"Andai semalam tidak wujud, akan diusir sebuah lukisan kehampaan menjadi mimpi indah. Namun alangkah payahnya mengusir sebuah kehampaan kerana semalam bukanlah satu perhentian yang sempurna"
.:Profile:.
Name: Roslan Tangah
D.O.B: August 22nd, 1984
Age: 20
Location: UTM, Malaysia
and so on and so forth...
.:BLOG SONG:.
|
Friday, July 23, 2004 : Sebuah coretan klasik...
Rasanya dah dapat menyesuaikan diri kat UTM ni. Walaupun dulu datang ke sini hanya seorang diri telah memberikan pelbagai pengalaman yang orang lain tidak pernah rasa. Syukur ke hadrat Ilahi peluang yang telah lama di tunggu-tunggu akhirnya tercapai jua.
Ingin ku ucapkan kepada temanku, terima kasih atas segalanya kerana telah banyak membantu dan memberi dorongan selama ini. Sebenarnya sudah rasa semacam saja apakala hendak menulis jernel ini. Tiada kata yang hendak dilukiskan walaupun banyak pengalaman baru yang telah dilalui di UTM.
Semalam telah pergi ke rumah abang angkat (kawan kepada ustaz Salehuddin; guru yang pernah mengajar ana di SMKA Limbang) untuk menjalankan usrah di rumah beliau. Walaupun ana ni sekarang berada jauh dari keluarga dan datang ke sini untuk menambah ilmu sebanyak mungkin. Syukur, ada juga yang sudi untuk membantu dan memberi peringatan dari aspek rohani. Walaupun kursus yang di ambil ini sudah memadai tetapi kemantapan shahsyiyah itu adalah satu elemen yang penting untuk dilengkapkan.
P.s. Buat teman yang telah lama tidak ke temu. Salam ukhuwah untuk kalian...
0 Comments:
Post a Comment
<< Home