"Andai semalam tidak wujud, akan diusir sebuah lukisan kehampaan menjadi mimpi indah. Namun alangkah payahnya mengusir sebuah kehampaan kerana semalam bukanlah satu perhentian yang sempurna"
.:Profile:.
Name: Roslan Tangah
D.O.B: August 22nd, 1984
Age: 20
Location: UTM, Malaysia
and so on and so forth...
.:BLOG SONG:.
|
Wednesday, October 13, 2004 :
SELESAI PAPER AQIDAH, FALSAFAH PENDIDIKAN, USUL FIQH & QAWAID LUGHAH ARABIYYAH 1
Tinggal tiga kertas lagi untuk final dan balik cuti semester... letih untuk hari ini masih belum lagi hilang dari tubuh ini. Hari ini merupakan hari yang sungguh memberatkan benak ini. Terpaksa bertarung dengan dua kertas peperiksaan akhir. Selesai kertas aqidah islamiyyah di banggunan fakulti terus berlari anak menuju ke masjid sultan Ismail untuk menunaikan solat zohor sebab kertas akidah lewat mula disebabkan bilik peperiksaan itu masih lagi digunakan... lepas solat baca sikit modul falsafah pendidikan memandangkan hari ini ada lagi satu kertas terpaksa diambil di Dewan Sultan Iskandar iaitu falsafah pendidikan. Berkejar masa walaupun semalam dan pagi tadi dah buat ulangkaji untuk ujian hari ini... letih... banyak dalil quran yang terpaksa diingat pulak... walaupun ada ingat banyak tapi di bilik peperiksaan; blank pulak... ahhh, masalah....
0 Comments:
Post a Comment
<< Home