.:::: |J|o|u|r|n|a|L| |O|f| |R|o|s|l|a|N| |T|a|n|g|a|H| ::::.

"Andai semalam tidak wujud, akan diusir sebuah lukisan kehampaan menjadi mimpi indah. Namun alangkah payahnya mengusir sebuah kehampaan kerana semalam bukanlah satu perhentian yang sempurna"

.:Profile:.

Name: Roslan Tangah
D.O.B: August 22nd, 1984
Age: 20
Location: UTM, Malaysia
and so on and so forth...

.:BLOG SONG:.

Peterpan- Tentang Kita

.:EVeNTs:.

.:Chit Chat Corner:.

.:Pesanan Anda:.

Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

.:Latest Pictures:.

Photoblog oleh flickr 

.:PHOTOPAGES Link:.

  • MY PHOTOPAGES
  • MY PHOTOPAGES II
  • MY PHOTOPAGES III
  • Fariz's
  • NizAMNaiJo
  • iMa-SKY
  • haNNa baNNa
  • NaNa
  • Gbum
  • Chagu
  • Qmie
  • Ieqha
  • Rais
  • Azuan Johan
  • mIMi nAJUa
  • bLEk
  • Elmo@fizi

    .:FAV BloG:.

  • IzYaN
  • CikPaYung
  • ApIS
  • Syr@hZ
  • SHamIL
  • NuMloqUe
  • MoneIraH
  • IZHaM
  • MujTahidaH
  • design
  • blogger
  • hANNa bANNa
  • bLEk
  • nOr moHAmaD
  • iQIe cHIQie
  • mIRa
  • haZLeen
  • qMIe
  • gBUm
  • jIJOy mARRo
  • haRIth
  • iMA-sKy
  • aZUAn joHAn
  • cHEk
  • CHagU aL SyuKUR

    .:Daily Link:.

  • ViRus SouRce
  • Monday Madness
  • Friday Five
  • amERIcan iDoL
  • ikEa
  • haBItat
  • friENDster
  • XShoawiaN
  • Uni of Technology Malaysia
  • SofTWaRE ForUM
  • jOBs
  • toKEi kEDAi
  • BeRIta hARIan
  • SMK (A) SHOAW
  • SMKAL
  • BelAJar Nahu AraB

    .:Links:.

    Blogger l Chat Online l Blogskins l Photo ALbum | Google News| About Me| Guestbook|

    .:Koleksi:.

    April 2002 l November 2002 l December 2002 l January 2003 l February 2003 l March 2003 l April 2003 l May 2003 l June 2003 l July 2003 l August 2003 l September 2003 l October 2003 l November 2003 l December 2003 l January 2004 l March 2004 l May 2004 l June 2004 l July 2004 l August 2004 l September 2004 l October 2004 l December 2004 l January 2005 l February 2005 l March 2005 l April 2005 l May 2005 l June 2005 l

    .:Waktu Solat:.

    .:Kredit:.

    Layout By: Dreamwalker
    Special Thanks to: Blogskins and Blogger

    Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
  • |

    Saturday, May 29, 2004 : Resign Jadi Guru Sandaran Di SK Kuala Medalam: Melanjutkan Pengajian Ke Peringkat Ijazah Sarjana Muda

    Akhirnya keputusan untuk melanjutkan pelajaran telah pun aku terima. Syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberikan peluang untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Malaysia dalam program pengajian SM Sains serta Pendidikan (Pengaian Islam) selama 4 tahun.

    Dalam ruang jernel ini aku ucapakan syukran kepada semua guruku yang telah banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar sepanjang pengajian di tingkatan enam. Tidak lupa juga kepada ibu bapa, sanak saudara, rakan-rakan. Syukran jazilan...


    0 comments

    |

    Monday, May 17, 2004 : TANGGAL 16 MEI 2004 “SAMBUTAN HARI GURU DI MALAYSIA"

    Selalunya sambutan hari guru disambut untuk guru-guru yang pernah mengajar akan diri ini segala perihal yang tidak kita ketahui. Tapi, tahun ini amatlah berbeza kerana diri ini telah diraikan dalam satu majlis untuk guru dengan cukup meriah ‘very happening’ walaupun hanya berada di sebuah sekolah di luar bandar. Saya cukup merasa dihargai walaupun dalam tempoh yang begitu singkat dapat merasa keserasian berada di sebuah benua yang begitu asing dengan keadaan setempat.

    Satu pengalaman yang cukup bermakna apakala di dalam majlis sambutan hari guru di sebuah sekolah luar bandar ibu bapa juga sama-sama dengan anak-anak murid mengucapkan penghargaan yang tidak terhingga kepada guru yang mengajar anak-anak mereka. Amat berbeza dengan sekolah di luar bandar. Ibu bapa cukup menitik beratkan pendidikan dan senantiasa menjaga hubungan dengan guru. Selesa berada di bumi yang amat jauh bezanya dari tempat yang pernah dilawati sebelum ini.

    Di buatkan cerita pada hari sambutan hari guru tahun ini di sekolah SK Kuala Medalam pertama kalinya saya sendiri disuruh supaya membaca perutusan ketua pengarah pelajaran Malaysia. Cukup beruntung. Sambutan hari guru di sini diraikan bersama-sama dengan para ibu bapa murid dari pagi hingga ke pagi esoknya walaupun tidak berada sepanjang masa di sepanjang majlis... tapi merasa suatu kelainan daripada dulu. Hingga ada ibu bapa yang membawa air tapai Sarawak ‘tuak’ dan memberikan kepada saya untuk meminumnya sedikit... disebabkan oleh batasan agama yang menghalang diri ini daripada minum air yang memang memabukkan itu... saya menolok pelawaan ibu bapa yang pada hemat saya mereka ini amatlah baik hubungan mereka dengan guru di sekolah ini. Suatu permintaan yang luar biasa daripada ibu bapa untuk meminum walaupun hanya sedikit. Tapi sememangnya haram di sisi agama. Saya tolak secara baik.

    Sebelah petang, acara permainan bola tampar dan bola sepak juga ada dianjurkan untuk ibu bapa yang hadir... ibu-ibu murid yang ada pada masa tu juga boleh bermain bola sepak berbanding ibu-ibu di bandar rasanya agak janggal melihat kelibat mereka untuk bermain bola jika tidak dimonopoli oleh golongan Adam. Di sini boleh dikatakan amatlah berbeza dari tempat sendiri. Peluang untuk bermain bola tampar tidak disia-siakan walaupun kalah tapi puas hati hendaknya bermain memandang sudah lama tidak bermain bola tampar. Pengalaman yang melucu telah terjadi apakala diminta untuk bermain bola terpaksalah saya ni membuka baju dengan badan yang kurang berotot... apa boleh buat.... main sajalah.

    Malamnya, diadakan beberapa acara dan di kesempatan itu saya sendiri berpeluang untuk membaca sebuah puisi yang juga baru digubal sewaktu majlis sedang berjalan. Pengalaman kedua membaca puisi dan kali ini hanya sebagai persembahan dan bukan untuk dipertandingkan.

    Pengalaman yang sungguh indah menyambut hari guru kali ke-33 tahun ini... “Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan”

    0 comments

    Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com