.:::: |J|o|u|r|n|a|L| |O|f| |R|o|s|l|a|N| |T|a|n|g|a|H| ::::.

"Andai semalam tidak wujud, akan diusir sebuah lukisan kehampaan menjadi mimpi indah. Namun alangkah payahnya mengusir sebuah kehampaan kerana semalam bukanlah satu perhentian yang sempurna"

.:Profile:.

Name: Roslan Tangah
D.O.B: August 22nd, 1984
Age: 20
Location: UTM, Malaysia
and so on and so forth...

.:BLOG SONG:.

Peterpan- Tentang Kita

.:EVeNTs:.

.:Chit Chat Corner:.

.:Pesanan Anda:.

Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

.:Latest Pictures:.

Photoblog oleh flickr 

.:PHOTOPAGES Link:.

  • MY PHOTOPAGES
  • MY PHOTOPAGES II
  • MY PHOTOPAGES III
  • Fariz's
  • NizAMNaiJo
  • iMa-SKY
  • haNNa baNNa
  • NaNa
  • Gbum
  • Chagu
  • Qmie
  • Ieqha
  • Rais
  • Azuan Johan
  • mIMi nAJUa
  • bLEk
  • Elmo@fizi

    .:FAV BloG:.

  • IzYaN
  • CikPaYung
  • ApIS
  • Syr@hZ
  • SHamIL
  • NuMloqUe
  • MoneIraH
  • IZHaM
  • MujTahidaH
  • design
  • blogger
  • hANNa bANNa
  • bLEk
  • nOr moHAmaD
  • iQIe cHIQie
  • mIRa
  • haZLeen
  • qMIe
  • gBUm
  • jIJOy mARRo
  • haRIth
  • iMA-sKy
  • aZUAn joHAn
  • cHEk
  • CHagU aL SyuKUR

    .:Daily Link:.

  • ViRus SouRce
  • Monday Madness
  • Friday Five
  • amERIcan iDoL
  • ikEa
  • haBItat
  • friENDster
  • XShoawiaN
  • Uni of Technology Malaysia
  • SofTWaRE ForUM
  • jOBs
  • toKEi kEDAi
  • BeRIta hARIan
  • SMK (A) SHOAW
  • SMKAL
  • BelAJar Nahu AraB

    .:Links:.

    Blogger l Chat Online l Blogskins l Photo ALbum | Google News| About Me| Guestbook|

    .:Koleksi:.

    April 2002 l November 2002 l December 2002 l January 2003 l February 2003 l March 2003 l April 2003 l May 2003 l June 2003 l July 2003 l August 2003 l September 2003 l October 2003 l November 2003 l December 2003 l January 2004 l March 2004 l May 2004 l June 2004 l July 2004 l August 2004 l September 2004 l October 2004 l December 2004 l January 2005 l February 2005 l March 2005 l April 2005 l May 2005 l June 2005 l

    .:Waktu Solat:.

    .:Kredit:.

    Layout By: Dreamwalker
    Special Thanks to: Blogskins and Blogger

    Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
  • |

    Sunday, July 27, 2003 : SEBUAH PUISI: Ikhlas Buat Nurhain_M

    Hasrat Ku

    Semalam...
    Bajumu berwarna merah,
    Aku berbaju biru.

    Malam ini...

    Aku ingin menghafal
    ingin hafal akan takrif
    ingin hafal akan Quran
    ingin hafal akan hadith
    ingin hafal akan ilmu
    ingin hafal akan faham

    Malam ini...
    satu kerugian bagiku...
    ingin perah segala isi minda,
    ingin perah segala keberkatan itu.

    Malam ini...
    aku rubah jadi orang
    jaga tingkah laku
    jaga diri dari rosak
    jaga ilimu dari lenyap
    jaga kata dari binasa
    jaga minda dari tercemar
    jaga hanya untuk waspad

    Peringatan...
    sebuah tatapan diri
    kala aku sedar tanggungjawabku.

    0 comments

    |

    Friday, July 25, 2003 :



    PERGI KE BANK BAYAR PADA NURUL IZZAH

    Dapat juga akhirnya aku bank in duit pada Nurul Izzah (Member semasa mengikuti Seminar Pendidikan Pencegahan Dadah 2002 di Sabah dulu) kerana banyak membantu dalam persiapan STPM yang bakal menjelang tiba. Rasanya dia banyak membantu disebabkan sekolahnya merupakan SMKA yang boleh dikatakan sebuah sekolah yang elit. Terima kasih Nurul Izzah.

    Hari ni reload hand set... terbang RM 50/- .

    Pergi ke pejabat Pos untuk mengepos cerpen member aku time kat SMK A SHOAW dulu yang pernah menang tempat ke-2 cerpen beliau. Teringat dulu bahawa beliau pernah meminta salinan cerpen itu, tapi tak ke temui di mana aku meletaknya dahulu. Harap tidak terkejut menerimanya.

    Letih badan coz hari kena kerja angkat kayu bakau. Tak sanggup lah nak buat kerja macam tu. Letih yang amat melampau-lampau rasanya. Sepatutnya aku kena pergi ke Kampung Bidang untuk membantu dalam mengurus program HIKMAH bagi orang muallaf. Dengar cerita, penyertaan yang ramai melebihi penyertaan yang sepatutnya. Syukur...

    0 comments

    |
    Aku balik ke rumah lewat walaupun ada orang yang hendak membawa untuk balik. Tapi aku hanya duduk di pondok jaga semata-mata hendak melihat orang di langit baik dan juga melihat orang yang selalu ku jadikan tempat jadi pujangga. Biar saja akan mereka. Aku dengan dunia aku.

    0 comments

    |

    Sunday, July 20, 2003 : MUZKARAH BELIA @ REMAJA HIKMAH 2003, Pusat Latihan Dakwah Lawas

    19 Julai 2003: Mengikuti program kelolaan belia HIKMAH Limbang di Lawas untuk program Muzakarah Belia HIKMAH di Pusat Latihan Dakwah Lawas. Bertolak dari Limbang tepat jam 0700 pagi dan tiba di padang Central Lawas sekitar jam 0845 pagi. Satu perjalanan yang boleh dikatakan meletihkan minda walaupun hanya duduk sahaja di dalam kereta yang ditumpangi. Tiba di sana sudah ramai peserta muzakarah yang juga akan menyertai sukaneka dari daerah Lawas, Sundar dan Trusan sedang siap sedia untuk mengikuti program yang akan berlangsung.

    Tepat jam 1040 pagi dari padang Central kami peserta dan juga belia HIKMAH berkumpul semula di Pusat Latihan Dakwah Lawas untuk mendengar majlis Ucapan Alu-aluan Pengerusi HIKMAH Bahagian Limbang. Sesi ucapan beliau merupakan ucapan yang perlu didengar memandangkan diri telah dilantik untuk membahaskan ucapan alu-aluan tersebut mewakili HIKMAH Cawangan Limbang. Rasa-rasanya ucapan tersebut mampu untuk dibahaskan. Dalam masa yang sama, Shikin (seorang kenalan yang boleh dikatakan cantik; hebat orangnya; bijak… ) juga kunjung tiba. Kedatangan beliau ku kirim hanya dengan senyuman, mungkin pada minggu yang lalu, sewaktu Karnival Kerjaya aku sudah bertemu dengannya. Aku tidak tahu kenapa perlu aku menulis tentang dirinya di dalam jurnel ku ini… atas sebab hendak menyimpan memori itu mendorong untuk terus mencoret seberapa mampu. Sempat juga aku makan dan berbual sama beliau… peluang semacam ini bagai satu yang tidak dapat ku duga.

    Jam 1400 petang, majlis muzakarah belia pun telah bermula. Rasanya aku telah bercakap tertalu banyak dan membuat bidasan terhadap ucapan yang telah disampaikan oleh pengerusi Hikmah. Pun begitu, daripada ucapan pembahasan itu pelbagai pengalaman yang telah ku timba. Penglibatan sebagai salah seorang ahli HIKMAH menjadikan diri ini terlibat secara langsung dan tidak langsung program yang telah dianjurkan oleh pihak HIKMAH.

    Satu hal yang tidak dijangkakan daripada berlaku adalah apabila telah dilantik menjadi pengerusi belia cawangan Limbang. Perkara ini nampaknya menambahkan tanggungjawab sebagai seorang ahli HIKMAH… tapi terpaksa juga aku sandang jawatan ini memandang ini adalah keputusan secara 'syura' dan cadangan daripada Bang Suhai… so why not I just take the responsible.

    Teringat pula pada Ujie yang call mengatakan bahawa beliau tidak dapat hadir ke Muzakarah… jadi tak lah dapat ke temu beliau… salam mu telah ku jawab!

    0 comments

    |

    Saturday, July 19, 2003 :

    MUET Result Dah Dapat

    18 Julai 2003: Rasanya dah lama tak menulis dalam jurnel ni. Mungkin sekarang ni kesibukan dengan tugas dan tanggungjawab lain menyebabkan diri ini sukar untuk meluangkan masa mencatat apa yang telah dialami dalam tempoh hampir dua bulan kebelakangan ni. Banyak pengalaman yang telah ditimba ketika menimba ilmu di bumi tarbiyyah ini. Kesibukkan dalam mengulangkaji pelajaran walaupun ketika ini banyak perkara yang mungkin barang sedikit sebanyak menganggu diri ini. Hal ini tidak menjadi masalah kerana dapat ditangani secara perlahan-lahan. Aku ni jenis orang yang rasanya kurang dapat bekerja dalam satu kumpulan yang tidak sesuai, mungkin sikap gemar memilih menjadi sebab utama aku berkelakuan sedemikian. Tidak dapat ku nafikan. Kuputusan MUET telah ku ketahui semalam. Aku hanya mampu mendapat band 3, walaupun aku tahu mungkin memperolehi keputusan yang lebih baik berbanding keputusan tersebut. Akan ku ambil sekali lagi ujian itu. Moga kali ini aku tidak terlalu yakin dengan ujian yang aku ambil. Peringatan Miss Elsie akan cuba aku ingat dan simpan dalam minda ku moga akan lebih berhati-hati dalam membuat sesuatu perkara.

    Banyak penglibatan yang telah ku sertai sejak kebelakangan ini sama ada dalam sekolah atau di luar sekolah. Pernah sekali dalam dalam awal bulan ini menyertai satu perkhemahan PBSMM dan menjadi fasilitator. Peluang menimba pengalaman menjadi seorang chief cook adalah satu pengalaman yang cukup berharga bagiku walaupun ianya dari beberapa sudut merupakan suatu yang enteng, akan tetapi atas sebab inginkan kepuasan dalam membuat sesuatu kerja itu menjadi pendorong untuk melakukan yang terbaik. Selain itu, jika tidak silap teman lama semasa di SHOAW dah sekarang ini sedang mengambil diploma di Kolej ShahPutra, Pahang ada menelefon aku. Tak sangka dalam jam 3 pagi ada orang yang sudi untuk berbual dengan diri yang banyak kekurangan ini. Tapi persahabatan itu tetap ku hargai walaupun dulu pernah berlaku krisis antara kami berdua…

    Aku ada menyertai pertandingan membina laman web peringkat sekolah dan telah memilih tajuk "Biografi Pengetua Radziah Binti Abdul Samad" sebagai laman projek kami.

    Karnival Kerjaya peringkat bahagian telah berjaya dilangsungkan di sekolah ku. Dapat juga ku ketemu dengan Sikin (orang Lawas yang ku kenali tika menjadi urusetia di Sri Tanjong Resort pada tahun lepas) dan Maizira. Sikin sempat menghadiahkan aku sesuatu kepada ku walaupun aku tidak menjangkakan pemberian itu. Terima kasih ku ucapkan kepadanya. Satu pemberian yang cukup bermakna.

    Esok aku akan ke Lawas untuk menghadirkan diri ke program Muzakarah Belia anjuran HIKMAH. Mungkin aku akan dapat ke temu dengan Sikin esok. Tidak tahu aku apa hendak dikatakan.

    ::sebuah khazanah indahku::

    0 comments

    Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com