.:::: |J|o|u|r|n|a|L| |O|f| |R|o|s|l|a|N| |T|a|n|g|a|H| ::::.

"Andai semalam tidak wujud, akan diusir sebuah lukisan kehampaan menjadi mimpi indah. Namun alangkah payahnya mengusir sebuah kehampaan kerana semalam bukanlah satu perhentian yang sempurna"

.:Profile:.

Name: Roslan Tangah
D.O.B: August 22nd, 1984
Age: 20
Location: UTM, Malaysia
and so on and so forth...

.:BLOG SONG:.

Peterpan- Tentang Kita

.:EVeNTs:.

.:Chit Chat Corner:.

.:Pesanan Anda:.

Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

.:Latest Pictures:.

Photoblog oleh flickr 

.:PHOTOPAGES Link:.

  • MY PHOTOPAGES
  • MY PHOTOPAGES II
  • MY PHOTOPAGES III
  • Fariz's
  • NizAMNaiJo
  • iMa-SKY
  • haNNa baNNa
  • NaNa
  • Gbum
  • Chagu
  • Qmie
  • Ieqha
  • Rais
  • Azuan Johan
  • mIMi nAJUa
  • bLEk
  • Elmo@fizi

    .:FAV BloG:.

  • IzYaN
  • CikPaYung
  • ApIS
  • Syr@hZ
  • SHamIL
  • NuMloqUe
  • MoneIraH
  • IZHaM
  • MujTahidaH
  • design
  • blogger
  • hANNa bANNa
  • bLEk
  • nOr moHAmaD
  • iQIe cHIQie
  • mIRa
  • haZLeen
  • qMIe
  • gBUm
  • jIJOy mARRo
  • haRIth
  • iMA-sKy
  • aZUAn joHAn
  • cHEk
  • CHagU aL SyuKUR

    .:Daily Link:.

  • ViRus SouRce
  • Monday Madness
  • Friday Five
  • amERIcan iDoL
  • ikEa
  • haBItat
  • friENDster
  • XShoawiaN
  • Uni of Technology Malaysia
  • SofTWaRE ForUM
  • jOBs
  • toKEi kEDAi
  • BeRIta hARIan
  • SMK (A) SHOAW
  • SMKAL
  • BelAJar Nahu AraB

    .:Links:.

    Blogger l Chat Online l Blogskins l Photo ALbum | Google News| About Me| Guestbook|

    .:Koleksi:.

    April 2002 l November 2002 l December 2002 l January 2003 l February 2003 l March 2003 l April 2003 l May 2003 l June 2003 l July 2003 l August 2003 l September 2003 l October 2003 l November 2003 l December 2003 l January 2004 l March 2004 l May 2004 l June 2004 l July 2004 l August 2004 l September 2004 l October 2004 l December 2004 l January 2005 l February 2005 l March 2005 l April 2005 l May 2005 l June 2005 l

    .:Waktu Solat:.

    .:Kredit:.

    Layout By: Dreamwalker
    Special Thanks to: Blogskins and Blogger

    Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
  • |

    Sunday, April 28, 2002 :

    April 21, 2002
    }}} ari nie aku akan berada di sebuah sekolah yang berasrama. Rasa seronok tu ada… tapi tak tau dapat bertahan ke tidak nie. Kat sekolah tu aku lah yang paling senior daripada pelajar yang lain.

    }}} tengah ari aku ajak lah bapa aku pegi sekolah beli barang untuk digunakan kat sekolah… aku beli kasut, sabun, ubat gigi, alat tulis… aku time tu tak ada duit lagi pasal gaji aku dah tiga bulan belum masok…

    }}} pukul 1615 aku bertolak dari rumah pegi sekolah… bapa aku antar gi sekolah… terkejut juga aku pasal time tu ada orang tengah waiting untuk aku pasal nak antar gi asrama… kat asrama waktu tu … bapa aku ikut sama aku pegi asrama…asrama tu boleh lah tahan sikit… aku time datang kat sekolah tu memang nak mandi sebelum nak gi sana…tapi pasal bapak nak antar awal sikit so aku mandi lah kat sana…asrama boleh tahan lah… tapi aku belum lah tau macam mana ngan penghuni asramanya…

    }}} aku pegi makan pukul 1745 kat dewan makan…aku tak lalu lah nak makan pasal semua orang tengok aku semacam… aku tak tau lah ape sal… mungkin memang budaya kat sini kot. Aku nie memang lah pemalu sikit kat orang yang pandang kat aku…pasal ape? Takut ilang confident … kat dewan aku tak makan langsung cuma aku minum air je… lepas tu aku ajak lah pengawas untuk teman aku pegi koperasi sekolah… aku nak beli berus gigi … berus gigi aku tertinggal kat dalam beg yang aku suruh bapak aku gi antar pulang kat rumah so kena lah aku beli berus gigi baru.

    }}} kat surau sembahyang maghrib macam biasa saja… tapi masa tu ada ustaz dari luar kot datang kasi ceramah…lepas ceramah sembahyang isya’ macam biasa…

    }}} saat yang ditunggu2 oleh aku…masuk dalam kelas jumpa member kelas baru… takut juga aku pasal semua 24 orang adalah perempuan… apa yang aku akan buat kat dalam kelas ?… aku bertanya dalam diri aku… akhirnya aku jumpa lah kawan2 baru aku ada juga kawan lama aku kat sekolah rendah dulu, kenalan waktu temuduga jadi guru kafa…n saudara terdekat… sesi berkenalan dan becerita bermula malam tu…banyak juga soalan yang mereka tanya… lepas study aku pulang asrama lepas aku terus tido…


    April 22, 2002

    {|:) aku bangun awal arie nie …lepas mandi, pakai baju and sembahyang subuh. My first day going to school. Lepas siap kemas aku ikut lah pengawas yang lain pegi dewan makan untuk breakfast. Breakfast kat sini cuma makan roti sapu planta saja dan minum teh. Lepas tu gi dewan utama, ari ni ari senin so adalah perhimpunan mingguan kat dewab utama. Lama jugak aku berdiri… berbeza kat sekolah lama aku…perhimpunan besar diadakan pada sebelah tengahari…so panas tu tak lah sangat tapi aku sorang ja ting 6 nie buat aku kusut berdiri.

    {|:) cikgu yang first2 masuk ajar aku MUET …dia suruh aku perkenalkan diri …so perkenalkan lah diri… lepas kenal cikgu tu suruh aku buat public speaking …aku dapat buat . kadang2 dalam kepala aku fikiq menyesal jugak masok tingkatan enam …apa boleh buat pasal aku tak nak keja masok lah sekolah nie nak tambah pengalaman.

    {|:) lepas sekolah gi makan tengahari…aku hairan jugak mengapa orang tidak berbaris ambik makanan? Rupa2nya cara makan kat sini semua berhidang…seronok jugak…lepas makan gi sembahyang zohor n gi lepak kat kantin tunggu time gi study petang 1530-1645…tapi ari tu petang ada perjumpaan dengan ketua warden pasal nak bahagikan ajk kepada semua pelajar. Time tu aku lum gi ada nama so tak adalah ajk.

    {|:) petang macam biasa makan (tapi aku tak makan) gi surau…sembahayang…gi kelas buat keja sekejap…lepas tu cerita…aku kena panggil malam tu pasal nak letak aku kat ajk mana satu ? aku pun kena lah letak kat ajk dakwah dan kerohanian…ada satu dah tanggungjawab kena bagi kat aku…abis study pelang asrama buat nota yang aku belum siap n tido….

    0 comments

    |

    Wednesday, April 17, 2002 :

    April 11, 2002

    + 0735 pagi : ari nie aku pegi ke Miri ikut bapa. Tapi ini juga aku ada sesi ceramah untuk ambil lessen L kat institut memandu 3 jam…aku gi Miri ikut bapa jam 1100 pagi so sempat lah pegi dengar ceramah…binggung juga selalu pakai motorsikal tapi tak de lessen …itupun ambik minggu depan…

    + 1100 pagi : aku gi miri ikut bapak …bapak aku ambik aku kat institute memandu cun2 abis ceramah jadi tak lah aku membuang masa menuggu bapa … aku,bapa aku, bapa mertua usu aku pun gi Miri untuk ambik pingat kepujian daripada TYT negeri Sarawak…aku gi miri pun pasal nak urus masok ting 6 ren, manalah tau kat miri best lagi..kami orang datang kat miri jam 1400 petang….terus gi otel kat park otel.

    + 1700 petang : bapak bawa aku gi tengok sekolah agama miri kat Luak. Best juga sekolah agama tu..masih baru…rasa2nya kalo aku masok kat sana macam mana…tapi esok aku kena lah pegi pejabat sekolah untuk Tanya macam mana hendak mendaftar…bapak juga sempat bawak aku gi ziarah rumah ngah aku…datang sana cerita2 ja lah..

    April 12, 2002

    + 0800 pagi : aku bangun awal tapi bapa aku bangun awal lagi… bapak ajak pegi breakfast so pegi lah aku pegi restaurant kat bawah otel yang kami orng tinggal.. lepas aku numpang bapa pegi antar orang pegi raptai untuk ambik pingat kat dewan suarah miri. Lepas tu pegi lah aku ngan bapa aku kat sekolah agama miri… first aku datang kat sana pegilah aku kat pejabat… jumpa pk1 …Tanya pasal hendak masok…tapi tidak banyak membantu…katanya “saya nie guru yang urus pasal cikgu bukannya pelajar…saya ingatkan pun awak nie guru sandaran” senyum ja lah…kena tunggu pkhem pulak…orang yang ditunggu tak juga datang2…so last2 pulang aja lah kat otel.

    April 15, 2002

    + 0900 pagi : motor punya pasal…kena antar pegi workshop…so kena lah pinjam motor ngah aku…motor klasik…aku pikiq motor tu rosak di punya plak atau Cuma kena cuci kaboretor nya…tapi lain yang rosak…problem tak ada motor…3 jam aku kena tunggu supaya siap kena baiki. Last2 duit gaji lum gi masok so tak dapat lah ambik…

    + 2030 malam : abang samri aku aja aku gi keluar minum kat open air…just minum2 and cerita2 sikit..

    April 16, 2002

    +0520 pagi : noh pagi2 dah call aku pasal nak ambik testimonial kat sekolah…katanya nak masok tentera. Sebenarnya kemarin lagi dia dah call aku tapi tak ku dengar pasal waktu tu aku gi ngajar and sedang ujan tak lah ku dapat dengar…cerita lah sikit macam mana..??? lepas dia call aku gi sembahyang n defrag computer aku.

    +1000 pagi : akhirnya sabtu minggu nie aku kene lah gi masok sekolah lagii....!!!!!!!!!!!!!! masok jak lah ....

    0 comments

    |

    Wednesday, April 10, 2002 :

    April 9, 2002 : Selasa

    Daftar tingkatan 6 punya pasal

    + 1000 pagi : aku gi library untuk print resume yang aku buat malam tadi…so lepas gi library macam biasa aku gi ler kat kedai member kamceng aku tu…sebelum aku gi library, pegi lah aku kat jabatan pendidikan limbang pasal nak tau macam mana nak masok tingkatan 6. tapi, pegawai yang incharge time tu tak dia gi rehat…

    + 1145 pagi : dengan motorsikal kapcai bapak aku, aku gi lerr kat sekolah agama limbang n tanyak macam mana nak apply masok… terkejut aku bila dapat tau yang masok ting 6 semuanya pempuan 20 orang gi mcm mana aku nak masok kalu aku sorang je lelaki??? Binggung aku… kat sana semua subjek yang kena ambik adalah PA, BM, SYAriah, usulludin, ba muet etc…subjek bm nie lerrr satu masalah sikit…tak tau macam mana dapat tak ambik nie..

    Call Salwani

    + 1800 petang : lepas tengok cerita jepun Match Making kat tv3 ati nie rasa nak call kawan lame … satu kelas dulu, Sal. Ajak dia masok tingkatan 6 kat smkal. Banyak juga cerita … tapi petang waktu rehat tempat keja aku ngan kawan aku nurul ada cerita pasal nak masok ting 6, binggung juga kepala aku dibuatnya…nak masuk ke tidak nie…pilihan terakhir aku hanyalah ambik stpm atau masok maktab jadi cikgu kemudian baru sambung belajar. Rasa nak tunggu tawaran masok u mingkin tak dapat kot tapi harap2 dapat lerr tempat mana2 pun… jadi lah…asalkan jauh dari rumah …hidup sorang2…???

    Cerita Roswell

    + 2100 : roswell punya pasal abis tv ku bawa pegi masok bilik aku semata-mata nak tengok cete nie.. Tak tau pesal cete nie menarik sangat. Macam mana kalo suruh orang lain tengok ape mereka nak kata? Abis tengok cete Roswell banyak benda aku fikiq dalam otak aku. Pasal plan esok lah…buat lessen motor… ???


    April 10, 2002 : Rabu

    + 0800 : bapak call kasi tau mau gi Miri ke tidak esok … so aku jawab mau…mau pegi bukan apa Cuma nak gi survey kat sekolah agama kat miri pasal nak masok kat sekolah agama ambik stpm. Time nie masih dalam proses fikir kalo tak dpt masok mana2 kene juga ambik ting enam kot. Harap2 dapat lah aku masok mana2 U.

    + 1000 : cerita anak mammi the movie aku tengok kat bilik ngah aku…kelakar betul cerita tu. Aku rasa jalan cerita okey + funny + tak boring lerr tengok. Lama dah aku tunggu nak tengok cerita nie pasal kat Limbang bukan ada pawagam so kene lah tunggu cd cetak rompak kah or borrow kat member.

    0 comments

    |

    Sunday, April 07, 2002 :

    06 april 2002 - jam 1416 petang
    BIRTHDAY CIKGU MARINI
    1416 : ari nie adalah birthday bekas cikgu biologi aku. kad birthday dah antar tapi awal sangat tak dapat nak bagi apa2, just want 2 say happy bornday. mungkin laman web sekolah yang malam tadi dibuat tu anggaplah sebagai hadiah hari jadi http://www.geocities.com/smkahoaw/ . tak tau lerrr bile laman web nie nak di kena buat perasmian??? banyak juga kenangan yang sepatutnya dilupa time kat sekolah dulu...tapi orang asik kata itu satu kenangan manis...tapi bagi saya pulak ia macam satu perkara yang memalukan mengapa ya???? tapi tak per ler pasal ini adalah satu kisah yang dapat ku ungkap satu masa nanti.
    1800 : masni antar aku SMS waktu aku tengah tengok juara lagu kot. time tu rasa tekejut ada juga pasal masni time nie dah kat JB. mas kata dia nak keja kilang ari selasa minggu depan dia gi interview. aku tanya ngan dia boleh aku join...mas kata boleh tapi aku kene tanya mak aku dulu..gerenti mak aku tak suruh punya...lepas tu aku gi tengok orang betanding sepak takraw ajuran JKKK kampung aku. ari nie first time ler aku keluar rumah lama2 nie aku asyik je ngan komputer aku nie.
    2100 : kak hasrol antar SMS ngan aku sorry pasal tak dpt reply cepat pasal demam. dia tanya pe kabar n nak sambung kat mana ? so jawab je sihat. bagi tau ler family suruh ambik law...pasal mungkin satu ari nanti kalu aku jadi lawyer mungkin masalah keluarga yang dihadapi time nie dapat diselesaikan kelak. masalah tanah jerrr nanti takde tempat tinggal susah jugakan.
    2200 : aku type emel untuk menentang kekejaman kaum yahudi di Palestin. geram juga aku dibuat mereka lamak2 aku tengok news asyik2 pasal isu nie saja, sampai biler lah masalah nie akan selesai ye....

    07 april 2002 - jam 0655 pagi
    0655 : aku gi kebun tengok pokok buah durian, langsat dsb yang ku tanam dulu. tebas-menebas lah yang ku buat. man lah tau kalau pulang ke kampung nanti kalau musim buah dapat juga aku makan buah durian yang ku tanam sendiri.
    1420 : esok kena ngajar pala pun dakit fikiq apa mau ajar esok so.....elak sakit kepala mau tido awal lerr jawabnya.

    0 comments

    Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com