"Andai semalam tidak wujud, akan diusir sebuah lukisan kehampaan menjadi mimpi indah. Namun alangkah payahnya mengusir sebuah kehampaan kerana semalam bukanlah satu perhentian yang sempurna"
.:Profile:.
Name: Roslan Tangah
D.O.B: August 22nd, 1984
Age: 20
Location: UTM, Malaysia
and so on and so forth...
.:BLOG SONG:.
|
Tuesday, December 16, 2003 : Dah tonton "The Last Samurai"
Assalamualaikum w.b.h
Tangan ini rasanya teringin sangat untuk mencatatkan apa yang telah dirasakan perlu untuk dilakar sebagai tatapan masa kelak di dalam jurnal saya ini. Sejak dari hari raya saya tidak mencatatkan catatan saya ke dalam jurnal ini.
Semalam saya telah meminjam sebuah cd daripada ustaz Ubai yang katanya ceritanya sungguh menarik untuk ditonton. Filem lakonan Tom Cruise yang bertajuk ‘The Last Samurai’ sebuah filem aksi, sejarah yang berlatarkan tempat di negara Jepun sekitar tahun 1870-an. Filem ini menceritakan apabila seorang kapten lakonan Tom Cruise sebagai Kapten Nathen Algren seorang pegawai tentera Amerika yang telah diupah oleh Maharaja Jepun untuk melatih tentera mereka yang pertama dalam penggunaan senjata moden dan canggih pada masa itu. Pada masa yang sama, di dalam Istana masih ada golongan yang tidak mahu terlibat dalam usaha untuk membaratkan kepimpinan di dalam istana melalui polisi yang mesra kepada orang Barat. Golongan lagenda Samurai inilah yang tidak suka terhadap dasar itu menyebabkan seorang menteri kanan yang juga seorang Samurai telah cuba untuk dibunuh oleh pemimpin yang pro kepada Barat. Tetapi, tidak disangka apabila seorang yang pertama oleh tentera yang belum cukup sedia latihan ini telah mampu ditewaskan oleh tentera Samurai. Kapten Nathan telah ditangkap lalu menjalani kehidupan masyarakat Jepun yang lebih berdisiplin dari sudut latihan ketenteraan yang lebih konsisten. Hal ini telah menarik minatnya untuk mempelajari seni mempertahankan diri dan akhirnya ia turut serta membantu dalam peperangan golongan Samurai dengan tentera Maharaja. Sebuah filem yang memaparkan satu struktur masyarakat yang bangga / kepujian pada diri mereka apabila mati sebagai seorang Samurai @ Pahlawan.
Tadi menerima massej daripada kak Liza mengenai sms yang telah dikirim oleh Khalid @ Awang Arshad junior saya sewaktu di SHOAW dan sekarang ini sedang menanti keputusan peperiksaan SPM untuk diumumkan. Harap-harap tahun depan dapat juga pergi ke Kuching untuk ketemu mereka (member-member lama / Kroni-kroni). Perkara yang sedang ditunggu-tunggu.
Sekarang ni kredit untuk sms dah habis. Cuma kredit untuk buat misscalled saja yang boleh. Dua minggu yang lepas saya ada membeli prepaid hotlink 012 simcard. Rasanya simcard tu tahun depan baru dapat gunalah. Itu pun jikalau dapat kerja yang sesuai. Mudah-mudah dapat kerja jadi guru sandaran tahun depan.
Pagi tadi di Plaza Limbang, saya ada ketemu dengan Marlizawaty yang memberitahu perihal untuk ke Kota Kinabalu pada 28 Disember 03. Kata saya belum sure lagi pergi atau tidak. Rasanya pergi, itu pun terpulang kepada adanya budget ke tidak.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home