPM

    Hari ni dah nak pulang ke hostel. Rasa lain macam saja hendak pulang ke sana. Hari Rabu ni dah nak start trial kedua. Moga result kali ini dapat buat yang terbaik dari sebelumnya.

    Subjek Trial Ke-2

    17/9; 0900-1200, Usuluddin Satu
    18/9; 0900-1200, Syariah Satu
    19/9; 0800-1100, Usuluddin Dua
    23/9; LISAN BAHASA ARAB KERTAS TIGA
    25/9; 0900-1200, Syariah Dua
    26/9; 0800-1100, Bahasa Arab Satu
    29/9; 0900-1200, Bahasa Arab Dua
    30/9; 0700-0900, Pengajian Am Satu & 0930-1215, Pengajian Am Dua
    01/10; 0700-0900, Bahasa Melayu Satu & 0930-1230, Bahasa Melayu Dua

    0 comments

    |

    Friday, September 12, 2003 :

    12 September 2003 @ Jumaat: 6988 Hari aku Hidup; 10 Hari Syafawi; 51 Hari STPM

    Bicara Kedai Kopi Di “Open Air”

    Bang Suhai telah mengajakku ke open air untuk ketemu seseorang yang ku sangka hanya sebentar saja, tapi sampai 0030 pagi. Banyak juga cerita pasal silat… tapi no hal pasal kena belanja makan mee dan minum. Syukur…

    Sebelum pergi, telah ku telefon Orang Di Langit… tapi tidak dapat berbual panjang atas sebab yang tidak boleh dielakkan.

    Perjumpaan: Perihal Program Yang Akan Dianjurkan Oleh Kelab Remaja HIKMAH

    Semalam telah berbincang bersama dengan Siti Hafiah mengenai program perhimpunan KRH memandangkan JAKIM setuju memberikan peruntukan kewangan bagi menjalankan program tersebut. Hari ini sewaktu bertemu dengan pengerusi HIKMAH pelbagai nasihat yang amat berguna telah dapat ku ambil sebagai motivasi pada diri ini untuk memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM yang bakalku lalui pada tahun ini. Sekitar jam 1500 petang kami (Aku, Yusuf, Tarmizi, Siti Hafiah dan Bang Suhai) telah berbincang mengenai program yang telah dirancang. Tapi, program yang hendak diaturkan itu terpaksa ditangguhkan memandangkan Ust. Ajib (Timb. Pengarah 1 JAKIM Sarawak) sedang sibuk dengan persiapan persidangan OIC di Nilai. Jadi program pada 27 September ini juga terpaksa dibatalkan memandangkan hal tersebut. Apa boleh buat, kita hanya mampu untuk merencanakan sesuatu hal tapi tuhan saja yang akan menentukan walhasilnya. Namun, masa satu setengah jam berada di sana pelbagai maklumat yang baru telah aku perolehi.

    HIKMAH @ KMM: Realiti atau Fitnah Semata?

    Tak sangka selama ini program yang sepatutnya dijalankan terpaksa dibatalkan dan dikurangkan aktivitinya memandangkan ada individu dalam pertubuhan ini yang menabur fitnah semata-mata bagi saya mereka itu adalah musuh dalam selimut. Walau bagaimanapun, atas sebab belia yang menyertai pertubuhan ini ataupun menyertai aktiviti dan juga program yang melibatkan belia telah menimbulkan ketakutan sesetengah pihak mengatakan belia yang melibatkan diri dalam pertubuhan ini cuba untuk merekrut (seperti KMM) untuk tujuan militan @ menumbangkan kerajaan. Pada hakikatnya, kenyataan itu telah dapat dibendung dan juga ditangani sebelum teropong yang memerhati pertubuhan ini khususnya di Bahagian Limbang sempat mengambil peluang untuk menjatuhkan agama Islam dan juga orang-orang islam. Kata Bang Suhai tika sempat bicara dengan beliau; hal tersebut telah closed case bulan Jun yang lalu dan orang yang dikatakan menabur fitnah dengan membuat laporan ke Bukit Aman itu telah diketahui siapakah gerangan mereka dan keahliannya dalam pertubuhan ini sedang dalam perbincangan Majlis Tertinggi. Sekarang ini, syukur ke hadrat ilahi keadaan telah stabil tapi kita kenalah sentiasa was-was. That why chairman so afraid and very careful in making decision on program and activities that we want to organize. Nothing can do except for slow down our activities.

    PERISTIWA HARI INI: Bajet 2004 telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan dan juga merangkap Perdana Menteri Malaysia selama lebih tiga jam bermula jam 1610 petang hingga sekitar 1915 petang.

    0 comments

    |


    Thank You For The Card... :)

    0 comments

    |

    Thursday, September 11, 2003 : "Love is the sickness in which recovery is loss." : PAM BROWN, b. 1928

    11 September 2003 @ Khamis: 6987 Hari aku Dah Hidup; 11 Hari Syafawi; 52 Hari Lagi STPM

    Di Dataran Jubli Emas, Limbang; Sedang berlangsungnya satu sambutan Kuih Bulan / Perarakan Tanglong yang sepatutnya diraikan oleh masyarakat cina. Hairan bin ajaib pula apabila melihat fenomena sebegini berlaku apabila memerhatikan keadaan sekeliling tika waktu berada di sana. Sambutan yang begitu hangat ditunjukkan oleh anggota masyarakat melayu khususnya @ non-cina di daerah ini. Melihat kejadian ini merasakan betapa falsafah yang tersirat pada sambutan ini adalah untuk tujuan perpaduan, tidak menjadi hal kepada kita. Akan tetapi, perayaan itu adalah perayaan orang cina… mengapa pula kita yang lebih? Saya melihat semasa perarakan tanglong berjalan, hanya sedikit saja kumpulan orang cina yang mengikuti perarakan tersebut walaupun pada dasarnya itu adalah perayaan mereka. Tidak hairanlah Limbang tidak boleh berubah.

    Letupan Bunga Api Di “Open Air”

    Pada meja minum kami menyaksikan satu pertunjukkan bunga api dari sekitar kawasan Tasik Mas. Aku, Bang Suhai, dan juga Bang Basri menyaksikan dari mula pertunjukkan tersebut mempersembahkan betapa menariknya warna-warni cahaya / api yang meletup ketika berada di ruang langit. Sekitar sepuluh minit langit telah dicorakkan dengan percikan yang bercorak dan warna-warni. Setahuku, sekitar RM 200/- dibelanjakan untuk satu letupan bunga api yang menghasilkan pelbagai corak yang menarik dipandang. Memanglah mata sedap memandang, tapi kalau difikirkan berapa jumlah perbelanjaan yang telah digunakan mungkin lebih dari sepuluh ribu sahaja untuk pertunjukkan bunga api. Sekadar sedap mata memandang sahaja… ingin juga nak tahu macam mana bunga api tersebut dibuat dan mampu untuk menghasilkan pelbagai warna dan corak. Dulu, tika berada di SHOAW, sewaktu belajar kimia mungkin cikgu Hasmah ada memberitahu… agaknya aku dah lupa…

    Perhimpunan Kelab Remaja HIKMAH:Berjalan atau Tidak – suatu kebarangkalian

    Esok kira-kira jam 1430 petang akan bertemu dengan pengerusi HIKMAH Limbang untuk berbincang tentang program yang akan dijalankan. Sepatutnya bertemu dengan pegawai belia HIKMAH, tapi green light dah diberikan daripadanya walaupun belum mendengar pengisian program yang akan diisikan tika dijalankan kelak… perlu ada kesungguhan walaupun dalam menempuh medan peperiksaan pada waktu itu.

    0 comments

    |

    Monday, September 08, 2003 : Bagaikan Langit Yang Jauh Untuk Digapai

    09 September 2003 @ Selasa


    DAH BELI SIM CARD BARU: "Nombor HPhone Baru --> 013-8493842


    Terpaksa juga ana beli sim card baru. Sekarang ni dah ada line baru jadi lega lah rasanya sikit walaupun kehilangan itu masih lagi terasa. Tapi tak kisahlah pasal Usu dah kasi pinjam handset lamanya kepada saya ; Ericsson PF768. Daripada tak ada bagus ada.

    08 September 2003 @ Isnin


    Handset Hilang… “Payahlah aku hendak berhubung ni”


    Tak tau macam mana boleh aku terhilangkan @ tercicir handsetku sewaktu aku dan Niejam hendak menghantar motorsikal ustaz Marzuki ke rumah isterinya di Limpaong. Aku tidak sedar macam mana benda tu boleh terkeluar dari seluar slack yang aku pakai. Setelah pulang ke rumah baru aku menyedari perihal kehilangan benda yang boleh dikatakan penting buatku. Apa boleh buat benda tu dah hilang, puas sudah aku mencarinya di sepanjang jalan yang telah aku lalui. Kalau ketemu syukur kepada Allah… mungkin ada hikmat peristiwa ini berlaku…



    p.s. kepada mereka yang hendak menelefon mungkin nombor tersebut tidak dapat dihubungi lagi memandangkan telah hilang. Oleh itu, kepada mereka yang hendak berhubung kepada saya bolehlah menghantarkan email atau call rumah :

    lanraga@hotmail.com atau 085-212573 

     
    Ada rezeki nanti belilah lagi sebuah handset...

     


    07 September 2003 @ Ahad


     

    Banyak peristiwa yang berlaku pada hari ini dan juga pengalaman yang baru aku perolehi sepanjang hari yang kian berlalu.


    Hari Jadi Evy!

     


    Selamat hari lahir aku ucapkan kepada beliau yang kini berada di Politeknik Shah Alam. Semoga panjang umur dan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Maaf kerna tiada apa yang dapat Lan hadiahkan kepada Evy


     


    Aku jadi pengapit pengantin : Ustaz Marzuki J Cikgu Harpah


    Hari ini adalah hari persandingan dua merpati… guru dan juga teman kala ada program yang disertai. Tak sangka cerita yang direka-reka rupa-rupanya menjadi kenyataan juga akhirnya. Aku dan Niejam telah dilantik menjadi best boy pada hari persandingan ustaz Marzuki. Hari ini aku memakai baju melayu hijau… kurang confident aku sebenarnya untuk menjadi pengapit @ tukang kipas ustaz. Pengalaman dan juga memori manis ini amatlah bermakna buat diriku yang selama ini masih lagi ketandusan ilmu dan juga pengalaman yang harus ku cari tika hayat masih mampu untuk hidup.


    Di rumah pengantin lelaki, awal pagi sudah aku datang untuk turut sama membantu sedikit sebanyak menghidang dan juga menyusun kerusi untuk
    tetamu datang berkunjung / menjamu selera.

    Telefon: Orang Di Langit Sudi Berbicara


    Di pejabat HIKMAH telah ku buat satu panggilan kepada orang di langit. Tika itu ada road block di jalan Kg. Penapak sebab itu aku lewat balik dari bandar. Malam tu, sungguh bertuah diri ini kerana dapat berbual bicara dengannya. Walaupun tiada topic khusus untuk dibicarakan hakikatnya kesudiannya melayan karenah ketika aku berbicara ingin rasanya meneruskan persahabatan walaupun masing-masing ada tugas yang belum lagi selesai.



    08 September 2003 @ Sabtu



    Pertandingan Mencari Harta Karun; Anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Limbang


    Aku dan Niejam telah diamanahkan untuk menyimpan kertas
    arahan untuk mencari harta karun mengikut kumpulan dan peserta pertandingan akan mengikut arahan yang telah diberikan kepada mereka. Oleh itu, aku terpaksalah berlakon menjadi orang biasa yang tidak tahu apa yang sedang berlaku. Sememangnya aku telah mendapat gelaran / anugerah pelakon terbaik memandangkan aksi selamba aku ketika mereka sedang mencari harta tersebut kelibatku yang bersahaja itu telah mengelirukan mereka...



    07 September 2003 @ Jumaat


    Cuti sekolah bermula pada hari ini... Cuti sekolah ni kenalah banyak sikit buat ulangkaji pelajaran memandangkan selepas saja cuti sekolah ini kelak akan bermula percubaan kedua / akhir semester bagi tahun ini sebelum menghadapi peperiksaan yang sebenar. Aku bermohon aku akan terus cemerlang dalam setiap matapelajaran yang akan ku ambil.



    0 comments

    |

    Monday, September 01, 2003 : Selamat Hari Merdeka @ 46 Tahun ; Malaysia / 40 Tahun ; Sarawak

    Kali ketiga aku menyambut hari merdeka di sekolah... tahun ini ku sambut di sekolah juga. Mungkin inilah tahun terakhir aku bersekolah dan cuba ku sambut seadanya mungkin... lama sudah aku tidak menulis dalam ruangan ini... kekangan masa dan masalah talian internet yang kurang baik membuatkan aku kurang untuk menumpukan pada jurnelku ini....

    0 comments

    Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com