.:::: |J|o|u|r|n|a|L| |O|f| |R|o|s|l|a|N| |T|a|n|g|a|H| ::::.

"Andai semalam tidak wujud, akan diusir sebuah lukisan kehampaan menjadi mimpi indah. Namun alangkah payahnya mengusir sebuah kehampaan kerana semalam bukanlah satu perhentian yang sempurna"

.:Profile:.

Name: Roslan Tangah
D.O.B: August 22nd, 1984
Age: 20
Location: UTM, Malaysia
and so on and so forth...

.:BLOG SONG:.

Peterpan- Tentang Kita

.:EVeNTs:.

.:Chit Chat Corner:.

.:Pesanan Anda:.

Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

.:Latest Pictures:.

Photoblog oleh flickr 

.:PHOTOPAGES Link:.

  • MY PHOTOPAGES
  • MY PHOTOPAGES II
  • MY PHOTOPAGES III
  • Fariz's
  • NizAMNaiJo
  • iMa-SKY
  • haNNa baNNa
  • NaNa
  • Gbum
  • Chagu
  • Qmie
  • Ieqha
  • Rais
  • Azuan Johan
  • mIMi nAJUa
  • bLEk
  • Elmo@fizi

    .:FAV BloG:.

  • IzYaN
  • CikPaYung
  • ApIS
  • Syr@hZ
  • SHamIL
  • NuMloqUe
  • MoneIraH
  • IZHaM
  • MujTahidaH
  • design
  • blogger
  • hANNa bANNa
  • bLEk
  • nOr moHAmaD
  • iQIe cHIQie
  • mIRa
  • haZLeen
  • qMIe
  • gBUm
  • jIJOy mARRo
  • haRIth
  • iMA-sKy
  • aZUAn joHAn
  • cHEk
  • CHagU aL SyuKUR

    .:Daily Link:.

  • ViRus SouRce
  • Monday Madness
  • Friday Five
  • amERIcan iDoL
  • ikEa
  • haBItat
  • friENDster
  • XShoawiaN
  • Uni of Technology Malaysia
  • SofTWaRE ForUM
  • jOBs
  • toKEi kEDAi
  • BeRIta hARIan
  • SMK (A) SHOAW
  • SMKAL
  • BelAJar Nahu AraB

    .:Links:.

    Blogger l Chat Online l Blogskins l Photo ALbum | Google News| About Me| Guestbook|

    .:Koleksi:.

    April 2002 l November 2002 l December 2002 l January 2003 l February 2003 l March 2003 l April 2003 l May 2003 l June 2003 l July 2003 l August 2003 l September 2003 l October 2003 l November 2003 l December 2003 l January 2004 l March 2004 l May 2004 l June 2004 l July 2004 l August 2004 l September 2004 l October 2004 l December 2004 l January 2005 l February 2005 l March 2005 l April 2005 l May 2005 l June 2005 l

    .:Waktu Solat:.

    .:Kredit:.

    Layout By: Dreamwalker
    Special Thanks to: Blogskins and Blogger

    Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
  • |

    Friday, August 08, 2003 : Catatan Yang Lampau; Seminggu Lepas Di Sekolah...

    01 Ogos 2003: Jumaat @ 92 Hari Untuk STPM

    0630 pagi: Perhimpunan pagi aku menyampaikan pengumuman kepada pelajar amat teruk sekali. Tidak tersusun kata-kataku yang hendak ku ujarkan kepada mereka disebabkan aku kehilangan kertas kecil tersebut. Hanya yang mampu aku sampaikan mengenai perihal keluar ke bandar bagi yang tidak balik bermalam. Hari ini ketika perhimpunan kami semua mendengar lagu patriotik yang akan dinyanyikan ketika perhimpunan dijalankan.

    0705 pagi: ku terima lembaran balas dari si Ain. Balas puisi yang bertanyakan mengenai bait puisi yang telah ku tulis untuknya. Mungkin ia tidak mengerti akan apa yang aku maksudkan di dalam puisi ku. Tapi memadailah segala persoalan selama ini dapat ku buat penilaian yang amat wajar untuk difikirkan.

    Hari ini aku amat mengantuk hinggakan khutbah Jumaat yang ku dengar kurang dapat ku terima walaupun jelas sekali apa yang disampaikan tetapi kala mengantuk menguasai diri dan minda agaknya yang berlaku adalah suatu penyakit yang biasa timbul ''tidur''. Di surau, nama mereka yang semalam melakukan kesalahan disiplin telah dipanggil dan diberikan hukuman oleh ustaz Abdul Ghani. Kadang-kala kesian juga aku melihat mereka di ambil tindakan, apa dapat ku lakukan memandangkan ia adalah tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadaku. It's not a burden to me. Always hope the best in what I do.

    Hari ini pelajar balik bermalam atau pulang ke kampung. Jam tiga petang aku bangun dari tidur yang mengakibatkan kepala aku pening sehingga sekarang ini. Semalam tidurku agak kurang selesa disebabkan aku tidur di meja study di bilik gerakan pengawas aspura B. Sakit juga tengkok aku ni dibuatnya. Aku pergi ke PSS untuk membaca surat khabar. Di sana aku telah di suruh oleh cikgu Hilin untuk membuat sijil kepada pelajar yang dapat ganjaran Gangsa dalam program NILAM. Tapi tak juga pe…

    1720 petang: Aku ke pondok pengawal, kantin dan pulang ke asrama: Aku kenalah kotakan janji hendak membelanja si Norahimah, Rogayah, Emma serta Salasiah. Di kantin sebelum mereka datang ada juga aku berbual vicara dengan Ain walaupun agak tidak bertimbal bicara kami dan aku lari daripadanya ketika mereka datang. Apa boleh buat kan… janji tetap janji… kena ditunaikan juga walaupun susah. Rasanya esok lah aku balik ke rumah. Malas hendak pulang ke rumah kalau tiap-tiap kali asyik-asyik balik bermalam saja… mampuslah.


    31 Julai 2003

    ++> Minggu in guru yang bertugas ialah cikgu John Dillah. Beliau amat digeruni oleh pelajar-pelajar di SMK Agama Limbang disebabkan ketegasan beliau dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan. Pun begitu, pada hakikatnya beliau sebanarnya adalah seorang guru yang peramah ketika berbual bicara tika ketemu beliau. Saya rasa begitu mudah saya melaksanakan tugas ketika beliau menjadi guru bertugas pada minggu ini walaupun esok pelajar ada dibenarkan untuk balik bermalam.

    Perhimpunan pagi; di tapak perhimpunan. Aku telah membuat pengumumnan kepada pelajar tentang pelajar yang tidak balik bermalam sila serahkan nama kepada para pengawas untuk mengira bilangan pelajar yang tidak balik bermalam. Selain itu, mengenai pembersihan asrama atau gotong-royong asrama perlu dijalankan pada petang ini akan tetapi aspura B terpaksa menjalankan pembersihan pada malamnya memandangkan ada perlawanan bola sepak peringkat akhir di padang. Mungkin tidak mahu menganggu minggu peperiksaan pada minggu hadapan, terpaksa dilangsungkan jua. Ustaz Zaini hari ini amat marah ketika perhimpunan akan pelajar yang mempunyai perangai "Mulut celupar" yakni mereka yang suka benar mengumpat akan guru mereka selain memberikan gelaran yang tidak baik pada guru tersebut. Saya kira budaya yang menular ini disebabkan oleh sikap pelajar yang tidak sangat mementingkan budaya menghormati guru dan ilmu yang mereka ada itu pada hakikatnya tidak berkat. Hal ini telah menjadi punca mengapa akhlak pelajar (sikap @ tingkahlaku) semakin teruk. Sokong segala tindakan pihak sekolah terhadap pelajar yang tidak erti bahasa.

    Esok bermulalah sambutan bulan kemerdekaan. "Esok juga kumpulan nasyid sekolah akan mengetuai nyayian lagu patriotik diikuti oleh pelajar-pelajar lain," kata pengetua ketika menyampaikan pengumuman beliau semasa perhimpunan. Menyanyikan lagu-lagu patriotik merupakan antara pengisian sepanjang sambutan bulan kemerdekaan ketika perhimpunan sekolah dan juga setiap bermulanya kelas P&P di setiap kelas. Hal ini dapat mewujudkan semangat patriotik di kalangan pelajar di sekolah ini hendaknya.

    Solat Di Dewan Utama; Bacaan Yaasin dan Tahlil

    Geram aku dibuat oleh pelajar-pelajar yang tidak suka mendengar arahan. Benci, menyampah dan segala-galanya yang relaven dengan keadaan tersebut. Di kelas, Niezam memberitahuku bahawa ada pelajar yang lari daripada majlis tersebut dan bersembunyi di tandas, lari di atas atap gajah menyusur di tandas sekolah… hebat mereka ini. Suka benar mereka menyusahkan aku dan pengawas-pengawasku… mereka ingat kita buat majlis macam ini main-main kah? Kena lah mereka ni nanti.

    Aku terkasar bahasa pada si Maisarah, mungkin cara aku bercakap dengannya dalam keadaan berseloroh sahaja, akan tetapi dianggapnya suatu yang serius. Terluka mungkin hatinya, ku rasa begitu. Aku minta maaf lah sangat-sangat… bukan maksud untuk memainkan saudari tetapi pada waktu itu ku anggap ia sebagai gurauan dan ku rasa ia amat kasar bagimu. Sepuluh jari ku susun untuk memohon MAAF …



    0 Comments:

    Post a Comment

    << Home

    Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com