"Andai semalam tidak wujud, akan diusir sebuah lukisan kehampaan menjadi mimpi indah. Namun alangkah payahnya mengusir sebuah kehampaan kerana semalam bukanlah satu perhentian yang sempurna"
.:Profile:.
Name: Roslan Tangah
D.O.B: August 22nd, 1984
Age: 20
Location: UTM, Malaysia
and so on and so forth...
.:BLOG SONG:.
|
Friday, December 06, 2002 :
PERUTUSAN AIDIL FITRI 1423
MENGHADAPI TEKANAN AHZAB MENJELANG AIDIL FITRI
Allauh Akbar! Allahu Akbar! Allahu akbar!
Sekretariat Pemuda Islam ASEAN (AMSEC) mengucapkan salam E’idul Fitri
dengan ucapan min al aidil wal faaizin kepada seluruh umat Islam di rantau
Asean bersempena Aidil Fitri pada tahun ini. Sambutan Aidil Fitri merupakan
kemuncak kepada kejayaan umat Islam setelah sebulan berada dalam madrasah
Ramadhan. Aidil Fitiri disambut sebagai satu gagasan global perpaduan umat
Islam untuk menghadapi segala tekanan daripada musuh-musuh Islam. Pasukan
Ahzab yang menggabungkan musuh-musuh Islam bukan sahaja bergabung pada
Perang Ahzab tetapi membentu satu pasukan pasukan Ahzab moden pada hari ini
bagi memerangi umat Islam.
Umat Islam di Asia Tenggara hampir keseluruhannya sedang mengalami tindasan
yang bukan kepalang daripada musuh-musuh Islam. Jumlah hampir 300 juta umat
ternyata tidak meransang umat Islam untuk mendepani segala perkembangan
semasa. Tetapi krisis yang tercetus di Mindanao, Acheh, Maluku, Ambon,
Pattani, Kemboja, Arakan dan Singapura jelas menggambarkan kedudukan sebenar
umat Islam di rantau ini. Negara-negara yang dikuasai oleh umat Islam
seperti Indonesia, Malaysia dan Brunei pula enggan menjadi Islam sebagai
satu sistem kenegaraan yang menyeluruh bahkan sebaliknya umat Islam
dikenakan pelbagai sekatan sehingga Islam hilang kekuatannya.
Peristiwa 11 September 2001 dan Pengeboman Bali telah menjadi ‘lessen to
kill’ bagi membolehkan Amerika dan sekutu Ahzabnya memerangi dan membunuh
umat Islam di seluruh dunia. Bahkan di rantau ini sendiri umat Islam
menerima pelbagai tekanan daripada Amerika atas nama membendung keganasan.
Kehadiran Amerika di Filipina, Singapura dan Vietnam serta kehadiran Yahudi
di Singapura melebarkan lagi pengaruh musuh Islam setelah IMF berjaya
menguasai Indonesia. Ketika dunia sibuk membela mangsa pengeboman Bali,
tidak ada suara yang bercakap tentang pembunuhan umat Islam Rohingya,
Kemboja, Moro, Pattani dan sebagainya.
Ancaman terbaru ke atas umat Islam rantau ini yang dibuat oleh Australia
bagi mewakili kelompok Ahzab Barat jelas menggambarkan bahawa orang-orang
kafir tidak pernah redha terhadap umat Islam kecuali orang-orang yang
mengikut telunjuk mereka. AMSEC mengutuk keras kenyataan angkuh Howard yang
langsung tidak sensitive terhadap keamanan dan kemakmuran global. Apakah
dengan cara mengugut untuk menyerang rantau ini boleh menyelesaikan masalah.
Walhal serangan itu sendiripun satu keganasan. Bukankah ugutan itu akan
meningkatkan lagi kebencian umat Islam terhadap Barat sehingga kemarahan
mereka tidak dapat dikawal lagi. Australia sepatutnya bersikap lebih mesra
dengan negara Asia bukannya mengamalkan idea perkauman one nation sehingga
memusuhi umat Islam.
Sambutan Aidil Fitri yang diraikan dengan laungan takbir yang berselang seli
antara perang Ahzab, tentera Allah dan persaudaraan aqidah wajar dijadikan
wasilah utama untuk membangkitkan semula semangat perjuangan umat Islam.
Umat Islam mesti membina perpaduan berlandaskan aqidah dengan meminggirkan
segala sempadan politik dan ideologi, bersedia menjadi tentera Allah bagi
menghadapi segala ancaman daripada pasukan Ahzab yang memusuhi Islam. AMSEC
akhirnya menyeru seluruh umat Islam supaya bangkit pada Aidul Fitri ini
untuk membela nasib dan masa depan umat yang semakin ditindas sekarang ini.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home