.:::: |J|o|u|r|n|a|L| |O|f| |R|o|s|l|a|N| |T|a|n|g|a|H| ::::.

"Andai semalam tidak wujud, akan diusir sebuah lukisan kehampaan menjadi mimpi indah. Namun alangkah payahnya mengusir sebuah kehampaan kerana semalam bukanlah satu perhentian yang sempurna"

.:Profile:.

Name: Roslan Tangah
D.O.B: August 22nd, 1984
Age: 20
Location: UTM, Malaysia
and so on and so forth...

.:BLOG SONG:.

Peterpan- Tentang Kita

.:EVeNTs:.

.:Chit Chat Corner:.

.:Pesanan Anda:.

Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

.:Latest Pictures:.

Photoblog oleh flickr 

.:PHOTOPAGES Link:.

  • MY PHOTOPAGES
  • MY PHOTOPAGES II
  • MY PHOTOPAGES III
  • Fariz's
  • NizAMNaiJo
  • iMa-SKY
  • haNNa baNNa
  • NaNa
  • Gbum
  • Chagu
  • Qmie
  • Ieqha
  • Rais
  • Azuan Johan
  • mIMi nAJUa
  • bLEk
  • Elmo@fizi

    .:FAV BloG:.

  • IzYaN
  • CikPaYung
  • ApIS
  • Syr@hZ
  • SHamIL
  • NuMloqUe
  • MoneIraH
  • IZHaM
  • MujTahidaH
  • design
  • blogger
  • hANNa bANNa
  • bLEk
  • nOr moHAmaD
  • iQIe cHIQie
  • mIRa
  • haZLeen
  • qMIe
  • gBUm
  • jIJOy mARRo
  • haRIth
  • iMA-sKy
  • aZUAn joHAn
  • cHEk
  • CHagU aL SyuKUR

    .:Daily Link:.

  • ViRus SouRce
  • Monday Madness
  • Friday Five
  • amERIcan iDoL
  • ikEa
  • haBItat
  • friENDster
  • XShoawiaN
  • Uni of Technology Malaysia
  • SofTWaRE ForUM
  • jOBs
  • toKEi kEDAi
  • BeRIta hARIan
  • SMK (A) SHOAW
  • SMKAL
  • BelAJar Nahu AraB

    .:Links:.

    Blogger l Chat Online l Blogskins l Photo ALbum | Google News| About Me| Guestbook|

    .:Koleksi:.

    April 2002 l November 2002 l December 2002 l January 2003 l February 2003 l March 2003 l April 2003 l May 2003 l June 2003 l July 2003 l August 2003 l September 2003 l October 2003 l November 2003 l December 2003 l January 2004 l March 2004 l May 2004 l June 2004 l July 2004 l August 2004 l September 2004 l October 2004 l December 2004 l January 2005 l February 2005 l March 2005 l April 2005 l May 2005 l June 2005 l

    .:Waktu Solat:.

    .:Kredit:.

    Layout By: Dreamwalker
    Special Thanks to: Blogskins and Blogger

    Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
  • |

    Sunday, January 30, 2005 : Dah settle 3 pc ... tinggal 1 pc lagi kene repair...

    Syukur semalam aku ngan Karul dapat settle 3 pc.... satu saja lagi ada kat club ni... aku dah tak tau macam mana nak buat lagi... aku just biar kat belakang ni... kalo nak format mudah jer kerja aku tapi bab nak buat backup tu yang aku malas sikit... entah sapa nak sambung kerja tu...

    Aku ngan Karul usik Yan n Pinky gune Sky Juice antar SMS Free untuk 019/013 dan 012.... aku bab bende free aku layan jer... nak wat cerita semalam Yan dah naik fedub nak delete sms yg beratus2 aku ngan karul antar.... jangan mare yer Yan.... kiteorg gurau jer ngan ko.... Pinky pulak risau anset dia kene virus; itu pun kiteorang wat amaran tentang ancaman virus kat anset... sebeb terima sms bertubi-tubi tulah dia naik risau... aku pun minta maaf Pinky... sori banyak2 kat korang... aku buat kerja tu pun sebab bosan sangat masa tu walaupun aku tau tugasan aku masih banyak lagi belum siap.....



    0 comments

    |

    Saturday, January 29, 2005 :

    Aku sekarang ni lum balik bilik lagi... masih kat c5 buat format komputer JKM kolej aku... ni kira dah pukul 2.33 pagi ni... saja jer nak try gune pc jkm yang baru kene format ni... nak test kelajuan... almaklumlah aku memang suka gune benda yang baru jer kene format ni... settle dua pc, tinggal 2 pc lagi kene settlekan... aku punye tugasan pun banyak lagi belum siap ni... hampeh aku ni sekarang... belum balik bilik lagi sebab semalam aku ada kelas gantian untuk subjek dirasas nusus fiqhiyyah kat psz... wokey lah besok lagi aku blog kalau ada masa sebab Karul dah tak tahan nak balik kolej... adios

    0 comments

    |

    Wednesday, January 26, 2005 : 100 Tahun UTM...

    0300 pagi; Besok ada kuliah dan esok juga sambutan 100 tahun UTM. Sepatutnya aku akan turut serta majlis tersebut di DSI. Memandang kelas esok tak boleh nak skip jadi aku utamakan kuliah berbanding majlis tu. Lagipun dalam 100 tahun hanya sekali sahaja majlis sebegini… entah hidup lagi tak aku 100 tahun akan datang. Sebuah persoalan yang tak akan terjawab tika ini.

    Sekarang ini aku sudah malas nak update blog aku. Bukan malas apa…. Biasanya sewaktu aku menulis aku perlukan satu suasana yang tenang untuk menulis. Tapi itu semua tidak penting… yang penting aku mesti kemas kini blog ni seberapa segera walaupun aku tahu aku tidak mempunyai pembaca blog ini dan ini hanya sekadar dunia aku semata. Tidak lebih dari itu.

    Entah apa aku nak tulis pagi-pagi buta ni. Aku tak boleh nak melelapkan mata… sebab tu aku on aku pun notebook kesayangan aku ni. Semata untuk mencatat apa yang perlu disimpan kala aku teringat akan waktu itu.

    Semalam sepatutnya aku duty C5 yang mana sepatutnya C5 tutup masa cuti umum ni. C5 buka hari ni pun sebab pun sebab budi bicara yang malampau-lampau memandangkan sudah ramai mereka yang berdiri depan C5… itu kata Yan. Kesian mereka. Aku datang lewat kat kelab sebab lepas maghrib aku mengantuk sangat sebab tu kot aku tak leh nak tido sekarang.

    Aku saja menghantar sms kepada cikgu Zu… dia minta tolong aku carikan maklumat kat internet mengenai dalil, konsep musyawarah dalam industri… tak banyak artikel yang aku dapat sebab yang berkaitan tentang tajuk tu banyaknya datang dari portal-portal Indonesia. Besok lagi lah aku cari kat PSZ sebab dia nak jumpa depan PSZ habis kelas.

    Esok lagi sambung yer….

    0 comments

    |

    Tuesday, January 25, 2005 : Dah Balik Ke UTM... rindu kat KTDI

    Aku dah kat UTM hari ini. Hari ini adalah cuti umum sempena dengan hari Thaipusm. Negeri Johor cuti hari ini bermakna UTM juga cuti.semalam aku balik dari Kuala Lumpur dalam jam 2 petang. Tapi sebelum aku bertolak untuk balik sepatutnya aku berjumpa dengan Hajah Yati bekas classmate dan member sekampung yang sedang menuntut di KUIM. Kalau sempat memang kami nak bertemu di Pandan Kapital memandang ada hal yang tak dapat dielakkan so aku tak lah bertemu dengan mereka. Sepanjang di KL hanya Mairana seorang saja yang aku ketemu, Salyanti Fatin apatah lagi. Sejak berada di Semenanjung orangnya pun belum lagi ketemu. Balik kampong baru dapat berjumpa. Apa pun persahabatan itu tetap ukhuwwah walau di mana jua berada.

    Seingat aku, ini merupakan kali yang ke 5 atau ke 6 aku ke Kuala Lumpur. Asyik-asyik Kuala Lumpur, hanya aku saja yang tau mengapa aku suka sangat pergi ke Kuala Lumpur sedangkan aku masih mempunyai keluarga sebelah ayah aku di Perak. Ada saja cuti mesti pergi KL. Mungkin ini yang terakhir untuk kali ini. Aku sendiri tidak mengerti.

    Aku ke temu seorang bakal cikgu kimia (SPC) sewaktu balik ke UTM. Dia duduk sebelah aku waktu kat bas. Aku sendiri segan nak menyapa dia, itu pun dia yang mula tegur aku bertanyakan aku turun kat mana. Aku kata aku turun kat Skudai… nice to knowing her…. Dalam bas kami just berkenalan antara satu sama lain. Bab introduce diri sendiri ni aku memang tak reti sangat. Tapi dengan kemahiran yang cikgu aku ajar dulu time kat sekolah banyak mengajar aku perihal berinteraksi dengan orang walaupun tidak secara menyeluruh.

    Café kat kolej tak buka hari ni. Aku dengan Joe pergi jalan-jalan cari makan. Kiteorang pergilah merantau sampai ke kolej 9, 10 dan café kat KTC. Last2 makan kat café kat fakulti elektrik. Aku makan nasi putih telur bistik kat sana… sedap walaupun mahal berbanding kat kolej aku… mahal sebab harga nasi tak campur dengan lauknya… tak kisahlah yang penting sedap. Itu pun time ada duit. Kalau dah pokai nanti memang berkira punye.


    |

    Monday, January 24, 2005 : Still at KL

    Ingin ku tulis apa yang berlaku semalam. Aku asyik bertapa di dalam rumah pakcikku dari pagi sampailah ke petang. Duduk makan, minum, mandi, solat, yang lain duduk menonton tv. Hari yang cukup bosan semalam. Andai ada teman yang sudi untuk keluar bersama mungkin sudah memadai percutian ku di kL ini.

    Sepatutnya aku akan ke temu dengan Fara. Tapi disebabkan hal keluarga yang tidak dapat dielakkan dia bertolak dari Kelantan agak lewat dan kami tidak dapat berjumpa. Entah bile agaknya boleh ketemu. Semacam perhubungan ini tidak mampu bertahan. Aku perlukan kejujuran pada diri sendiri… waima yang berlaku akan ku cuba jujur seadanya.

    Aku memang tak boleh duduk dalam rumah lama-lama…. Sebab tu aku keluar cari alasan nak beli tiket balik ke Johor. Maklumlah mungkin akan ketemu dengan Fara tapi tak kesampaian. Fara dan keluarganya masih lagi dalam perjalanan ketika aku menghubunginya. Fara menjemput aku ke rumahnya jika mereka tiba awal sebab sebelum ini ibunya nak ketemu dengan aku… entah lah ‘no gut to handle that matter’…. Teringat pulak aku dengan antologi puisi komponen sestera tika aku belajar di tingkatan empat; waktu itu guru yang mengajar aku tidak lain Cikgu Jais Sahok. Puisi ‘aku menjadi lebih berani’ mungkin sesuai dengan dellema yang aku hadapi sekarang ini. Menjadi tanda tanya pulak adakah aku sendiri yang mencipta situasi sebegini atau sekadar apa yang ku coret ini melebihi apa yang sedang melanda; melebihi jalan sebenar cerita…. Apa pun yang ku coret adalah mengenai diriku sendiri… untuk aku baca… dikala teringat kisah silam.

    BELI TIKET BALIK UTM

    Aku tak tahan dengan suasana yang dipenuhi dengan asap-asap rokok. Pudu raya yang menimbulkan sakit kepala ku. Sudah dua hari aku mengalami sakit kepala. Sakit nya hilang pun setelah memakan panadol. Tapi aku sebenarnya tidak suka makan ubat-ubatan ni. Aku harap esok aku tidak mual, loya dengan keadaan sekeliling khususnya tika menunggu keberangkatan pulang menaiki bas transnasional… pergh… cuti yang banyak membuang duit…sebelum balik esok nak jumpe Yati…

    Terima SMS: Someone is Miss Me…

    Aku terima miscal dan juga sms yang ku sangka dari kak serol. Sebab sebelum ini kak serol ada mempunyai nom 016 line Sarawak. Tapi setelah ku hantar sms katanya bukan kak serol… siapakah gerangan cik hamba? Dalam smsnya dia kata my junior kat SMKAL… tapi tidaklah mahu menyatakan siapakah gerangan empunya diri. Hampeh betul… kalau rindu pun bagitau siapa diri tu… kite tertanya-tanya ni… ermmm tapi tak kisah lah lepas ni kt tak reply sms kot sebab kredit dah kering… mungkin dalam tempoh seminggu dua ni bakal menyepi dan jari jemari ini juga turut bercuti dari menekan pad anset… aku nak tido jab ni sebab nak subuh….

    0 comments

    |

    Saturday, January 22, 2005 : Malam Raya.. what i do???

    Aku sekarang kat Kuala Lumpur rumah pakcik aku kat Pandan Indah. Baru jer balik keluar dengan BOB AF2; makan dan pergi ke apartmennya kat Damansara. Bob baru jer pulang dari Sabah buat show kat Tawau. Besok dia kene pergi Kuching pulak ada show kat sana. Entah kenapa aku menulis perihalnya dalam blog aku ni. Mungkin terhutang budi sebab belanja aku makan tadi. Apa pun aku ucapkan jutaan terima kasih atas belanja makan tu. Memang rasa lapar hari ni; dapat makan nasi syukur lah sebab aku malas nak masak nasi kat rumah walaupun beras ada tapi sebelum aku keluar tadi aku sempat keluar dengan sepupu aku Bunyol untuk membeli 10 bungkus maggi. Dah lama aku tak makan benda maggi ni. Tapi time dah macam tahap kebulur ni apa saja boleh masuk untuk di lantak. Entah lah…rezeki datang bergolek lagi… bob ajak keluar makan. Tima kasih kerana belanja makan.

    Pagi esok lagi sambung yer… 0300 pagi

    Lepas solat subuh aku sambung tido aku… sebab aku tido lewat pagi tadi. Buat sedikit kerja yang perlu untuk dilunaskan dalam tempoh cuti ni. Tak de apa-apa yang menarik untuk ku tulis hari ni. Mungkin esok aku akan keluar bertemu dengan fara. Agaknya sudah hamper tiga bulan aku tidak ketemu dia. Sekadar ber’sms dan bertelefon saja. Memang wajar pun jika perhubungan ini semakin timbul jurang antara kami berdua. Aku jarang menghubunginya. Sekali sebelum aku mengkhabarkan bahawa aku akan ke KL dia semacam tidak yakin dengan perhubungan ini. Aku tetap dengan pendirian aku bahawa ingin menjaga diri ku dari masalah dan perkara yang berunsur dosa. Sering kali aku berdoa agar aku sentiasa selamat di dunia mahupun di akhirat.

    Makan tengah hari dengan pak usu ku; dia bertanyakan aku sudah mempunyai kawan perempuan atau tidak sama ada di sini atau di Sarawak. Ku katakana tidak ada… maaf kerana tidak berkata benar dalam soal itu. Aku tahu bahawa hampir seluruh anggota keluarga tidak mahu dan tidak suka aku berkawan secara serius… dalam pengertian ber‘couple’. Itu pun mereka berkata based on their experience… Bantu keluarga dahulu… jangan fakir hal semacam itu. Selesa hidup bolehlah fikir soal itu. Aku terdiam seribu kata dan mendengar sambil makan di meja. Dalam soal keluarga aku lebih berahsia tapi aku akui hal itu ada benarnya. Apa yang perlu aku lakukan sekarang ini. Dilemma yang melanda ini bagaikan gelora di dalam kalbu yang memberontak satu tika dulu. Tidak ada catatan mengenainya dalam kisah hidupku ini. Tapi ku rasakan pada Mu tuhan saja meminta pertolongan agar sentiasa diberi rahmatmu. Kadang-kadang ikutkan hati ada benarnya dan ikutkan kata-kata orang lain dan keluarga tak juga ku abaikan… mana satu yang perlu aku turuti.

    0 comments

    |

    Friday, January 21, 2005 : Selamat Hari Raya Aidul Adha

    Hari ni hari raya korban @ eidul adha. Aku sambut raya korban tahun ni kat KL. Tiada yang menarik sebenarnya di sini. Aku saja pergi ke sini untuk membuang masa cuti yang singkat ini untuk berehat sebab cuti mid sem yang lalu aku mengikuti kolokium ilmu di MSI. Ada perubahan pada diri ku ini walaupun tidak secara total. Sememangnya manusia itu sukar untuk berubah secara menyeluruh tapi sedikit ke arah itu mungkin sudah memadai bagi segelintir manusia yang sebegitu. Solat sunat eidul adha aku tunaikan di masjid Pandan Indah. Tidak sempat aku menangkap foto masjid itu untuk ku sisipkan dalam album kenangan ku. Yang penting sekarang biarlah doa dan ibadatku diterima oleh Allah s.w.t. Selesai solat terus pulang ke rumah. Aku hari ini menjamu selera hari raya korban dengan menjamu makanan Italy… aku makan Spegetti saja hari ini. Lain dari hari yang lain; kalau di tempat halaman ku sudah pasti ayam, daging beraneka masakan sudah tersedia… al-maklumlah rumah orang bujang + semua sibuk dengan hal masing-masing dan keadaan sekeliling yang amat berbeza memungkinkan suasana di kampong dan di Bandar tidak boleh disamakan. Tapi aku tetap bersyukur…

    Aku tak ingat sama hari ini atau esok aku akan keluar dengan Mairana @ Mai… xclassmate aku masa kat SMK Agama Limbang. Tapi mujurlah sms yang dia hantar mengingatkan aku tentang janji tempoh hari sewaktu chat online menggunakan YM aku ada mengajak dia keluar bawa aku jalan-jalan kat KL. Hari ini, aku keluar dengan Mai. Dia ajak aku jumpe dia kat KLCC. Sebenarnya aku belum pernah lagi pergi ke sana seorang diri. Aku just pergi try and error jer lah. Maklumlah; setakat ini aku baru pernah naik train star manakala putra aku belum pernah naik lagi. Aku pergi dan selamat sampai dan ketemu akan dia di sana. Tidak banyak perubahan yang ada pada dirinya seperti dahulu tika aku ketemuinya di Limbang sewaktu balik cuti raya. Kiteorang just jalan dalam Suria KLcc dan luar dari bangunan tu jer… sempat juga aku iktikaf dalam masjid KLCC… selesai solat Asar aku dan Mai lepak tepi kolam tunggu air pancut keluar sebelum tu sempat juga aku ambil gambar…

    MEMORI DI SURIA KLCC








    0 comments

    |

    Thursday, January 20, 2005 : AKU BERTOLAK KE KL

    Hari ini ada dua perkara yang perlu disiapkan. Pertama tugasan psikologi dan kedua aku ada peperiksaan mid sem untuk subjek reka bentuk perisian multimedia di MSI. Tapi tugasan untuk psikologi berjaya ditangguhkan atas permohonan ketua kelas. Lepas cuti kene hantar lah tugasan tu. Tiga muka surat.

    Suatu yang memalukan diri aku berlaku hari ni. Entah mengapa aku tidak mempunyai sikap yang bertanggungjawab pada diri sendiri dan juga orang lain. Sebelum ini aku amat menjaga adab dalam perhubungan sesame manusia contohnya dalam kes beratur. Aku masih muda tapi nak beratur untuk mengeluar wang dari mesin ATM itu tidak mampu ku lakukan. Aku sendiri tersentar apakala dengan selamba memberi kad ATM ku kepada salah seorang cozmate ku untuk dia keluarkan wang bagi pihak ku dari mesin atm itu. Pe pun, aku ucap terima kasih, tapi rasa bersalah dan malu itu tetap menjelma dalam diri ini. Itulah selemah-lemah iman aku. Aku azam tidak akan buat macam itu lagi. Nak keluarkan duit pun jangan potong depan-depan orang yang sedang berbaris. Padan muka aku.

    Hari selasa yang lalu, aku ada minta tolong Aya untuk tolong belikan tiket untuk aku pergi raya kat KL. Terima kasih kerana tolong belikan. Itu pun kene guna duit Aya. Lagipun masa tu beg duit aku memang kering selain untuk makan malam aku jer cukup lah…Kalau nak tunggu aku keluar pergi beli tiket mungkin nak pergi baru nak beli. Last2 tak jadi pergi. Entah macam mana ada offer kat kite nak minta tolong belikan apa2. nasib terlintas dalam fikiran kite belum beli tiket pergi KL ari tu… akhir nya dapat juga tiket bas pergi KL dengan bas Super Wira kul 3.15; yang pasti jam 3.35 baru bas tu sampai kat Sri Puteri.

    Aku tak tau nak tulis apa yang berlaku tika dalam bas. Tapi dalam satu perhentian aku ada ketemu dengan Wan Mazran rakan sekursus ngan aku di UTM. Dia pun dalam perjalanan balik ke kampong di Kelantan. Satu hari nanti aku pasti akan berkunjung ke Kelantan. Perjalanan yang membosankan bagi aku sebab jalan jame sebelum sampai seremban. Aku memang alergik bab jalan macam siput ni. Tak suka. Sampai kat rumah pakcik dalam kul 9.00 malam… esok lagi sambung.


    |

    Tuesday, January 18, 2005 : Kurang sikit tekanan hari ni...

    Tika ini aku berada di PSZ.... hakikatnya mau mencari buku rujukan untuk menyiapkan tugasan psikologi individu yang perlu aku lunaskan dalam minggu ini. Tapi ini pulak kerja yang aku lakukan... entahlah pada nak jadi... maklumlah kurang disiplin diri tika ini. Apa pun markah telekomunikasi aku untuk ujian mid sem yang lepas sebelum cuti tidaklah menarik sangat untuk dibanggakan. Wal hal aku boleh menjawab segala soalan denga mudah tapi mungkin keyakinan yang mejangkau tahap cipan mengakibatkan aku mendapat markah sedemikian. Aku wajar bersyukur dengan markah yang aku terima ini.

    Selesai kelas hari ini, aku dan seluruh anggota kumpulanku telah bertemu mengenai tugasan yang perlu ditunjukan pada cikgu Megat; pensyarah yang mengajar aku telekomunikasi dan rangkaian. Apa yang kumpulan kiteorang buat melebihi apa yang dikehendaki oleh beliau; sekadar hendak melihat perkembangan yang telah dijalankan oleh kumpulan.

    Malam semalam aku dah dapat settlekan sebuah PC yang telah seminggu lebih berada di C5. Tapi mungkin selepas ini ada lagi yang bakal kunjung tiba. Aku tidak se'expert student sains kom kat KTDI ini... apa pun aku nak tambah sikit ilmu dalam bidang ini.

    Hari khamis ni dah kene hantar tugasan psikologi individu... aku cadang nak pergi KL entah jadi ke tidak. Tiket aku belum beli... tulah asyik tak tetap pendirian mengenai permasahalahan balik ni. Sejak dari dulu lagi aku ni memang susah dan bertabiat untuk pergi balik ke kampung... kat sekolah dulu pun akulah orang yang terakhir berada di sekolah.. setelah dihalau maka aku kan pergi meninggalkan tempat tu... tak suka sebenarnya dengan suasana yang ramai... ingin ketenangan apakala hendak balik atau pergi ke suatu tempat.... aku nak balik dulu lah... malam ni aku blog lagi sebab malam ni aku duty kat C5... adios...


    0 comments

    |

    Sunday, January 16, 2005 : Aku Bukan Menyepi...

    Sudah berapa hari aku tak update blog ni... bukan tak nak... tapi masa cuti ni aku korbankan dengan mengikuti kolokium kat MSI. Rasa kerdil diri ni kerna semakin lanjutnya usia seseorang itu jika tidak diisi dengan tuntutan agama yang sempurna sememangnya rasa bagaikan seorang yang tiada cahaya lilin untuk menerangi hidupnya. Dalam tempoh ini aku rasa timbul insaf dengan duduk beriktikaf mendengar ulamak bersyarah kitab-kitabnya selain ceramahnya. Rasa tersentuh hati ini dengan memandang wajah-wajah mereka(ulamak)kerana tidak timbul rasa bosan untuk duduk mendengar malah bertambah semangat inkuiri untuk bertalaqi di hadapannya. Aku juga bersyukur kerana hari ini menerima ijazah dari dari ulama berserta dengan sanad bagi hizib bahar dan hizib nawawi. Mungkin di tempat aku agak sukar untuk mengalami pengalaman seperti ini. Di tempat lain kebarangkalian ada khususnya di Tanah Haram. Aku bersyukur dengan hidayah ini. Cuti pertengahan semester yang cukup bermanfaat bagiku.

    0 comments

    |

    Friday, January 14, 2005 :

    Sejak mengikuti kolokium ni... aku bagaikan insaf atas perbuatan aku yang lepas sengaja mahupun tidak... nasihat, amaran dalam al-Quran semacam telah banyak ku abaikan... syukur yang tidak terhingga kerna menjadi peserta program ini. Aku akui sememangnya hati ini memang perlu sentiasa di tazki (diberi peringatan) senantiasa agar tidak lupa pada Allah. Aku ini memang lemah... moga aku peringatan ini kekal dalam benak ku. Aku pohon pada tuhan dalam doa semoga aku diberikan pelindungan dan peringatan agar aku tidak tergolong dari kalangan mereka yang alpa....

    0 comments

    |

    Wednesday, January 12, 2005 : Day 2 Kolokium, MSI

    Perjalanan kolokium hari ini semakin menarik. Pagi perbahasan mengenai hadis-hadis shahih Bukhari dan sesi petang mengenai perihal haid dan permasalahannya. Banyak perkara baru yang baru ku ketahui setelah aku mengikuti kolokium ini. Rasanya tidak sia-sia jika aku mendaftarkan diri untuk menyertai program sebegini. Syukur ke hadrat tuhan kerana diberikan hidayah ini.

    Pagi; selepas subuh... bonda tercinta menelefon anakda yang berada jauh di perantauan. Semalam aku sengaja mematikan telefon genggamku semata untuk menghormati majlis ilmu di MSI. Pagi tu ku beritahu pada bonda bahawa aku berhajat untuk pergi ke KL. Tapi semacam perkahabaran itu tidak menyenangkan bondaku. Wajar ke aku meneruskan hajatku itu. Sememangnya jikalau aku ke sana pun mempunyai agenda yang lain. Entah... serba salah diri ini. Aku tau sememangnya jauh di isi hati bonda tidak menyuruh untuk ke KL atas sebab takut menyusahkan orang lain. Kalau macam tu... semester ni aku tak pergi mana-manalah....cuti mid sem stay juga dan raya korban tahun ni aku sambut kat UTM kot... ikut kata hati; mati atau dengar kata bonda; berkat...

    0 comments

    |

    Tuesday, January 11, 2005 : Hari Pertama Kolokium

    Lepas sesi 1, aku terus balik ke kolej. Nak sambung sikit kerja yang masih terbengkalai dan perlu dimulakan. Entah macam mana dalam perjalanan balik ke kolej aku asyik terkenang dan terasa cemburu dengan tulisan biografi dalam jurnal Izyan. Yan dengan bangganya menceritakan perihal rakan-rakannya di dalam blognya malahan aku juga turut tersenarai dalam tulisan biografi walaupun perihal diriku tak lah serinci mana pun. Cukuplah memadai sekadar memperkenalkan aku dan rakan-rakannya di dalam blognya dengan seadanya. Mungkin selepas ni aku juga ingin menulis semacam itu dan tidak hanya berkisar perihal semasa dan sekeliling malah cerita mengenai rakan-rakan yang boleh dikongsi. Sememangnya aku sudahpun memulakannya dahulu tapi taklah mempunyai susun atur yang sistematik. Ada masa dan kesempatan akan ku tulis juga sebegitu... Yan... terasa cemburu yang amat sangat... nanti aku pulak perkenalkan kawan-kawan yang ku kenali dalam blog dari perspektif aku pulak.... tunggu...

    Photo: Ketika Malam tahun baru 2005 di C5...




    0 comments

    |

    Monday, January 10, 2005 : Projek laman web untuk subjek telekomunikasi dan rangakaian dalam pendidikan

    Baru sahaja selesai pertemuan entah yang keberapa kali di Centre Point bersama dengan anggota kumpulan. Pertemuan untuk melihat apa yang perlu diselesaikan selanjutnya. Ku bawa bersama notebook ku dan digital camera ku yang baru semalam ku terima daripada Zikri. Zikri pinjam pun untuk menangkap kenengan dia dan anggota delegasi ABIM ke Pulau Batam di Indonesia. Menarik juga gambar yang mereka ambil. Jikalau ada kesempatan nanti akan ku letak juga cebisan memori mereka dalam blog ni. Sekadar untuk kenangan bersama. Al-maklumlah aku ni pun belum pernah pergi ke Indonesia. Ada jodoh, nanti pergilah tu. Berbalik kepada projek laman web ni, pada peringkat ini anggota kumpulan yang terdiri daripada Syakirah, CT Maisarah, aku sendiri dan akak Halimatul perlu menyiapkan satu draf yang perlu ditunjukkan kepada cikgu Megat mengenai laman web yang perlu kami reka. Apa pun, ''gambate Rosanjin Taniguchi''...

    Esok, adalah hari pertama kolokium. Perlu memberikan sepenuh tumpuan. Dapatan itu kekal hakiki dalam diri. Insya Allah.

    0 comments

    |

    Sunday, January 09, 2005 : Cuti Mid Sem: Stay Kat Kolej Jer.... ;-(

    Salam…

    Sekian lama menyepi. Banyak benda yang hendak dikongsi, diluah dan diterakan dalam wadah kisah klasik ini. Sejak hari Rabu yang lepas walaupun mempunyai kesempatan untuk melayari dunia maya ini namun ruang waktu untukku menulis kian terhad disebabkan hal-hal yang datang bertubi-tubi dalam minda dan sekelilingku. Tidak ingin ku catatkan apa yang berlaku. Apa pun biarlah ia hilang tanpa sebuah kisah yang boleh ku imbas kembali. Kehidupan ku perlu juga ku teruskan walau apa yang mendatang.

    Tika ini, aku duduk keseorangan di dalam bilik ingin mengisi cuti pertengahan semester ini dengan menyiapkan tugasan yang perlu dihantar apabila cuti ini berakhir. Sememangnya hasrat diri sebelum mengikuti kolokium ilmu di MSI cuti ini ingin diisi dengan pertemuan dengan rakan-rakan seperjuangan di lain tempat yang telah sekian lama tidak ku temui. Apa pun, yang lebih utama aku perlu dahulukan.

    Ingin ku kongsi mengapa aku menyepi kebelakangan ini. Sudah dua malam aku dan Khairul student makenikal yang ku kenali itu berhubung menggunakan Skype. Satu perisian untuk berhubung seakan telepon menggunakan internet (internet phone). Memang komprehensif bagi diriku jika menggunakan aplikasi tersebut. Tapi sekarang ini kepada siapakah aku perlu berhubung. Tak pe lah…. Pasti nanti akan ku ajar si Dia ku untuk menggunakan aplikasi tersebut.

    Sungguh tidak sempurna dan normal kalau kita harus menderita kerana keletihan. Sememangnya aku menyedari bahawa keletihan itu tidak semula jadi. Kebelakangan ini aku mempunyai satu tabiat yang baru iaitu kurangnya keseimbangan dalam membuat kerja (belajar), bermain (aku sudah jarang berlari) dan jadual tidurku sudah tidak menentu. Adakah peraturan yang telah aku terbiasa sebelum ini telah tidak mampu ku turuti. Satu persoalan yang seakan aku tahu jawapannya. Walhal, aku masih belum mengerti semua yang berlaku. Apatah lagi memberi seluruh hati ini pada kerja dan tumpuan pada kerja yang telah diamanahkan. Aku perlukan kekuatan untuk itu semua.

    Cinta belajar adalah salah satu kesenangan hidup yang paling mulia untuk ku cari. Mencari ilmu itu merupakan perjuangan yang perlu aku lalui sekarang. Akhlak yang mulia juga perlu ku miliki agar ilmu yang ku miliki tidak ku salah gunakan. Ingin ku cari seseorang untuk melukis akhlak mulia kerana sebelum ini terbukti aku mudah alpa, lupa dan terlalu ghairah mencari sesuatu yang ingin ku ketahui. Aku tidak mahu sejarah itu berulang sekali lagi. Dalam menulis blog ni, aku teringat kata-kata guru ku yang banyak memberi nasihat sewaktu di sekolah; “Roslan be a man, be responsible”. Aku bersyukur ada guru yang semacam itu. Moga aku akan jadi guru yang baik kelak. Dulu aku bukan manusia yang baik. Nasihat, keprihatinan dan pertolongan yang banyak mengubah corak hidupku kala ini. Aku berdoa kepada tuhan moga guru-guru ku ini diberikan keampunan, kerahmatan dan kehidupan yang aman dan bahagia. Amin…

    Aku menulis bukan hendak menunjuk diri. Tapi, inilah tempat aku untuk melepas apa yang ada dalam isi hatiku. Selama ini aku asyik menjadi pendengar kepada masalah orang lain. Biarlah aku tulis segala apa yang ingin ku luahkan. Tulisan ini pun merupakan catatan hidupku walaupun tidak secara menyeluruh asalkan aku berasa puas dan bahagia dengan segala apa yang telah tersurat dalam benak fikiran ku. Jika dulu, aku menulis hanya untuk mengutuk dan melemparkan kata-kata yang dayus dari belakang. Tidak ingin ku ulangi tabiat itu. Hanya tuhan yang tahu. Ku pohon ampun padaMu ya Allah. Aku ingin mencari keberkatanMu agar hidupku engkau redhai. Siapalah aku disisiMu hanya hamba yang kerdil.


    0 comments

    |

    Wednesday, January 05, 2005 : About me....

    Hari ini bagaikan sebuah nostalgia yang melanda diri yang di dalam proses untuk menjadi seorang guru… banyak perkara yang kian timbul di dalam benak ini apakala terganggu emosi dan segala tindakan. Beban yang kian bertambah ini menyebabkan diri ini kian kesunyian dikala aku perlukan seseorang yang berkongsi masalah diri… tapi itu hanya sebuah retorik yang aku cuba reka untuk menyedapkan perasaan ini. Arghhh… geram, celalu dengan segala yang melanda ini…. Tidak mahu aku merasa perit yang telah ku alami sebelum ini… wujudnya kekecewaan pada diri walaupun aku tahu bahawa semua itu ketentuan Ilahi. Hakikatnya, perlu jua aku terima ketentuan itu.

    Kelas TITAS 2 hari ini; macam semalam juga… lewat masuk kelas… itu pun memang disengajakan datang lewat. Waktu sampai ke kelas kak Zu dah buat pembentangan. Betapa diri suka mengambil kesempatan apakala adanya kelemahan pada seseorang itu. Harap aku dapat berubah selepas ini.

    Teringat pulak, mengapa aku bangun lewat ari ni…mengapa mengantuk ? sebabnya aku pergi Taman U untuk makan. Keluar dengan roommates aku…. Sekadar mengisi perut yang lapar. Itu pun disebabkan Fara yang suruh pergi makan… kalau tak mungkin aku tak pergi kuar pagi tu. Ni dah kali kedua aku pergi ke Taman U (Restoran Sepiah) dan sebelum ini aku pergi dengan Asyrof. Berbalik kepada Fara; sudah sekian lama aku tidak menghubunginya dan dia juga tidak ada menghubungi aku. Entah macam mana pulak aku terasa sangat nak berbual dengan nya. Sebab, banyak teman yang telah ku kenali cuba untuk mengelak daripada ku. Benar, sebab aku menghubunginya atas sebab rindu… mungkin sebelum ini aku ada bertanyakan kepada rakan-rakan yang lain ‘apa itu rindu?’ terima kasih atas pengertian kalian. Aku setuju dengan segala pengertian yang kalian berikan… lagipun segala kerja yang aku lakukan malam tu semua tak kene dan tak jadi. Gundah rasa diri ini… hampehh betulll!!!!

    Wahai blogKu,
    Aku berasa cemburu pada teman seperjuangku; apa yang aku cemburukan? Teman-temanku rata-ratanya hebat-hebat belaka dalam kursus yang ku ambil di UTM. Terasa rendah diri ini. Khususnya yang ada kaitan dengan nahu, pendek kata… bahasa Arab. Selalu berkata demikian kepada abang Zul. Teman seperguruan di UTM. Benar kata abang Zul; ‘setiap orang itu ada lebihannya, ana tak pandai sangat dalam bahasa Inggeris dan computer tapi anta boleh.” Kata-kata itu sering berkumandang dalam benak ini. Tak tau pulak adakah diri ini benar-benar sedemikian. Cuba ku terima. Sememangnya abang Zul memang banyak membantu sebelum ini. Sebab diri ini terlalu kerdil lah rasanya banyak perkara yang telah ku abaikan. ;-(

    Hari ini juga, aku seharian tak dapat masuk bilikku sendiri. Sebab kunci bilik yang ku sangka hilang itu rupanya tidak ku bawa bersama sewaktu pergi ke kelas. Mati-mati ku sangka kunci bilik itu hilang. Aku bersyukur pada tuhan walaupun aku terpaksa berulang-alik ke PSZ semata untuk mencari anak kunci bilik M16-311. Tapi, aku bersyukur ada mempunyai teman yang simpati dan banyak membantu. Mampukah aku jadi seperti mereka? Setakat ini entahlah… jazakal Allahu khairan kasiran…

    p.s. Ujian mid sem Psikologi Pendidikan ditangguhkan selepas cuti mid semester sebab hari ini ada perjumpaan NC dengan semua staf UTM. Esok malam pulak 1st online test kat UTM secara beramai-ramai. 1st trial for telecommunication in education. Hope with flying colour…

    0 comments

    |

    Tuesday, January 04, 2005 : Late To Class

    Wake up late... why? Eat to much.... so went to class so late... felt so emberassing entering into the class room so late same with english class today... same thing always happen today... not sure what will happen tomorrow....



    0 comments

    |
    Dear blog,

    ari ni kat kelas english.... kite orang kene buat satu ''timeline'' kiteorng sejak lahir hinggelah ke hayat ni...pengertian sekarang lah... entah ari ni aku pulak yang kene suruh lecturer buat present timeline aku... aku just sebut apa yang berlaku dalam hidup aku tapi pa yang ku tulis satu pun tak sebut... semborono betul.... pe pun yang penting dapat markah sebab dapat bercakap depan kelas... just talk about some political topic...etc... selesai kelas english lak...perut rasa lapar sangat sebab ari ni tak sempat nak sarapan... dah lah lewat pergi kelas sebab lepas subuh sambung lagi tido then tersedar dah kul lapan....

    kelas psikologi; mid sem exam batal esok... sebab NC nak jumper semua pensyarah... tangguh lepas cuti... aku mengantuk sangat dalam kelas tadi... 1st time katakan... mata masih dapat kontrol tapi xdpt nak fokus sangat apa yang disampaikan.... maklumlah... semalam tido awal.... nak pergi makan.... nak taip pun dah tak de idea....

    0 comments

    |

    Monday, January 03, 2005 : Malaysia Tewas; Indonesia Menang agregat 4-2...

    Lepas solat isya terus pergi ke kafe untuk menonton perlawanan Malaysia dengan Indonesia di Stadium Bukit Jalil... entah macam mana Malaysia boleh tewas hari ini kepada Indonesia sedangkan Malaysia dah mendahului 1-0 pada masa pertama... apau pun kelab dah nak tutup. Tak dapat nak taip panjang-panjang... ada masa lagi blog..

    0 comments

    |

    Saturday, January 01, 2005 : Pulau lenyap: Berpuluh-puluh kampung di utara Sumatera hanyut


    DUA gambar daripada satelit DigitalGlobe menunjukkan sebahagian daratan di utara Banda Aceh sebelum dan selepas dilanda tsunami. Gambar atas menunjukkan keadaan bandar itu pada 23 Jun 2004 manakala gambar bawah pula menunjukkan sebahagian daratan sudah ditelan lautan selepas dilanda ombak besar akibat gempa bumi di Lautan Hindi.


    0 comments

    |
    Buat renungan kala menyambut tahun baru 2005
     
    Tiada kata yang hendak dikata kecuali sebuah renungan yang tak seberapa untuk peringatan diri sendiri. Gempa bumi berskala terbesar dalam sejarah dunia (9.7 skala richter) dan tsunami terbesar (6 meter) telah melanda kawasan Asia dan pertama melanda di Malaysia. Malahan, kejadian salji pertama di Emiriah Arab Bersatu (UEA) di pergunungan al-Jees di al-Khaimah Utara Dubai. Hujan lebat juga turun di satu daerah yang jarang menerima hujan. Semua petanda ini melanda di penghujung tahun 2004 perlu kita fikir-fikirkan dan insafi.
     

    0 comments

    Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com