.:::: |J|o|u|r|n|a|L| |O|f| |R|o|s|l|a|N| |T|a|n|g|a|H| ::::.

"Andai semalam tidak wujud, akan diusir sebuah lukisan kehampaan menjadi mimpi indah. Namun alangkah payahnya mengusir sebuah kehampaan kerana semalam bukanlah satu perhentian yang sempurna"

.:Profile:.

Name: Roslan Tangah
D.O.B: August 22nd, 1984
Age: 20
Location: UTM, Malaysia
and so on and so forth...

.:BLOG SONG:.

Peterpan- Tentang Kita

.:EVeNTs:.

.:Chit Chat Corner:.

.:Pesanan Anda:.

Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

.:Latest Pictures:.

Photoblog oleh flickr 

.:PHOTOPAGES Link:.

  • MY PHOTOPAGES
  • MY PHOTOPAGES II
  • MY PHOTOPAGES III
  • Fariz's
  • NizAMNaiJo
  • iMa-SKY
  • haNNa baNNa
  • NaNa
  • Gbum
  • Chagu
  • Qmie
  • Ieqha
  • Rais
  • Azuan Johan
  • mIMi nAJUa
  • bLEk
  • Elmo@fizi

    .:FAV BloG:.

  • IzYaN
  • CikPaYung
  • ApIS
  • Syr@hZ
  • SHamIL
  • NuMloqUe
  • MoneIraH
  • IZHaM
  • MujTahidaH
  • design
  • blogger
  • hANNa bANNa
  • bLEk
  • nOr moHAmaD
  • iQIe cHIQie
  • mIRa
  • haZLeen
  • qMIe
  • gBUm
  • jIJOy mARRo
  • haRIth
  • iMA-sKy
  • aZUAn joHAn
  • cHEk
  • CHagU aL SyuKUR

    .:Daily Link:.

  • ViRus SouRce
  • Monday Madness
  • Friday Five
  • amERIcan iDoL
  • ikEa
  • haBItat
  • friENDster
  • XShoawiaN
  • Uni of Technology Malaysia
  • SofTWaRE ForUM
  • jOBs
  • toKEi kEDAi
  • BeRIta hARIan
  • SMK (A) SHOAW
  • SMKAL
  • BelAJar Nahu AraB

    .:Links:.

    Blogger l Chat Online l Blogskins l Photo ALbum | Google News| About Me| Guestbook|

    .:Koleksi:.

    April 2002 l November 2002 l December 2002 l January 2003 l February 2003 l March 2003 l April 2003 l May 2003 l June 2003 l July 2003 l August 2003 l September 2003 l October 2003 l November 2003 l December 2003 l January 2004 l March 2004 l May 2004 l June 2004 l July 2004 l August 2004 l September 2004 l October 2004 l December 2004 l January 2005 l February 2005 l March 2005 l April 2005 l May 2005 l June 2005 l

    .:Waktu Solat:.

    .:Kredit:.

    Layout By: Dreamwalker
    Special Thanks to: Blogskins and Blogger

    Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
  • |

    Sunday, December 28, 2003 : LULUS UJIAN MEMANDU; Dah Ada Lesen P

    Semalam telah mengambil ujian memandu motosikal, dah akhirnya lulus juga ujian tersebut walaupun sepatutnya tahun lepas sudah mengambilnya. Tetapi akibat memasuki sekolah dan tinggal di asrama menyukarkan untuk menjalani ujian tersebut dan terpaksa menangguhkannya. Apa pun, syukur ke hadrat Ilahi berjaya juga akhirnya say dalam ujian tersebut. Terima kasih emak kerana banyak mengorbankan wang ringgit untuk mengambil lesen itu. Mudah-mudahan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki oleh Tuhan yang Esa.

    0 comments

    |

    Saturday, December 27, 2003 : Memohon Untuk Menjadi Juruhebah RTM Sambilan

    Sudah seminggu lebih rasanya iklan untuk temuduga menjadi DJ sambilan di RTM telah disebarkan di stesen Radio Limbang. Tertarik juga diri ini untuk mengikuti temuduga itu. 7hb Jan tahun depan akan berlangsung sesi temuduga bagi pekerjaan tersebut. Jika berjaya, pengalaman itu adalah cukup bermakna untukku. Rasanya dapat bersiaran dalam stesen radio khususnya sebagai juruhebah radio atau tv merupakan salah satu impian? atau sebagai mimpi indah... Moga menjadi sebuah realiti yang nyata, bukan hanya bayang-bayang di atas air.

    0 comments

    |

    Tuesday, December 23, 2003 : Temuduga Guru KAFA di SK Pusat Limbang

    Abang Basri seperti lain-lain hari yang lalu telah mengajakku keluar untuk makan malam dengannya di Open Air . Cuma makan dan berbual sikit mengenai apa yang telah berlaku kebelakangan ini. Topik perbualan hanyalah berkisar tentang perkembangan semasa yang telah berlaku di sekeliling. Sebenarnya banyak yang hendak dicoretkan dalam ruang yang cukup terhad ini. Apa pun akan cuba juga untuk digagahkan diri ini untuk mengimbas kembali apa yang berlaku.

    Hari ini di SK Pusat telah berlangsung temu duga dan ujian bertulis untuk calon guru KAFA bagi tahun hadapan. Ramai juga yang datang untuk mengambil jawatan tersebut. Hakikatnya yang hadir pada pagi itu lebih ramai golongan Hawa berbanding dengan bangsa Adam. Tidak kurang daripada 30 calon lelaki yang mengambil ujian tersebut. Di kalangan mereka itu pun terdiri daripada mereka yang agak veteran @ berumur. Namun temu duga yang telah dijalankan itu pun masih lagi banyak kelemahan yang perlu lagi diperbaiki. Contohnya sewaktu ujian sedang berjalan, perbincangan dengan teman sebelah dapat kedengaran antara mereka. Satu fenomena yang agak asing ketika satu-satu peperiksaan sedang dijalankan. Tapi, perkara ini agak biasa bagi mereka. Dalam waktu yang sama juga pelajar bekas dari SMKAL juga ada kelibat mereka kelihatan untuk menimba sebanyak mana pengalaman yang ada dalam arena pendidikan walaupun hanya sekadar mengajar kelas fardu ain di sekolah rendah. Hakikat sebenar yang pernah dilalui oleh penulis sendiri memang kerjaya ini merupakan satu cabaran yang cukup hebat lagi mencabar. Rasanya pengalaman yang ditimba kelak akan berguna pada suatu masa kelak. Jika ada peluang dapat juga sikit pendapatan dan mengisi masa dari terbuang begitu saja.


    0 comments

    |

    Sunday, December 21, 2003 : Ramah Tamah di Purnama Hotel & Ramah Tamah di Lawas 1424 H

    Telah berlaku dua majlis yang perlu untuk dihadiri. Pertama majlis ramah-tamah aidil fitri dan doa selamat untuk bakal haji di Purnama Hotel dan juga majlis ramah-tamah di Lawas anjuran RSS, HIKMAH dan Persatuan silat helang putih yang mana kedua-dua majlis tersebut juga telah dirasmikan atau disempurnakan oleh YB Datuk Awang Tengah Ali Hassan. Paginya berada di Purnama Hotel untuk majlis di Limbang dan petangnya pergi ke Lawas untuk majlis seterusnya.

    Memang sifat tamak akan datang apabila wujudnya peluang yang dapat memuaskan nafsu serakah di kalangan manusia sejagat. Tidak kira kuat atau tipisnya pegangan iman pada diri seseorang itu nescaya sifat tersebut sudah pasti akan ada padanya. Suatu yang tidak boleh lari lagi. Apabila orang lain bersusah payah dan apa yang telah kita usahakan telah diambil kesempatan yang mana hanya sekadar menumpang nama dan kasih... faham-faham sajalah mereka ini.

    0 comments

    |

    Tuesday, December 16, 2003 : Dah tonton "The Last Samurai"

    Assalamualaikum w.b.h

    Tangan ini rasanya teringin sangat untuk mencatatkan apa yang telah dirasakan perlu untuk dilakar sebagai tatapan masa kelak di dalam jurnal saya ini. Sejak dari hari raya saya tidak mencatatkan catatan saya ke dalam jurnal ini.

    Semalam saya telah meminjam sebuah cd daripada ustaz Ubai yang katanya ceritanya sungguh menarik untuk ditonton. Filem lakonan Tom Cruise yang bertajuk ‘The Last Samurai’ sebuah filem aksi, sejarah yang berlatarkan tempat di negara Jepun sekitar tahun 1870-an. Filem ini menceritakan apabila seorang kapten lakonan Tom Cruise sebagai Kapten Nathen Algren seorang pegawai tentera Amerika yang telah diupah oleh Maharaja Jepun untuk melatih tentera mereka yang pertama dalam penggunaan senjata moden dan canggih pada masa itu. Pada masa yang sama, di dalam Istana masih ada golongan yang tidak mahu terlibat dalam usaha untuk membaratkan kepimpinan di dalam istana melalui polisi yang mesra kepada orang Barat. Golongan lagenda Samurai inilah yang tidak suka terhadap dasar itu menyebabkan seorang menteri kanan yang juga seorang Samurai telah cuba untuk dibunuh oleh pemimpin yang pro kepada Barat. Tetapi, tidak disangka apabila seorang yang pertama oleh tentera yang belum cukup sedia latihan ini telah mampu ditewaskan oleh tentera Samurai. Kapten Nathan telah ditangkap lalu menjalani kehidupan masyarakat Jepun yang lebih berdisiplin dari sudut latihan ketenteraan yang lebih konsisten. Hal ini telah menarik minatnya untuk mempelajari seni mempertahankan diri dan akhirnya ia turut serta membantu dalam peperangan golongan Samurai dengan tentera Maharaja. Sebuah filem yang memaparkan satu struktur masyarakat yang bangga / kepujian pada diri mereka apabila mati sebagai seorang Samurai @ Pahlawan.

    Tadi menerima massej daripada kak Liza mengenai sms yang telah dikirim oleh Khalid @ Awang Arshad junior saya sewaktu di SHOAW dan sekarang ini sedang menanti keputusan peperiksaan SPM untuk diumumkan. Harap-harap tahun depan dapat juga pergi ke Kuching untuk ketemu mereka (member-member lama / Kroni-kroni). Perkara yang sedang ditunggu-tunggu.

    Sekarang ni kredit untuk sms dah habis. Cuma kredit untuk buat misscalled saja yang boleh. Dua minggu yang lepas saya ada membeli prepaid hotlink 012 simcard. Rasanya simcard tu tahun depan baru dapat gunalah. Itu pun jikalau dapat kerja yang sesuai. Mudah-mudah dapat kerja jadi guru sandaran tahun depan.

    Pagi tadi di Plaza Limbang, saya ada ketemu dengan Marlizawaty yang memberitahu perihal untuk ke Kota Kinabalu pada 28 Disember 03. Kata saya belum sure lagi pergi atau tidak. Rasanya pergi, itu pun terpulang kepada adanya budget ke tidak.

    0 comments

    |

    Tuesday, December 09, 2003 : Kursus Pemanduan Berhemat

    Hari ni terpaksalah mengambil kursus pemanduan berhemat. Terpaksalah bayar RM 80 untuk mendapatkan sijil tersebut. Selesai kursus bolehlah ambil lesen P. Sudah lama sudah hendak menyelesaikan perihal ini tetapi disebabkan banyak hal yang perlu diutamakan menyebabkan mendapatkan lesen P ini asyik-asyik tertangguh.

    0 comments

    |

    Monday, December 08, 2003 : Sepupu Nak Pergi Jepun

    Sewaktu menonton TV siaran Phua Chu Khang di TV3 sepupu saya Azizie yang akan pergi ke Jepun hari Khamis ini telah bertandang ke rumah walaupun diajak untuk masuk beliau menolak. Lalu kami berdua pun hanya berbicara di tangga hadapan rumah saya. Esok beliau akan ke Kuala Lumpur untuk mendengar taklimat dan bersiap sedia untuk pergi ke Jepun dalam satu program keluarga angkat dengan tajaan Yayasan Sarawak. Beliau merupakan pelajar pertama di bawah tajaan Yayasan Sarawak berpeluang untuk ke Jepun bagi pelajar sekolah menengah yang di hantar ke Semenanjung. Terbit rasa cemburu pada diri ini apakala mendengar ceritanya. Disebabkan beliau sendiri mengambil bahasa Jepun di sekolahnya ini menjadikan agak mudah untuknya berkomunikasi dalam bahasa tersebut. Sepatutnya juga hari ini, dia akan mengambil satu ujian bahasa Jepun di Kota Kinabalu, Sabah. Tapi apakan daya disebabkan beliau pergi ke Brunei bersama keluarga telah memaksanya supaya tidak pergi. Rasanya tahun depan barulah dia mengambilnya.

    Tak disangka selama ini teman yang tidak dikenali siapa yang empunya nombor handset telah diketahui jua. Gerangan saudari Masli Bunyuh, teman sewaktu di SHOAW dulu rupanya yang sering kali membuat ‘misscalled’. Lama juga kami berbual apakala dia hendak memperkenalkan diri siapakah gerangan orang ini. Dari butir pertama saya dengan memang sah suara itu adalah suara yang pernah ku dengar. Sah, suara Masli ujarku dalam hati. Terima kasih kepada Masli kerana masih tidak melupakan saya. Sudah lama tidak ke temu. Agaknya hampir-hampir dua tahun sudah tidak ketemu. Terima kasih Mas kerana sudi masih kepada saya sebagai seorang teman.

    0 comments

    |

    Friday, December 05, 2003 :

    < img src=''http://www.geocities.com/lanraga/jernel4.jpeg'' width=''480'' height=''640''>

    0 comments

    |
    Selepas pergi bermesyuarat untuk satu program bagi meraikan jemaah haji yang akan menunaikan haji pada tahun hadapan di pejabat MARA Limbang bersama dengan En. Rakawi yang juga merupakan pegawai belia HIKMAH. Sebenarnya saya ke sana bersama dengan Siti Afiah, disebabkan akan orang sedang berjumpa dengan beliau di pejabatnya menyebabkan Siti Afiah tidak dapat hadir kerana hendak menghadirkan diri ke kelas komputer di IT Base. Terpaksa diri ini seorang diri berjumpa dengan beliau menceritakan perihal masalah yang berlaku sekarang ini. Selepas saja dari sana terus mencari majalah MINDA untuk bulan Disember. Terjumpa majalah itu lalu saya beli. Tertarik dengan artikel yang terdapat di dalam untuk tatapan semua.

    DOKTOR NEUROLOGI TEMUI KEAJAIBAN ALLAH

    Kisah benar untuk dijadikan iktibar

    Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang telah ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor neurologi.

    Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka klinik yang bertemakan “ Perubatan Melalui Al-Quran”. Kajian perubatan melalui al-Quran membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam al-Quran. Antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya.

    Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, Maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, beliau mendapati terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.

    Setelah membuat kajian yang memakan masa, beliau dapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang. Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah.

    Jadi ini menunjukkan bahawa barang ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam ‘sepenuhnya’ kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.

    0 comments

    |

    Wednesday, December 03, 2003 : MAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI KAMPUNG NAURAN 2003

    Tahun ini sambutan ramah tamah disambut secara sederhana. Hujan turun dengan lebat sejak dari waktu maghrib lagi sehingga sekarang ini. Hujan masih belum lagi reda untuk teduh daripada turun. Tapi tak apalah walaupun sederhana suasana semangat sekampung itu masih lagi wujud walaupun masing-masing telah sibuk dengan tanggungjawab masing-masing. Hakikatnya sekarang ini kemasukkan orang luar ke kampung ini untuk menjadi anggota ahli dalam kampung semakin bertambah disebabkan tumbuhnya projek-projek perumahan di sekitar kawasan kampung.

    0 comments

    |

    Tuesday, December 02, 2003 : SALAM AIDILFITRI 1424H




    Sekarang dah masuk 8 Syawal. Tahun ini sambutan hari raya disambut dengan penuh sederhana. Walaupun dalam bulan Ramadhan yang lalu banyak peristiwa yang manis pahit telah dialami oleh saya sendiri. Rasanya sudah lama tidak melapangkan masa untuk menulis dalam jernel ini. Sekadar untuk tatapan diri sendiri dan mereka yang sering mengikuti perkembangan semasa saya.

    Hari raya tahun ini tidaklah banyak rumah yang dikunjung berbanding dari tahun lepas. Memandangkan tahun lepas Abang Basri dari hari raya pertama banyak tempat telah kami pergi beraya sampai ke Lubuk Segantang. Tapi tahun ini saya dan member lain pergi ke Lawas dan Sundar menziarah mereka dan berkunjung ke kampung mereka sambil beraya. Di Lawas kami tinggal di rumah Abang Suhai di Melusuk. Saya, Fuad, Niejam dan Khairul hanya bermotorsikal ke Lawas. Hari pertama kami pergi ke Punang untuk pergi ke rumah Bacan. Kampung yang begitu tenang dan jiwa ini aman apakala terdapatnya pantai yang anginnya bertiup sepoi-sepoi bahasa. Terpaut hati ini pada tempat ini. Pada waktu malam di sana kami hendak pergi beraya ke rumah bekas pelajar SMKAL di kampung Ladang Baru, tak sangka pula kampung tu jauh sangat kalau menggunakan jalan raya. Malam tu juga kami sesat sehinggakan pergi dua buah kampung orang Murud (Kampung Long Tuma & Kampung Gaya). Nasiblah malam tu kami jumpa rumah orang Islam di Kampung Mattakong, ramah juga orang rumah tu; merekalah yang memberitahu perihal mana letaknya jalan untuk pergi ke Ladang Baru. Esok hendak ke Sundar.

    Dari Lawas ke Sundar kami bertolak kira-kira jam 0845 pagi. Hari ini adalah hari Jumaat, so terpaksalah pergi awal supaya sempat pergi beraya dan dapat juga sembahyang Jumaat di Sundar. Datang ke Sundar kami pergilah ke rumah member-member Khairul (bekas pelajar sekolah agama yang bersekolah teknik selepas PMR) untuk menyimpan beg-beg yang kami bawa. Barulah kami pergi ke rumah Maziz. Dari kampung Baru ke seberang terpaksa menambang perahu, kami terpaksalah membayar tambang 0.50 sen seorang. Akhirnya sampai juga saya ke rumah Maziz. Selepas beraya di rumah Maziz kami pun bertolak ke kampung Aru untuk beraya ke rumah CNoi dan Mai. Akhirnya sampai juga saya ke rumah mereka. Kampung Aru yang seakan-akan sama seperti kampung di Gedong sewaktu pergi dulu ke rumah kak Hamdiah di Gedong, Serian. Dari sudut masyarakat sekeliling dan gaya hidup mereka. Petang selepas makan tengah hari di rumah Maziz kami pun bertolak balik ke Limbang.

    *****

    Pertama kali sewaktu peperiksaan STPM yang sebenar saya telah mengalami demam panas yang agak teruk. Nasiblah semasa demam tu kertas bahasa Melayu 2. Walaupun soalannya senang tapi diri ini tidak dapat menjawab dengan terbaik. Tapi didoakan semoga kertas tersebut memperoleh markah yang terbaik dan peroleh gred yang baik. Ironiknya, terpaksalah saya tidak berpuasa akibat terbatalnya puasa disebabkan oleh sakit kepala dan muntah-muntah semasa berada dalam bilik peperiksaan. Maka, puasa 5 hari terpaksalah diganti kelak.

    0 comments

    Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com