.:::: |J|o|u|r|n|a|L| |O|f| |R|o|s|l|a|N| |T|a|n|g|a|H| ::::.

"Andai semalam tidak wujud, akan diusir sebuah lukisan kehampaan menjadi mimpi indah. Namun alangkah payahnya mengusir sebuah kehampaan kerana semalam bukanlah satu perhentian yang sempurna"

.:Profile:.

Name: Roslan Tangah
D.O.B: August 22nd, 1984
Age: 20
Location: UTM, Malaysia
and so on and so forth...

.:BLOG SONG:.

Peterpan- Tentang Kita

.:EVeNTs:.

.:Chit Chat Corner:.

.:Pesanan Anda:.

Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

.:Latest Pictures:.

Photoblog oleh flickr 

.:PHOTOPAGES Link:.

  • MY PHOTOPAGES
  • MY PHOTOPAGES II
  • MY PHOTOPAGES III
  • Fariz's
  • NizAMNaiJo
  • iMa-SKY
  • haNNa baNNa
  • NaNa
  • Gbum
  • Chagu
  • Qmie
  • Ieqha
  • Rais
  • Azuan Johan
  • mIMi nAJUa
  • bLEk
  • Elmo@fizi

    .:FAV BloG:.

  • IzYaN
  • CikPaYung
  • ApIS
  • Syr@hZ
  • SHamIL
  • NuMloqUe
  • MoneIraH
  • IZHaM
  • MujTahidaH
  • design
  • blogger
  • hANNa bANNa
  • bLEk
  • nOr moHAmaD
  • iQIe cHIQie
  • mIRa
  • haZLeen
  • qMIe
  • gBUm
  • jIJOy mARRo
  • haRIth
  • iMA-sKy
  • aZUAn joHAn
  • cHEk
  • CHagU aL SyuKUR

    .:Daily Link:.

  • ViRus SouRce
  • Monday Madness
  • Friday Five
  • amERIcan iDoL
  • ikEa
  • haBItat
  • friENDster
  • XShoawiaN
  • Uni of Technology Malaysia
  • SofTWaRE ForUM
  • jOBs
  • toKEi kEDAi
  • BeRIta hARIan
  • SMK (A) SHOAW
  • SMKAL
  • BelAJar Nahu AraB

    .:Links:.

    Blogger l Chat Online l Blogskins l Photo ALbum | Google News| About Me| Guestbook|

    .:Koleksi:.

    April 2002 l November 2002 l December 2002 l January 2003 l February 2003 l March 2003 l April 2003 l May 2003 l June 2003 l July 2003 l August 2003 l September 2003 l October 2003 l November 2003 l December 2003 l January 2004 l March 2004 l May 2004 l June 2004 l July 2004 l August 2004 l September 2004 l October 2004 l December 2004 l January 2005 l February 2005 l March 2005 l April 2005 l May 2005 l June 2005 l

    .:Waktu Solat:.

    .:Kredit:.

    Layout By: Dreamwalker
    Special Thanks to: Blogskins and Blogger

    Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
  • |

    Tuesday, June 03, 2003 :

    PERGI KE MIRI

    02/06/03: Aku pergi ketemu dengan si Maisarah di tamu, tak sangka di sana ku juga ke temu dengan Bang Basri. Terus aku diajaknya ke Plaza untuk minum dan jalan-jalan shoping di sana. Teringat aku mengenai bual bicara kami semasa minum yang mana abang Basri telah mempelawa aku pergi ke Miri untuk mengambil student SMKL di Miri yang balik dari Kuala Lumpur. Aku macam biasalah terima sajalah pelawaannya coz aku nak cari handset di sana... buat trade in... Di Plaza juga selepas abang Basri balik terjumpa aku dengan junior aku masa kat shoaw; Fatmi (tamat sampai tingkatan 5) and Nurul (pindah semasa tingkatan 2) yang kini bercuti ke Limbang. Mereka sedang belajar di kolej matrix Labuan... taniah kepada mereka coz dapat masuk matrix..


    MELIHAT ORANG BERSANDING

    01/06/03: Bengkel Insan Kamil tahun ini tamat pada hari ini... majlis penutupannya simple saja... beri sedikit amanat... ada peserta yang kehilangan selipar dan kasut. Last-last selipar baru aku juga yang menjadi mangsa kepada pengambilan selipar. Ape boleh aku buat. Niejam pergi ke Sundar di ambil oleh Maziz bermalam di sana, aku ikut Bang Suhai tengok abang Si Bulan kahwin di Bukit Naga walaupun tidak dapat pergi ke Sundar. Cnoi, Mariana, Diah juga ikut kami ke sana. Di bukit Naga sempat juga aku disapa oleh emak si Normah, bertanyakan mengenai si Suhaimi dsbnya. Apakala berada di rumah pengantin juga aku ketemu dengan si Suryana Sidek, dan beberapa orang yang ku kenali tapi tidak ku ketahui nama mereka. Aku merasa amat malu coz terlalu KL lah... tak tau lah apa sebab... mungkin malu yang melampau-lampau menjadikan dia semacam itu. Walaupun tidak dapat berbual cuma bertentang mata rasanya sudah memadai.

    Selesai di sana, kami bercadang untuk menghantar cnoi ke Sundar, tetapi plan hendak ke Sipitang juga kami akhirnya... best juga...puas rasanya dapat pergi ke tempat orang dengan FREE... di Sipitang kami makan tengahari and mencari kaset nasyid yang di buat oleh orang Sipitang. Perjalanan ke sana hanya mengambil masa 45 minit kalau mengikut kiraan masa yang telah aku buat semasa perjalanan pergi. Pulang dari sana terus kami menghantar cnoi ke Sundar... teruk sangat lah jalan ke sundar..dari Ladang Trusan dah mengambil 30 minit perjalanan masuk ke kpg Baru... jalan trouble gilerr lah... stress orang dibuatnya... patutlah Bang Suhai tidak sanggup untuk pergi ke Sundar... disebabkan jalan yang teruk nak mampus.... tahu juga aku di mana rumah di rosminah, si Bulan, dan banyak lagi rumah orang Sundar. Selesai menghantar mereka balik... malamnya aku free abis... tinggal sorang-sorang di PLL... Esok pagi aku kena bertolak dari Lawas 6.30 pagi... so kena bangun awal.


    SELAMAT HARI LAHIR NUZUL FARAZAINN

    31/05/03: Rasaku kad dan hadiah yang telah ku poskan telah pun Fara terima sebagai pemberian di hari kelahiran beliau. Moga sentiasa dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki walaupun jauh dari mata asalkan dekat di hati. Tak pula aku menyangka akan persahabatan yang hanya dapat bertemu tak sampai 24 jam dan sekadar berbual dalam telefon serta berSMS bersamanya menjadikan suatu persahabatan yang erat. Selamat Hari Lahir Aku Ucapkan padaMu.

    Hari ini adalah hari Sabtu dan di Lawas ada Tamu Lawas seperti di Limbang ada Tamu Jumaat. Selesai mandi kira-kira jam 9.00 pagi aku dan Niejam pergi mencari di mana tempatnya orang bertamu.Rupa-rupanya tidak jauh dekat open air lawas. Barang-barang yang dijual di sana boleh dikatakan murah dan mereka yang berdagang di sana hampir kesemuanya adalah penduduk tempatan dan ada juga yang datang dari Sabah. Ini sudah menjadi kebiasaan memandangkan ada certain barang yang datang dari Sabah murah-murah belaka. Di tamu inilah aku ketemu banyak pelajar sekolahku berjalan bersama keluarga dan ada yang sendiri-sendiri. Sempat juga aku berjalan dengan Eza dan Ain (orang Sundar) sebagai teman dan juga pemandu pelancong di tempat tersebut. Dalam melihat-lihat barang-barang yang terdapat di sana terpandang aku seseorang yang ku rasa kenal. Maizira dengan emaknya beserta adiknya yang sedang melihat-lihat baju yang bergantungan. Aku macam biasa saja, mungkin akibat terlupa untuk menelefon mengenai kedatangan ku ke Lawas kepada Ujie. No hal lah... atless dapat juga aku berbual seketika bersamanya. Di tamu tersebut barang yang kami beli hanyalah keropok lekor yang dijadikan oleh-oleh ke Limbang. Boleh tahan juga rasanya.

    Malam sebelum para peserta tido, aku dan niejam telah mengajar mereka mengenai adab-adab sebelum tidur, makan, buang air, dsbnya.

    30/05/03: Aku dan Niejam bangun daripada tido agak lewat walaupun telah bangun awal untuk solat subuh dan tidurku disambung kembali dan menyebabkan usataz Ubai tercari-cari kami di asrama Jakim. Memanglah janji pukul 9.00 pagi mungkin akibat keletihan yang melampau menyebabkan sukar untuk tersedar dari tidur. Abang Suhai juga yang terpaksa menelefon menyedarkan aku dan Niejam daripada tidur. Selesai mandi kami bertiga turun ke bawah untuk bersarapan. Agak lapar juga rasanya walaupun hanya memakan dua biji burger semalam. Memandangkan hari ini adalah hari Jumaat maka aku dan Niejam bersiap untuk pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang Jumaat. Apakala dalam perjalanan ke masjid telah disapa aku dan Niejam oleh Si Ayun... pada masa tu dia, aziz esah dan seorang perempuan yang tidak bertudung asyik membelakangi kami (aku rasakan mungkin Nurul Izzah). Kala itu sempat juga berbual ringkas bertanyakan perihal kabar dan sebagainya. Tapi tidak pula aku menduga cinta ini boleh menjadikan orang sanggup datang berjumpa walaupun jauh. Tapi biarlah berpada-pada. Biarlah mereka... ini bukan di dalam sekolah tapi di luar sekolah mereka hendak bercium ka, berpeluk ke... it's up to them what they want to be...

    Selesai sembahyang Jumaat amit kawanku Niejam telah mengajak kami berdua pergi ke rumahnya untuk makan tengahari. Amit kawanku ni bekerja di Pejabat Daerah Lawas, Encik Tuah Bin Abdullah kalau saya tidak silap. Walaupun masakannya simple tapi cukup menyelerakan dengan buah mangga di campurkan dengan ikan tahai, ikan tamban goreng.Syukur alhamdulillah...

    Bengkel Insan Kamil mula pada jam 2.30 petang. Bang Suhai pergi ke Sundar untuk mengambil Cnoi, Radziah, Mariana and peserta yang lain. Datang saja ke PLL terus kena marah ustaz Ubai, bukan apa... memang dah biasa dah...

    Malam tu selepas solat isya aku, Niejam, Ustaz Khalid and Bang Suhai pergi ke Kampung Pemukat untuk melihat orang berlatih nasyid. Sempena pertandingan nasyid dan tilawah al-Quran peringkat daerah dan bahagian pada tahun ini. Orang kampung Kuala Lawas (Enam Buah Kampungnya) ingin menyanyikan lagu Panggilan Jihad secara beramai-ramai satu kampung; mungkin nak buat rekod Malaysia Geninuss bagi menyanyikan nasyid secara beramai-ramai. Rasanya mereka boleh buat rekod kot. Datang ke kampung Pemukat Lawas, telah di sambut oleh orang kampung tersebut. Pada malam tersebut aku pergi mencari rumah Faizal Panjang. Dapat juga aku ketemu dengan Shima dan tahu juga aku di mana rumahnya. Boleh tahan juga orang kampung tu... dari kanak2 sampai ke golongan veteran dapat memberikan kerjasama semasa latihan. Macam tak percaya saja diri ini apakala melihat suatu perkara yang jarang-jarang dilihat di Limbang. Mungkin disebabkan bilangan penduduk satu bangsa dalam satu-satu kampung itu menyebabkan satu perpaduan dan kerjasama dapat dijalinkan. Berbeza di Limbang contohnya kampungku yang sudah bercampur penduduk dan mungkin bangsaku adalah golongan minoriti.
    Sepatutnya aku dan Niejam ada slot muzakarah adab untuk peserta malam ni... tapi disebabkan ingin sangat ke Kuala Lawas, Makan Malam dan Slot tersebut terpaksa juga kami abaikan.


    Muafakat Yang Wujud di Daerah Lawas

    29/05/03: Aku ngan Niezam tinggal di Jakim (PLL) malam tu. Yang menarik dapat aku lakukan di sana kecuali dapat keluar pergi bersiar / berjalan bersama Abang Suhai (Seorang pegawai tadbir HIKMAH Limbang) untuk melihat kumpulan nasyid berlatih nasyid untuk pertandingan nasyid peringkat bahagian daerah Lawas. Boleh dikatan hebat juga lagu yang mereka telah nyayikan. Aku juga berasa kagum dengan penglibatan belia di Daerah ini memandangkan kerjasama yang diberikan untuk menjayakan latihan dan dapat menerima kritikan dan arahan. Moga kalian yang menyertai pertandingan ini akan beroleh kejayaan yang cemerlang.

    NOH CALL AKU: Suruh Aku Pergi Ke Kuching

    Dalam perjalanan aku ke kampung si Kiuk. Ku terima satu panggilan 082 dari seorang teman lama time kat shoaw dulu dan sekarang ini yang menyuruh aku join nya bisness di Kuching...katanya; "Janji ko pergi, tambang biar kamek orang yang mayar. Iboh ko risau". Aku macam tak percaya perlawaan Noh tu... Tapi yang ku dengar dari gagang telefon itu janji aku datang ke Kuching... Ustaz Zainuddin (guru bahasa arab yang pernah mengajar aku semasa berada di shoaw) yang bayarkan tambang pergi dan pulangku. Aku memang nak pergi tapi emak aku memang tak kasi punya...

    0 comments

    Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com